Tuesday, June 30, 2020

MIMPI

Lena diulit mimpi yang indah
Membuat aku terusan ingin bermimpi
Hingga lupa akan dunia yang nyata
Biar dibuai tanpa henti

Dunia nyata amat kejam
Tiada keadilan
Buatkan orang seperti aku ingin terus bermimpi dan berkhayal
Meneruskan hidupan didunia ciptaan

Kemunculan kau telah memaksa aku keluar dari dunia ciptaan
Bersedia menempuh dan berjuang dengan kenyataan di alam yang benar
Melangkah keluar dari kotak keselesaan ini tidak mudah
Mengorak langkah berfikir jauh lebih dari norma yang biasa aku lakukan
Semangat positif telah menyerap ke jiwa aku untak berubah
Bukanlah untuk nampak hebat dimataku tapi lebih jumpa kesedaran diri
Dorongan dan sokongan kata semangat mu telah menyemarakan keinginan yang terpendam
Bertemu diri aku yang telah lama karam tanpa haluan

Peluang hadir tak kan aku siakan
Segala ruang akan aku penuhkan
Cita-cita terpendam mula jelas kelihatan
Angan seolah menjadi kenyataan
Tak akan aku terus beralasan
Tindakan akan aku lakukan

Janji aku pada diri
Tak akan aku aniayamu lagi
Hati akan ku ubah menjadi besi
Emosi tidak aku layani
Usaha aku sepenuh hati
Tiap cabaran akan aku gagahi

Moga ia akan di berkati

Monday, June 29, 2020

ABANG

Ini cerita tentang aku
Cerita mengapa jadi begitu
Hidup tak menentu
Tiada arah tuju

Abang??

Anggap diri hebat tak kalah
Sombong bongkak belagak
Tanggungjawab ditunai sudah
Mengikut hukum ke tidak??

Bila tanya hendak jawapan
Bila dijawab sendiri tertekan
Macam mana nak ada jalan
Tiap perbincangan kau hentikan

Pendapat orang kau biarkan
Percaya kau juga tiada
Kalau mampu kau uruskan
Bercakap saja biar tak ada

Bila kau anak kesayangan
Lakonan dia tinggi mutu
Depan kau kami hanya bayangan
Hilang kau kami yang dia tunggu

Belajar hukum amik tahu
Apa sebenar tanggungjawabmu
Jangan sering kata melulu
Risau nanti tak tertanggung malu

Harta kau aku tak mahu
Bahagia kau gembira aku
Tiada iri nak ganggu
Satu apa pown aku tak perlu

Cuma minta pinjam
telinga mendengar
Mata melihat
Hati memahami
Tangan berpakat
Kaki mengunjungi

Dengar apa yang diluah
Bukan menghukum
Tapi mencari tahu dan bukti
Sebelum mengadili

Melihat apa yang terjadi
Menilai dengan akal bukan emosi

Bezakan akal hati dan emosi
Jangan biarkan mati
Teguh berpendirian biar berpaksi
Jangan sampai tersungkur mati

Jarak bukan suatu alasan
Masa yang ada biar berguna
Bila jauh rindu merata
Bila dekat sibuk sentiasa

Fikir2kan..tak terima..bukan masalah..kalau terima..untung diri kau..

NUKILAN HATIKU

Bersendiri bersembunyi
Hal lain aku tak peduli
Mati hidup jalan sendiri
Aku tak perlukan simpati

Luka aku tak nampak darah
Dalamnya juga tak tinggal parut
Lama sudah ku lindung amarah
Berdiam bukanlah kerana takut

Suara aku tak pernah didengar
Bertanya hanya dibuat canda
Hukuman dijatuh tanpa sedar
Tepuklah sendiri dada

Aku tak meminta walaupun kurang
Apa yang ada aku terima

Lagak kau seolah aku pencuri
Walau tak luah aku mengerti

Sakit didada tak pernah aku cerita
Ada yang bertanya tapi tak terima
Salah aku nampak ketara
Salah sendiri tidak dinyata

Bila tak tahu harus bertanya
Jangan pandai menghukum saja
Meski cetek ilmu agama
Hati jangan biar jadi buta

Yang disanjung belum tentu betul
Yang dihina belum tentu tak berguna
Yang disayang terus melayang
Yang tak sukai masih menanti

