Ini cerita tentang aku
Cerita mengapa jadi begitu
Hidup tak menentu
Tiada arah tuju
Abang??
Anggap diri hebat tak kalah
Sombong bongkak belagak
Tanggungjawab ditunai sudah
Mengikut hukum ke tidak??
Bila tanya hendak jawapan
Bila dijawab sendiri tertekan
Macam mana nak ada jalan
Tiap perbincangan kau hentikan
Pendapat orang kau biarkan
Percaya kau juga tiada
Kalau mampu kau uruskan
Bercakap saja biar tak ada
Bila kau anak kesayangan
Lakonan dia tinggi mutu
Depan kau kami hanya bayangan
Hilang kau kami yang dia tunggu
Belajar hukum amik tahu
Apa sebenar tanggungjawabmu
Jangan sering kata melulu
Risau nanti tak tertanggung malu
Harta kau aku tak mahu
Bahagia kau gembira aku
Tiada iri nak ganggu
Satu apa pown aku tak perlu
Cuma minta pinjam
telinga mendengar
Mata melihat
Hati memahami
Tangan berpakat
Kaki mengunjungi
Dengar apa yang diluah
Bukan menghukum
Tapi mencari tahu dan bukti
Sebelum mengadili
Melihat apa yang terjadi
Menilai dengan akal bukan emosi
Bezakan akal hati dan emosi
Jangan biarkan mati
Teguh berpendirian biar berpaksi
Jangan sampai tersungkur mati
Jarak bukan suatu alasan
Masa yang ada biar berguna
Bila jauh rindu merata
Bila dekat sibuk sentiasa
Fikir2kan..tak terima..bukan masalah..kalau terima..untung diri kau..
No comments:
Post a Comment