Friday, June 5, 2020

Selagi nyawa dikandung badan
Hidup perlu diteruskan
Meski tiada sebarang harapan
Kakiku langkah teruskan perjalanan
Mencari rezeki untuk mengisi perut
Agar tidak berkurang kudrat
Bagi teruskan perjalanan didunia kejam

Makan aku tak sama seperti orang
Minum aku biarkan kurang
Janji nafsu dapat dilepaskan
Tiada apa yang boleh menghalang
Bukan mahu tunjuk belang
Tapi tiada yang tidak aku tentang

Aku tak suka campur orang
Berkongsi milik bukan cara aku
Kalau itu kau mahu
Angkat tangan aku blah dulu
Jangan buat aku benci
Meski bukan niat kat hati
Lembut tak bermakna boleh dibuli
Dendam aku tak nampak
Biar bertahun masa terbuang
Mata melihat telinga mendengar
Dusta berkata perkara biasa
Kata cinta hanya sekadar kata
Tanpa rasa tambah resah
Meratah tubuh hanya melempiaskan nafsu yang beraja
Bukan kerana merasa rindu

Diri aku bukan milik kau
Janji yang dimenterai tidak lagi berguna
Sudah diingkar dituntut mengapa
Ingatan hilang aku tidak percaya
Mungkin kerna termakan kata dusta
Buat senjata menjerat mangsa
Agar sentiasa ada yang menjaga
Bila diri hilang sempurna
Masih berharap benda yang tiada
Entah sengaja atau apa
Tidak akan aku terpedaya
Tapi andai aku membalasnya
Jangan engkau tanyakan mengapa

Hadirnya dia tepat pada masa
Tika diriku hampir terjebak semula
Walau kami belum bersua muka
Dia mampu membuat aku gila
Kini bila dia didepan mata
Tentang kau semua aku lupa
Pernah ditanya hebatkah dia..
Jujur aku katakan
Dia terbaik yang pernah aku jumpa
Gadis idaman yang aku puja
Bakal menjadi milikku selamanya
Tak akan aku sia-siakannya

Cintaku padanya bukan kerana harta benda
Sayangku padanya bukan kerna rupa
Rindu untuk nya bukan nafsu semata

Tapi

Aku rindu akan belaian lembut dan kemesraanya
Sayangku padanya kerana sikap ambil beratnya dan keperihatinanya.
Cinta hadir bila aku mulai merasa dihargai dan pengorbanan yang dia lakukan


No comments:

Post a Comment