Harapan hancur bagai debu
Tiada apa yang boleh dipegang
Hati keras dah jadi batu
Benda yang lepas tak aku kenang

Ini tempat aku luahkan apa yang ada dalam hati aku
Kau boleh baca sesuka hatimu
Nukilanku tentang diri aku
Kerna bicara ku xpernah laku

Sunday, June 28, 2020

MATA

Redup pandangan
Sayu terlihat
Menusuk ke hati
Selalu ku dambarkan

Renungan matamu
Bisa membuat hati ini bergetar tidak keruan
Ia selalu membuat jiwa ku resah
Sering menggoyahkan keimanan
Kerap membuat aku melayang jauh dalam hayalan

Aku rindu dengan renungan matamu
Meski setiap hari ku tenung gambarmu
Tidak sedikit rasa jemu menjengah
Semakin kuat ia terasa
Panggilan video juga tak mampu mengurangkannya

Renungan matamu tersimpan beribu rahsia
Meski mulut tidak bicara
Ia menzahirkan tanpa kata
Gembira mahupun duka
Jelas dan nyata
Hanya dengan pandangan
Aku mampu merasanya

Biar jasad jauh terpisah
Jarak bukan masalah
Hati tak pernah resah
Meraguimu tidak pernah
Sayang padamu sentiasa bertambah


TIDAK SEMPURNA

Sering ku mendengar kata pujian akan pengorbananya
Sering ku mendengar akan kehebatannya yang tak terkalah
Sering ku mendengar kekuatannya tidak tertanding
Sering ku mendengar kebijaksanaannya yang tak terlawan
Sering aku mendengar dia dimuliakan oleh seluruh alam
Bahkan Sang Maha Pencipta juga sering memuji dan menyanjungnginya

Namun sering kita lupa akan suatu hal yang amat penting
Tiada satu pun ciptaanNya yang sempurna
Pasti akan ada kekurangan dan kelemahan
Mengapa??
Bukankah dia sangat sering dipuji, bijaksana, hebat dan sentiasa disanjung tinggi??
Ada kemungkinan dia berbuat salah jugakah??

Selagi dia adalah makhluk ciptaan dan bergelar manusia biasa serta bukanlah dari golongan para rasul mahupun nabi..
Selagi itulah dia tetap akan melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang hayatnya.
Ye..wajib kita menghormati insan yang melahirkan dan membesarkan kita.
Namun ia tidak bermakna kita perlu akur tiap katanya jika ia salah.
Tidak salah rasanya menegur sesuatu yang salah meski yang berbuat salah itu ibu bapa atau orang yang lebih usianya dari kita.



SENTIASA SALAH DAN KALAH

Aku berhenti berharap
Hanya lakukan apa yang perlu
Namun tetap juga salah
Dikala mendapat tamu

Diam menjadi batu
Tanpa kata umpama bisu
Telinga aku tutup
Biar tuli tidak terasa
Mataku butakan
Lindungi hati terskiti
Akal ku bejatkan
Agar tidak nampak pandai
Sabar ku pupuk dan semai
Tidak amarah menjadi-jadi

Bila ada si jantung hati
Memenuhi kehendak hati
Tiada tempat aku disisi
Hadirku pula dicaci
Bercakap ikut hati
Yang lain tak peduli
Asal puas hati sendiri

Jika diri ini sudah tak diterima lagi
Katakan saja didepan muka 
Tak perlu berlakon mahupun berpura-pura
Kononnya simpati padahal suka
Tiada apa yang baik semua buruk belaka
Aku sijahat yang suke buat angkara
Si malas yang tidak berguna
Hidup aku membawa duka
Tiada untung hanya bencana
Degil tak pernah mengikut kata
Berkata tak pandai menjaga bahasa
Seumpama benda bernilai tiada

Akan tetap aku disini
Menerima semua caci maki
Walau hati sering terasa hati
Tak akan aku tinggal pergi
Meski hati ingin sekali
Akal ku tidak mengikut emosi
Walaupun diri dibenci
Tetap aku galas tanggungjawab ini


