Waima dengan perumpamaan sekalipun tidak akan mampu menyamai apa yang terbuku kini..
Bukan hendak mengagungkan..
Tapi mencuba untuk menyatakan..
Menyatakan betapa diri rasa sangat dihargai oleh seseorang..
Kebahagiaan yang tak pernah terjangkau oleh akal aku..
Sesuatu yang aku mencari sehingga terasa lelah dan penat..
Umpama kau berada dipesisiran pantai melihat mentari terbenam bersama insan yang paling kau sayangi sambil dihidang dengan pelbagai jenis jamuan yang beraneka..
Umpama sesuatu yang kau amat idamkan sedari dulu dan kini seseorang yang kau sangat sayangi menghadiahkan kau..
Entah apa bagaimana hendak diungkapkan dengan betul..
Aku sendiri tidak tahu..
Tapi satu benda yang aku tahu...
Aku amat menyenangi perasaan ini..
Akan aku jaga semampu aku insan yang memberikan rasa ini buat diriku..
Kehadiran kau sangat dan amat memberi makna yang sangat besar buat diriku ini..
Terima Kasih kerana memberi aku kesempatan merasai semua ini..
Akan aku sayang dan menjaga kamu semampu dan sebaik yang mungkin..
Cintaku kini hanyalah milik dirimu..
Hati ini tiada dan tak akan ada ruang lagi buat yang lain..
Saya sangat sayangkan awak...
No comments:
Post a Comment