Thursday, June 4, 2020

Indahnya kehidupan bila diri dilamun cinta
Saat cinta berputik dihati
Serasa berada dikayangan
Segalanya indah berseri
Kebahgiaan yang tak pernah dijangka
Tiada sebarang kata yang mampu menggambarkan perasaan itu sepenuhnya
Meski si pemuisi terhebat juga tidak akan mampu gunakan bait-bait yang paling puitis terjemahkan perasaan itu
Apa lagi diri aku yang semberono menulis ini
Hanya mampu aku katakan ia suatu perasaan yang tak terbanding dengan segala yang ada..tiada kata mampu menandingi atau menterjemahkan perasaan yang satu ini.

Benarkah kita hanya mampu jatuh cinta sekali seumur hidup ini??
Adakah cinta yang agung hanya untuk seorang??

Aku manusia yang tak percaya pada cinta..aku meragui cinta itu pada awalnya..mungkin kerna usia terlalu muda dan mentah untuk memahami atau merasai perasaan cinta..

Kehidupan yang bebas membuat aku tidak percaya pada wujudnya cinta..

Aku mampu bersama sesiapa sahaja mengikut keinginan diri aku..

Aku menjadi manusia yang tidak menghargai insan-insan yang hadir dalam hidup aku ketika itu hanya kerna aku tidak merasakan rasa ini..ya aku sayangkan mereka tapi untuk berkorban melebihi kemampuan aku..sudah pastinya tidak...

Sehinggalah aku menemui seorang insan yang mengajar aku rasa cinta..ya..aku mula merasai perasaan yang tidak pernah terjangka akan aku rasai..dan aku hanyut dengan rasa ini..aku sanggup lakukan apa sahaja hanya untuk melihat senyuman dan dia merasa bahagia..tapi langit cerah yang aku harap berpanjangan dilanda ribut..cinta aku dikhianati..sakitnya sangat-sangat menyakitkan..seperti mana bahagia dan indahnya cinta tak mampu digambarkan..seperti itu jugalah sakit yang aku tanggung akan pengkhianatan cinta ini..

Hati ku hancur menjadi debu halus dengan kekecewaan ini..sehingga aku menjadi manusia tanpa sebarang rasa..tidak ubah seperti patung yang perlu digerakan..tiada apa yang mampu sakitkan aku..kesunyian yang tak pernah aku bayangkan..dan aku menjadi manusia bodoh yang berharap pada orang yang khianati cintaku untuk kembali lagi..kerna aku takut..aku takut aku tak mampu menyintai insan lain lagi..

Tanpa dirancang..tanpa menduga..disaat dunia diserang pendemik yang tidak berkesudahan..setiap hari diseluruh dunia kehilangan ratusan nyawa diberitakan..hadir seorang menghulurkan salam melalui media sosial kepadaku..aku membalas hanya niat untuk menambah kenalan..perbualan yang ringkas..tapi dia sangat mesra..aku menjadi selesa..dia membuat aku tertarik..dalam diam aku mula memendam niat dihati untuk lebi h mengenali si pemilik akaun media sosial itu..

Melihat tindak balas positif dari dia..aku menjadi semakin tertarik dengan sikapnya..ketegasan dan pemikiran sipemilik akaun ini..semakin hari semakin kerap chat..sehingga aku mula tertunggu-tunggu kiriman dari si dia..aku mula merindui..keakraban semakin terasa..gurau senda mengusik pun bermula tanpa sedar..segalanya berlaku pantas..dan kami mula meluahkan apa yang dirasa..persamaan..juga cerita kisah kehidupan..dalam diam memendam rasa yang sama tanpa perlu persetujuan..

Keputusan dier untuk pulang ke tanah air..adalah sesuatu yg benar2 diluar jangkaan aku..dier sanggup jalani kuarantin..suatu bnd yg dier takut n pernah kami bincangkan perkara nie sblm2 nie..dier sgt tak setuju akan bnd tue..tp..dier sanggup jalani hanya untuk berjumpe aku..and ape yg dier perlu tempuh untuk balik pown sdh agak membebankan..menjalani kuarantin 14hri yg sgt sush untuk seorg spt dier..it really big thing for my self..thing yg aku xpnh org lain buat tuk aku..so xslh rasenyer tuk aku cube habiskan masa n buat sehabis baik yg aku mampu hanya tuk dia rasa apa yg dier buat berbaloi..xsia2..aku sanggup buat ape saje untuk dier rasa yang aku sangat hargai apa yg dier buat untuk aku..and cara dier hargai apa yg aku buat aku sgt2 rasa dihargai..

Dier buat aku jatuh cinta sekali lagi..tapi lebih dalam dari ape yg pernah aku rasai sebelum nie..aku sangat sayangkan dier..yes i believe 2nd love will be much more better then 1st..and apa yang aku saat ini adalah suatu yang amat berbeza dari yg pernah aku alami sebelum nie..and i dont wanna lose u..deep inside...i really2 love u so much..i will stay no matter how n what happen..will taking care n love u unconditionally..

No comments:

Post a Comment