Wednesday, June 24, 2020

KATA-KATA

Susun atur bicara
Cantik indah tiada erti
Sekadar mencuri hati
Untuk menyenangkan diri
Hal lain tidak peduli
Takut tidak ditemani
Atau sekadar menguji
Masihkah diri disayangi
Walau bekali menyakiti
Tidak pernah menyesali
Hanya mementing diri
Hal lain tidak peduli
Janji lama diungkiti
Strategi disusun rapi
Bila kata tidak menjadi
Gambar pula diganti
Cerita lama dikenang kembali
Berusaha menagih simpati
Tidak juga diperhati
Seketika terhenti
Tak bererti ia akan berhenti
Tetap berusaha sepenuh hati

Mintak tidak
Merayu pun bukan
Jangan sampai hilang akal
Takut diri tak terkawal
Cukuplah sudah menjadi kenangan
Tak perlu aku buat kawan
Tiada untung tambah beban
Kehadiran kau menyesakkan
Biar aku bersendirian
Bersama kasih yang kau tinggalkan
Hadir dia membawa harapan
Sinar baru telahku temukan
Bersamanya akan kau aku lupakan
Biarlah kenangan tetap kenangan
Kenangan hanya untuk dikenang
Bukan untuk diulang-ulang


KEHIDUPAN

Hidup ini umpama roda yang berputar
Adakalanya diatas..adakalanya dibawah

Ia bermula ditempat yang berbeza
Entah dimana detinasinya
Jalan mana yang dilalui
Bagaimana rupa jalan akan diredah
Kelajuan ia dipacu
Kenderaan apa yang akan menggunakannya
Bagaimana ia dijaga
Kerosakan apa yang akan ditanggung
Bila ia akan berhenti

Begitu jugalah kehidupan manusia

Kita bermula dititik yang berbeza
Dilahirkan didalam keluarga yang berbeza latar belakangnya
Keluarga yang punya segala kemewahan
Keluarga yang penuh kasih sayang
Keluarga yang kurang berkemampuan
Keluarga yang tidak punya apa
Keluarga yang mementingkan agama
Keluarga yang mengejar ilmuan
Keluarga yang tidak ambil peduli
Keluarga yang porak peranda
Keluarga yang riuh rendah
Keluarga yang peduli
Pelbagai jenis dan ragam
Namun tiada yang sempurna

Setiap kita menjalani kehidupan yang berbeza
Mengikut keluarga yang melahirkan atau membesarkan kita
Bukan semua orang dibesarkan oleh keluarga yang melahirkan
Berasa beruntung jika dibesarkan oleh orang yang melahirkan
Menjadi tersiksa dan penuh tanda tanya bilamana dibesarkan oleh bukan orang yang melahirkan

Cabaran yang dilalui setiap kita juga berbeza
Ada yang menderita sedari kecil
Ada yang menderita setelah dewasa
Ada yang hidup.sentiasa mewah
Ada yang hidup tanpa mengenal erti bahagia
Ada yang sentiasa dijaga dan dikawal
Ada yang sentiasa dimanja dan dibelai
Ada yang tidak mendapat pelajaran sedari kecil
Ada yang tiada kenal erti kebebasan
Ada yang tiada siapa peduli
Pelbagai ragam dan keadaan

Tiada apa yang sempurna didunia
Memberi tidak bererti akan dihargai
Menerima belum tentu akan bahagia
Mencari tidak akan pernah mencukupi
Menunggu tidak tentu datang
Pandai bukan kunci berjaya
Bodoh bukan alasan
Usaha tiada kepastian
Mengalah belum tentu kalah
Menyerah bukan segalanya
Sombong bukan caranya
Berlagak tidak akan bergerak

Harusnya bagaimana??

Hati dan akal perlulah selari
Agar tidak sesat diri
Emosi jangan dilayani
Elak diri tersakiti
Yang baik di ikuti
Buruk buat teladani
Belajar sayang diri sendiri
Agar dihargai

KEBENARAN

Tegak berdiri
Mata terbuka
Kepala kudongak
Tanganku genggam

Dada berombak kencang
Kaki ku teguh tidak bergoyang
Riak wajahku tampak tenang
Senyum ku ukir 
Bibirku masih berbicara
Tuturku lancar seperti tiada apa

Hati resah 
Otak bercelaru
Sesak nafasku
Fikiran ku tak menentu
Detak jantungku laju
Emosi teruk terganggu
Warasku tiada disitu
Akalku buntu
Tuturku laju
Badanku sejuk membeku
Keringat membasahku
Entah apa yang aku rasa
Aku sendiri tidak tahu

