Hidup ini umpama roda yang berputar
Adakalanya diatas..adakalanya dibawah
Ia bermula ditempat yang berbeza
Entah dimana detinasinya
Jalan mana yang dilalui
Bagaimana rupa jalan akan diredah
Kelajuan ia dipacu
Kenderaan apa yang akan menggunakannya
Bagaimana ia dijaga
Kerosakan apa yang akan ditanggung
Bila ia akan berhenti
Begitu jugalah kehidupan manusia
Kita bermula dititik yang berbeza
Dilahirkan didalam keluarga yang berbeza latar belakangnya
Keluarga yang punya segala kemewahan
Keluarga yang penuh kasih sayang
Keluarga yang kurang berkemampuan
Keluarga yang tidak punya apa
Keluarga yang mementingkan agama
Keluarga yang mengejar ilmuan
Keluarga yang tidak ambil peduli
Keluarga yang porak peranda
Keluarga yang riuh rendah
Keluarga yang peduli
Pelbagai jenis dan ragam
Namun tiada yang sempurna
Setiap kita menjalani kehidupan yang berbeza
Mengikut keluarga yang melahirkan atau membesarkan kita
Bukan semua orang dibesarkan oleh keluarga yang melahirkan
Berasa beruntung jika dibesarkan oleh orang yang melahirkan
Menjadi tersiksa dan penuh tanda tanya bilamana dibesarkan oleh bukan orang yang melahirkan
Cabaran yang dilalui setiap kita juga berbeza
Ada yang menderita sedari kecil
Ada yang menderita setelah dewasa
Ada yang hidup.sentiasa mewah
Ada yang hidup tanpa mengenal erti bahagia
Ada yang sentiasa dijaga dan dikawal
Ada yang sentiasa dimanja dan dibelai
Ada yang tidak mendapat pelajaran sedari kecil
Ada yang tiada kenal erti kebebasan
Ada yang tiada siapa peduli
Pelbagai ragam dan keadaan
Tiada apa yang sempurna didunia
Memberi tidak bererti akan dihargai
Menerima belum tentu akan bahagia
Mencari tidak akan pernah mencukupi
Menunggu tidak tentu datang
Pandai bukan kunci berjaya
Bodoh bukan alasan
Usaha tiada kepastian
Mengalah belum tentu kalah
Menyerah bukan segalanya
Sombong bukan caranya
Berlagak tidak akan bergerak
Harusnya bagaimana??
Hati dan akal perlulah selari
Agar tidak sesat diri
Emosi jangan dilayani
Elak diri tersakiti
Yang baik di ikuti
Buruk buat teladani
Belajar sayang diri sendiri
Agar dihargai
No comments:
Post a Comment