Thursday, June 4, 2020

MIMPI YANG NYATA

Akhirnya, apa yang aku impikan menjadi nyata. Melihat dia nyata didepan mata. Menyentuh dirinya dengan kedua tangan aku sendiri. Mendakap dirinya dipelukanku. Bertentang mata berdepan dengan dirinya.

Setelah hampir dua bulan berkenalan melalui media sosial. Berhubung melalui telefon pintar. Kini, dia berada nyata didepan mataku.

Tidak terasa masa berlalu seakan laju tanpa aku sedar. Sudah hampir seminggu meluangkan masa bersama. Dia manusia ciptaan yang sangat sempurna bagi diriku. Segalanya lengkap ada padanya. Kemanjaan, ketegasan, ambil berat, tutur bicara dan perlakuannya. Sangat-sangat membuatkan diriku tidak tentu arah. Lebih dari apa yang aku jangkakan.

Dia sangat memanjakan diri aku. Meski pada pertemuan yang pertama. Aku sudah merasa sangat selesa dengan kehadiran dia. Kemesraan dan sifatnya yang manja buat aku tidak merasa kekok. Penerimaan terhadap diriku sangat diluar jangkaan. Ya aku sanggup untuk bersama dia sampai keakhirnya jika itu dia mahu. Aku tak mahu kehilangan insan ini. Menjaga dan mengambil berat tentang segalanya. Sehingga buatkan aku sentiasa menginginkan dirinya sentiasa berada bersama aku.

Hey!!
Terima kasih untuk semua yang awak buat untuk saya.
Terima kasih untuk semua masa yang diluangkan bersama.
Saya sangat gembira, seronok dan ia sesuatu yang sangat berharga bagi saya.

Saya tak nak kehilangan awak.
Saya akan tetap bersama awak tak kira apa pown yang terjadi.
Saya akan tetap sayang dan menjaga awak semampu saya.

No comments:

Post a Comment