Usaha ku rapuh
Tenang ku tiada
Warasku hilang
Tutur kataku hilang
Mata kabur tiada pandangan
Harap orang datang membantu

Jangan tanya apa puncanya
Cuma bercerita agarku lupa
Jika kau marah
Tiada gunanya
Bersoal jawab bukan jalanya
Mengubah suasana mungkin berjaya
Tiada salah jika mencuba
Bukan mudah untuk dihadapi
Namun hati tetap berharap
Agar kau sentiasa ada
Menemankan aku harunginya

Lemah aku tidak terlihat
Dilindung jasad yang tampak kuat
Takut aku tidak bertempat
Beranikan diri cuba ku sermat

Keselesaan sentiasa aku utamakan
Agar aku dapat menjadi tenang
Fikiranku bekerja setiap masa
Tiada sedetik ia berhenti
Membuatkan tubuhku letih tidak terkata
Kata malas hanya alasan
Mengalih perhatian 

Kau membuat aku selesa
Suara kau bisa menenangkan aku
Kau sumber kekuatan aku
Andai kau jauh tika itu
Tak perlu gusar
Kau hanya perlu bercerita
Alihkan perhatian ku
Atau sekadar mendengar
Jika kau disisi ku
Genggam tangan ku
Berikan aku masa bertenang
Ukirkan senyuman diwajahmu
Ia sudah cukup untuk.aku

Maafkan aku
Maaf kerna sering sakitimu
Dalam aku cube melindungi
Namun aku juga yang menyakiti




Monday, June 22, 2020

MERINDUIMU

Aku sangat rindukan kau saat ini
Telah aku pujuk hati ini
Namun tetap juga tidak bisa reda
Segala kenangan bagaikan pita rakaman
Diulang tayang didalam kepalaku
Terasa sesak dadaku
Sakit menahan rasa rindu ini

Aku rindukan kau
Segala tentang kau
Senyuman dibibir munggilmu yang mekar
Sentuhan lembutmu dikulitku
Kemesraanmu membelai rambutku
Renungan matamu yang sentiasa meruntum jiwaku
Belaian kau yang menenangkan diriku
Pelukan yang menghangatkan
Ciuman yang mengghairahkan
Godaan yang menghanyalkan

Aku rindu kan kau
Teramat rindukan kau
Aku rindu dimanjakan kau
Rindu mendengar butir kata darimu
Rindu melihat telatah manja kau
Rindu melihat ketegasan kau
Rindu usikan kau
Rindu melihat kau ketawa
Rindu melihat wajahmu kemerahan menahan kemarahan
Rindu memujumu mereda marah
Aku sangat rindukanmu

Tiada satu perkara pun tentang kau yang aku tak rindu

To you my future wife
I really miss u right now
Event im not in good condition n i supose to sleep and get enough rest at this time
But i could'nt
My mind can't stop thinking about u
I really miss u right now
Wish u were here right beside me



Tiada yang sempurna didunia ini
Apa sahaja tetap juga ada lemah dan kekurangannya
Walau hebat mana sekalipun
Terutamanya manusia

Setiap manusia telah diciptakan pasangan untuk melengkapkan sesama mereka
Ia telah ditulis
Namun kita sering lupa akan ungkapan ini
Membuatkan kita sering mencari atau mencuba menjadi sempurna

Aku antara manusia yang sering lupa akan hal demikian.
Ingin menjadi sempurna
Nampak sempurna
Bukan untuk menarik perhatian atau mendapat perhatian orang
Ia hanya untuk kepuasan diri sendiri
Menambah keyakinan diri

Namun kehadiran dia telah ubah segalanya
Penerimaan dia kekurangan atas sesuatu membuka mata aku
Dia membuat aku lebih yakin 
Mengubah sesuatu untuk lebih baik bukan sempurna
Menerima tanpa perlu persoalkan
Ia suatu pengajaran yang bermakna


JIKA

Jika cinta suatu dagangan..
Pasti ia paling laris jika dijual..
Jika rindu itu boleh dizahirkan menjadi wang..
Pasti ramai orang menjadi kaya..
Jika setia merupakan makanan..
Pasti ramai orang kebuluran..
Jika kejujuran mampu membuahkan berlian..
Pasti ramai manusia yang akan belajar menjadi jujur..
Jika airmata seperti darah..
Pasti ramai yang telah mati kehilangan darah..

