Monday, June 22, 2020

Tiada yang sempurna didunia ini
Apa sahaja tetap juga ada lemah dan kekurangannya
Walau hebat mana sekalipun
Terutamanya manusia

Setiap manusia telah diciptakan pasangan untuk melengkapkan sesama mereka
Ia telah ditulis
Namun kita sering lupa akan ungkapan ini
Membuatkan kita sering mencari atau mencuba menjadi sempurna

Aku antara manusia yang sering lupa akan hal demikian.
Ingin menjadi sempurna
Nampak sempurna
Bukan untuk menarik perhatian atau mendapat perhatian orang
Ia hanya untuk kepuasan diri sendiri
Menambah keyakinan diri

Namun kehadiran dia telah ubah segalanya
Penerimaan dia kekurangan atas sesuatu membuka mata aku
Dia membuat aku lebih yakin 
Mengubah sesuatu untuk lebih baik bukan sempurna
Menerima tanpa perlu persoalkan
Ia suatu pengajaran yang bermakna


No comments:

Post a Comment