Tapi.. 

Cinta, rindu, setia dan kejujuran hanyalah perasaan..
Ia tidak terlihat secara fizikal..
Makanya, ia selalu disalah gunakan oleh mereka-mereka yang tidak tahu menghargai perasaan insan lain..

Belajarlah menghargai insan-insan menyintai kamu..hargai kesetiaan dan kejujuran mereka..

Sekali ia hilang..
Anda tidak mungkin akan dapatkannya kembali...

Saturday, June 20, 2020

MEMORY

Kenangan sukar dilupa
Terpahat kekal hanya memudar
Manis dan indah jadi pilihan
Yang pahit jadikan pengajaran

Setiap kenangan ada ceritanya yang tersendiri
Cerita sedih duka meninggalkan luka yang dalam dihati
Memberi impak yang besar dalam kehidupan
Cerita cinta indah yang membuat hati berbunga-bunga
Sinar harapan baru setelah dilanda kecewa

Dan kenangan bersama orang yang menyayangi kau atau orang yang kau sayangi adalah kenangan yang sukar untuk dilupuskan

Bila bercerita tentang kenangan bersama kekasih hati ada beberapa perkara yang kita akan sentiasa ingati contohnya :-
Nama
Masa & tarikh
Tempat
Situasi @ kejadian
Pakaian

Kenangan itu sesuatu yang sangat indah
Ia bertambah indah dengan kehadiran insan yang istimewa
Dan kehadiran insan ini juga membuatkan kenangan itu sangat memberi erti jika ia dihiasi dengan canda tawa, usik-usikan manja, pergaduhan kecil, pujuk-memujuk dan ia sangat manis bilamana turut dihiasi beberapa detik romantis

Terima kasih atas kenangan yang kau ukirkan dalam hidupku sepanjang 14 hari kepulanganmu ke tanah air buat pertama kali sepanjang perkenalan kita.
Meski ia agak singkat dan harus ku akui yang aku sangat hargai setiap detik yang aku lalui bersamamu

Dari hari pertama kau datang jemputku
Peluk hangatmu, senyuman pertama yang nyata, kemesraan, kemanjaanmu serta keramahanmu
Sangat menerujakan diriku
Ciuman hangat kau di dalam bilik puzzle glow in the dark di Puzzle World Mid Valley
Dan buat pertama kalinyer aku membiarkan seseorang menciumku di kawasan yang menjadi larangan
Ia sangat-sangat terkesan buatku

Thanks a lot My Sweet Lovely Dream Princess
31.05.2020


Thursday, June 18, 2020

INTROVERT

No one is perfect in this world.. So do i.. I had try so damn fucking hard being perfect but the more i tried the more harder and disspointed i be..
Introvert and social anxiety is one of the mental illness problem i been fighting in my whole lifetime..yeah it suck!!

Background family aku yg besar buat aku semakin tak faham mcm mane aku boleh kne benda macam nie.. Aku anak bongsu dr 9 beradik..aku ngan abg no 3 je yg blm khawin..jadi imagine berapa ramai n besar family aku..mak aku anak sulong dr 11 org..sgt besar n ramai kot..and yet im introvert n had social anxiety..

Aku xpandai nk berborak dlm kumpulan yg rmai..bercakap dengan orang yg baru..bercakap dlm kumpulan yang ramai..berada ditempat awam yg ramai pown agak kurang selesa..um...this biggest problem for me sepanjang hidup aku selama 32 tahun..sbb benda nie buat semua orang slh anggap dgn aku..nk chat lame2 kt mane2 media sosial pown agak sulit bg aku..aku berusaha kuat mcm mane pown still masih xley nk buat semua tue..susah sgt2..and make me sad..punca n penyebabnye sendiri pn aku masih mencari..yeah it sound funny to other..how can they believe or trust me in this thing..dgn back ground story time sekolah semua..tak siapa yg akan nampak.all this thing..but this thing make me had some inner issue..yg aku xtaw nk elebrate cmne...

Kau taw x??confident diri aku sgt rendah sbnarnyer..mcm2 aku buat just tuk outcome all this fucking problem..yes dulu aku sgt suke org chase aku..buat aku rase sgt hebat..tp aku sedar yg bila dikejar blm tentu hebat...um..aku belajar menjadi setia n menyintai org yg kononye akan setia nenyintai aku..this the biggest mistake i ever done to my own self..trust to much..n it also the biggest failure yg buat aku sgt2 down skrg..

19/06/20. 12.56pm

It damn fucking hard being an introvert..sbb ko xboleh nk sampailan apa yg ada dlm kepala kau..kau marah..kau sedih..kecewa..or event care someone u lost the most..always n always being misunderstanding..susah taw x??and n much more harder when that person sgt bold..chatty box..emosional expressy..cakap ape je yg dier rasa nk ckp..

Susah sebenarnyer..nk ckp..nk keluarkan word dr otak ke mulut dgn emosi n expression yg betul sgt2 sush..and it drained me sometimes..but i try to fight it..i wan u..i love to be with u..

Or maybe we arent mean to be togather..

Kalau tny soal sayang..yes aku sgt syg n sgt selese dgn dier..but..a lot thing need to be adjust..

Otak aku jadi cept letih..buatkan aku cepat penat dgn keadaan sekeliling..biar jln pusing mall sepanjang hari dri duduk mkn n borak..aku still try so damn hard tuk go through conversation dier dgn nick..talking to more then 1 person is damn tiring actually..buat aku sgt2 letih..

INTROVERT

https://introvertdear.com/what-is-an-introvert-

http://dakwatpelangi.blogspot.com/2014/05/i-am-introvert.html?m=1


Jari ku susun..
Tangan menadah..
Doa ku pohon..
Mengharap berkah..

Masa yang diluangkan bersama..
Akan menjadi sebuah memori..
Satu lagi episod indah tercipta..
Ia terukir kekal di lubuk hatiku..

Cerita cinta antara kita..

Meski masa yang ada terhad..
Bukan sentiasa berdua..
Tiada kesal atau hati terluka..
Biar tidak sempurna..
Tapi ia amat bermakna buat aku..
Walau tidak seperti yang dirancang..
Ia jauh lebih hebat dari yang aku bayangkan..
Aku tidak meminta lebih..
Cukup jika kita berusaha mencari masa untuk bersama..

Terima Kasih

Thursday, June 11, 2020

11.06.20 15.30 bukit jalil

Tiada ungkapan atau kata yang sesuai untuk aku gambarkan apa yang tersirat dilubuk hati ini...
Waima dengan perumpamaan sekalipun tidak akan mampu menyamai apa yang terbuku kini..
Bukan hendak mengagungkan..
Tapi mencuba untuk menyatakan..
Menyatakan betapa diri rasa sangat dihargai oleh seseorang..
Kebahagiaan yang tak pernah terjangkau oleh akal aku..
Sesuatu yang aku mencari sehingga terasa lelah dan penat..
Umpama kau berada dipesisiran pantai melihat mentari terbenam bersama insan yang paling kau sayangi sambil dihidang dengan pelbagai jenis jamuan yang beraneka..
Umpama sesuatu yang kau amat idamkan sedari dulu dan kini seseorang yang kau sangat sayangi menghadiahkan kau..
Entah apa bagaimana hendak diungkapkan dengan betul..
Aku sendiri tidak tahu..
Tapi satu benda yang aku tahu...
Aku amat menyenangi perasaan ini..
Akan aku jaga semampu aku insan yang memberikan rasa ini buat diriku..

Kehadiran kau sangat dan amat memberi makna yang sangat besar buat diriku ini..
Terima Kasih kerana memberi aku kesempatan merasai semua ini..
Akan aku sayang dan menjaga kamu semampu dan sebaik yang mungkin..
Cintaku kini hanyalah milik dirimu..
Hati ini tiada dan tak akan ada ruang lagi buat yang lain..
Saya sangat sayangkan awak...

Friday, June 5, 2020

Selagi nyawa dikandung badan
Hidup perlu diteruskan
Meski tiada sebarang harapan
Kakiku langkah teruskan perjalanan
Mencari rezeki untuk mengisi perut
Agar tidak berkurang kudrat
Bagi teruskan perjalanan didunia kejam

Makan aku tak sama seperti orang
Minum aku biarkan kurang
Janji nafsu dapat dilepaskan
Tiada apa yang boleh menghalang
Bukan mahu tunjuk belang
Tapi tiada yang tidak aku tentang

Aku tak suka campur orang
Berkongsi milik bukan cara aku
Kalau itu kau mahu
Angkat tangan aku blah dulu
Jangan buat aku benci
Meski bukan niat kat hati
Lembut tak bermakna boleh dibuli
Dendam aku tak nampak
Biar bertahun masa terbuang
Mata melihat telinga mendengar
Dusta berkata perkara biasa
Kata cinta hanya sekadar kata
Tanpa rasa tambah resah
Meratah tubuh hanya melempiaskan nafsu yang beraja
Bukan kerana merasa rindu

Diri aku bukan milik kau
Janji yang dimenterai tidak lagi berguna
Sudah diingkar dituntut mengapa
Ingatan hilang aku tidak percaya
Mungkin kerna termakan kata dusta
Buat senjata menjerat mangsa
Agar sentiasa ada yang menjaga
Bila diri hilang sempurna
Masih berharap benda yang tiada
Entah sengaja atau apa
Tidak akan aku terpedaya
Tapi andai aku membalasnya
Jangan engkau tanyakan mengapa

Hadirnya dia tepat pada masa
Tika diriku hampir terjebak semula
Walau kami belum bersua muka
Dia mampu membuat aku gila
Kini bila dia didepan mata
Tentang kau semua aku lupa
Pernah ditanya hebatkah dia..
Jujur aku katakan
Dia terbaik yang pernah aku jumpa
Gadis idaman yang aku puja
Bakal menjadi milikku selamanya
Tak akan aku sia-siakannya

Cintaku padanya bukan kerana harta benda
Sayangku padanya bukan kerna rupa
Rindu untuk nya bukan nafsu semata

Tapi

Aku rindu akan belaian lembut dan kemesraanya
Sayangku padanya kerana sikap ambil beratnya dan keperihatinanya.
Cinta hadir bila aku mulai merasa dihargai dan pengorbanan yang dia lakukan


Thursday, June 4, 2020

MIMPI YANG NYATA

Akhirnya, apa yang aku impikan menjadi nyata. Melihat dia nyata didepan mata. Menyentuh dirinya dengan kedua tangan aku sendiri. Mendakap dirinya dipelukanku. Bertentang mata berdepan dengan dirinya.

Setelah hampir dua bulan berkenalan melalui media sosial. Berhubung melalui telefon pintar. Kini, dia berada nyata didepan mataku.

Tidak terasa masa berlalu seakan laju tanpa aku sedar. Sudah hampir seminggu meluangkan masa bersama. Dia manusia ciptaan yang sangat sempurna bagi diriku. Segalanya lengkap ada padanya. Kemanjaan, ketegasan, ambil berat, tutur bicara dan perlakuannya. Sangat-sangat membuatkan diriku tidak tentu arah. Lebih dari apa yang aku jangkakan.

Dia sangat memanjakan diri aku. Meski pada pertemuan yang pertama. Aku sudah merasa sangat selesa dengan kehadiran dia. Kemesraan dan sifatnya yang manja buat aku tidak merasa kekok. Penerimaan terhadap diriku sangat diluar jangkaan. Ya aku sanggup untuk bersama dia sampai keakhirnya jika itu dia mahu. Aku tak mahu kehilangan insan ini. Menjaga dan mengambil berat tentang segalanya. Sehingga buatkan aku sentiasa menginginkan dirinya sentiasa berada bersama aku.

Hey!!
Terima kasih untuk semua yang awak buat untuk saya.
Terima kasih untuk semua masa yang diluangkan bersama.
Saya sangat gembira, seronok dan ia sesuatu yang sangat berharga bagi saya.

Saya tak nak kehilangan awak.
Saya akan tetap bersama awak tak kira apa pown yang terjadi.
Saya akan tetap sayang dan menjaga awak semampu saya.
Indahnya kehidupan bila diri dilamun cinta
Saat cinta berputik dihati
Serasa berada dikayangan
Segalanya indah berseri
Kebahgiaan yang tak pernah dijangka
Tiada sebarang kata yang mampu menggambarkan perasaan itu sepenuhnya
Meski si pemuisi terhebat juga tidak akan mampu gunakan bait-bait yang paling puitis terjemahkan perasaan itu
Apa lagi diri aku yang semberono menulis ini
Hanya mampu aku katakan ia suatu perasaan yang tak terbanding dengan segala yang ada..tiada kata mampu menandingi atau menterjemahkan perasaan yang satu ini.

Benarkah kita hanya mampu jatuh cinta sekali seumur hidup ini??
Adakah cinta yang agung hanya untuk seorang??

Aku manusia yang tak percaya pada cinta..aku meragui cinta itu pada awalnya..mungkin kerna usia terlalu muda dan mentah untuk memahami atau merasai perasaan cinta..

Kehidupan yang bebas membuat aku tidak percaya pada wujudnya cinta..

Aku mampu bersama sesiapa sahaja mengikut keinginan diri aku..

Aku menjadi manusia yang tidak menghargai insan-insan yang hadir dalam hidup aku ketika itu hanya kerna aku tidak merasakan rasa ini..ya aku sayangkan mereka tapi untuk berkorban melebihi kemampuan aku..sudah pastinya tidak...

Sehinggalah aku menemui seorang insan yang mengajar aku rasa cinta..ya..aku mula merasai perasaan yang tidak pernah terjangka akan aku rasai..dan aku hanyut dengan rasa ini..aku sanggup lakukan apa sahaja hanya untuk melihat senyuman dan dia merasa bahagia..tapi langit cerah yang aku harap berpanjangan dilanda ribut..cinta aku dikhianati..sakitnya sangat-sangat menyakitkan..seperti mana bahagia dan indahnya cinta tak mampu digambarkan..seperti itu jugalah sakit yang aku tanggung akan pengkhianatan cinta ini..

Hati ku hancur menjadi debu halus dengan kekecewaan ini..sehingga aku menjadi manusia tanpa sebarang rasa..tidak ubah seperti patung yang perlu digerakan..tiada apa yang mampu sakitkan aku..kesunyian yang tak pernah aku bayangkan..dan aku menjadi manusia bodoh yang berharap pada orang yang khianati cintaku untuk kembali lagi..kerna aku takut..aku takut aku tak mampu menyintai insan lain lagi..

Tanpa dirancang..tanpa menduga..disaat dunia diserang pendemik yang tidak berkesudahan..setiap hari diseluruh dunia kehilangan ratusan nyawa diberitakan..hadir seorang menghulurkan salam melalui media sosial kepadaku..aku membalas hanya niat untuk menambah kenalan..perbualan yang ringkas..tapi dia sangat mesra..aku menjadi selesa..dia membuat aku tertarik..dalam diam aku mula memendam niat dihati untuk lebi h mengenali si pemilik akaun media sosial itu..

Melihat tindak balas positif dari dia..aku menjadi semakin tertarik dengan sikapnya..ketegasan dan pemikiran sipemilik akaun ini..semakin hari semakin kerap chat..sehingga aku mula tertunggu-tunggu kiriman dari si dia..aku mula merindui..keakraban semakin terasa..gurau senda mengusik pun bermula tanpa sedar..segalanya berlaku pantas..dan kami mula meluahkan apa yang dirasa..persamaan..juga cerita kisah kehidupan..dalam diam memendam rasa yang sama tanpa perlu persetujuan..

Keputusan dier untuk pulang ke tanah air..adalah sesuatu yg benar2 diluar jangkaan aku..dier sanggup jalani kuarantin..suatu bnd yg dier takut n pernah kami bincangkan perkara nie sblm2 nie..dier sgt tak setuju akan bnd tue..tp..dier sanggup jalani hanya untuk berjumpe aku..and ape yg dier perlu tempuh untuk balik pown sdh agak membebankan..menjalani kuarantin 14hri yg sgt sush untuk seorg spt dier..it really big thing for my self..thing yg aku xpnh org lain buat tuk aku..so xslh rasenyer tuk aku cube habiskan masa n buat sehabis baik yg aku mampu hanya tuk dia rasa apa yg dier buat berbaloi..xsia2..aku sanggup buat ape saje untuk dier rasa yang aku sangat hargai apa yg dier buat untuk aku..and cara dier hargai apa yg aku buat aku sgt2 rasa dihargai..

Dier buat aku jatuh cinta sekali lagi..tapi lebih dalam dari ape yg pernah aku rasai sebelum nie..aku sangat sayangkan dier..yes i believe 2nd love will be much more better then 1st..and apa yang aku saat ini adalah suatu yang amat berbeza dari yg pernah aku alami sebelum nie..and i dont wanna lose u..deep inside...i really2 love u so much..i will stay no matter how n what happen..will taking care n love u unconditionally..