Monday, December 27, 2021

LAKONAN

Dunia adalah pentas lakonan buat semua
Segala drama bisa terlihat jelas
Kita adalah peran utama
Pelakor yang menghidupkan cerita
Jalan cerita yang berbeza bagi setiap orang
Namun pengakhiran yang sama
Meski kesudahan cerita berbeza
Kepelbagaian watak merancakkan cerita

Aku bertanya sendiri
Mengapa kita diberikan watak tanpa pilihan
Kita mencorak namun tetap juga mengikut jalan cerita yang ditentukan
Pentas tanpa kesudagan yang memenatkan
Letih meneruskan drama kehidupan
Sesekali rasa teringin menyudahkan cerita sendiri
Atau mengubah cerita yang tertulis
Atau melupakan cerita lalu
Atau mungkin tidak dibayangi cerita lama 
Dibanding dengan watak dari cerita yang berbeza

Aku selalu percaya
Setiap orang punya pilihan
Setiap orang bisa memilih 
Setiap orang bebas berbuat apa yang diinginkan
Namun...
Bukan kita sentiasa diberi pilihan yang kita inginkan
Ada tika kita harus akur akan tetapan yang diberi


Friday, October 22, 2021

KENANGAN

Lama sudah tak menulis..
Meluah apa yang terbuku dihati..

Masa berlalu bagaikan sungai yang sentiasa mengalir
Meninggalkan kesan dibatuan sungai yang besar
Membawa pergi batuan yang halus
Sesekali berarus deras kerna perubahan cuaca
Kehidupan sungai menambah kepelbagaian didalam sungai
Namun tetap dingin airnya tanpa mengira teriknya mentari

Begitulah kehidupan dengan masa
Mencoret cerita tersendiri
Kenangan akan terukir setiap detik
Menjadi peneman tika sunyi
Yang indah dan manis
Kita jadikan perhiasan dihati
Menjadi bahan senyuman tika berduka
Yang pahit dan menyakitkan
Biarkan ia berlalu
Jadi pengajaran buat dihari kedepan

Memori yang tercipta tidak mungkin terlupakan
Kenangan lalu penyeri ķehidupan
Suka mahupun duka tetap terkesan
Kerna itu yang mendewasakn






Monday, September 6, 2021

KENANGAN

 Terperangkap
Dibelenggu
Terpenjara
Hanyut
Sesat
Luka sangat dalam

Mimpi diulit kenangan lalu
Mengimbau kelukaan yang terjadi
Meluahkan tidak pernah terubati
Sakitnya masih terasa lagi
Luluh hati mengingati
Dalam tak sedar membunuh hati
Menimbulkan kebencian
Mewujudkan dendam
Mungkinkah ia dapat disembuhkan??
Mungkinkah dapat dilupakan??

Kasih hilang terus dilupakan
Berganti dendam dan benci
Rindu tidak lagi terasa
Sedih tidak terungkap
Sakit tiada kata

Kenangan itu sangat menyakitkan bila ia menjengah kembali....

JUJUR/MENIPU

 Jujurkah kamu ke atas dirimu??
Jujurkah kamu didalam kehidupanmu??
Jujurkah kamu dalam melaksanakan tugasmu??
Seberapa jujur kamu terhadap segala yang kamu lakukan???

Jujur...

Setiap orang tidak suka ditipu..walaupun sipenipu sekalipun tidak suka sekiranya dirinya ditipu oleh sesiapa..

Persoalannya...

Seberapa jujurkah kita dalam menuturkan segala kata-kata kita??
Seberapa jujur kita terhadap diri kita??
Seberapa jujur kita dengan orang keliling kita??
Seberapa jujur kita melakukan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada kita??

Masih adakah wujud lagi manusia yang jujur yang tidak pernah menipu??

Tipu - perbuatan curang/kata-kata dusta.
Jujur - lurus hati,tulus, ikhlas

Pada aku, tipu dan tidak jujur adalah benda berbeza....

Menipu dan tidak berlaku jujur..
Sama??? Atau berbeza?

Tipu - memutar belitkan / mengubah fakta kejadian asal..cth:- selepas 3 adalah 6..kuning campur biru akan jadi ungu..
Tidak jujur - menyembunyikan kenyataan / tidak menyatakan kebenaran tanpa mengubah apa-apa fakta..cth :- selepas 3 ada nombor lain sebelum 6..kuning dengan biru tak jadi ungu tapi warna lain.


Dalam kita tidak sedar..
Kita sering hidup dalam penipuan..
Diajar dan mengajar orang sekeliling kita untuk menipu atau tidak berlaku jujur untuk pelbagai tujuan dan alasan..
Sama ada untuk mengelakkn menyakiti hati orang lain atau menyembunyikan perkara sebenar atau sekadar untuk menyelamatkan diri dari masalah..

Penipuan yang selalu berlaku..
Kita sering mengatakan kita dalam keadaan baik sedangkan sebenarnya tidak..
Atau kita tidak jujur hanya tidak mahu buatkan orang yang kita sayang risaukan diri kita..

Tipu dan tidak jujur adalah suatu benda yang sangat perlu dihindari dari menjadi kebiasaan diri..kerana tidak kira siapa kita tipu atau sembunyikan kebenaran..sebenarnya kita bukan memperbodohkan orang lain selain diri kita sendiri..

Kerana diakhirnya nanti..hanya kita yang tahu apa yang kita lakukan..

KEHIDUPAN

Terlihat indah dimata
Kenyataanya hanya yang melalui akan mengerti

Menilai cukup mudah
Bila dinilai menjadi marah
Mengarah sangat mudah
Bila diarah sentiasa membantah
Berkata-kata tidaklah susah
Mengotakan kata belum tentu pernah
Bercerita tentang semua
Benar atau tidak tiada fakta

Begitulah kehidupan seharian
Pelbagai ragam dan corak

Bermuka-muka untuk nama
Bermegah untuk kuasa
Berpura-pura untuk dipercaya
Menghina biar tampak sempurna

Hidup umpama corak lakaran dikertas
Dicorak dan digambar mengikut rasa
Banyak pilihan perbagai rupa
Bentuk, warna juga ukurannya
Mungkin akan ada ulangan 
Mungkin akan dipuja
Mungkin akan dicaci hina
Mungkin akan dilupa 
Begitulah jua kehidupan setiap manusia
Akan adanya persamaan dengan yang lain
Akan ada perbezaan yang ketara
Akan ada yang disukai dan dipuja-puja
Tidak kurang dibenci

Kurang dihina
Lebih diperhati
Kaya disanjung
Miskin ditinggal
Pangkat dikejar
Harta direbut
Pandai disenda
Bodoh dipermain
Bijak disalah guna
Baik ditipu
Jahat dilindungi

Pentas kehidupan yang zalim penuh dengan tipu daya tanpa sempadan yang amat menakutkan bagi mereka yang mahukan keadilan dan kesaksamaan..



Wednesday, June 30, 2021

 Kenapa sakit bila aku cube untuk mengorak langkah baru😔😔😔

Bukan takut or saja nk biarkan diri duduk dalam zon selesa tetapi...

Hampir setiap kali cuba lipat gandakan usaha mesti kesihatan menjadi penghalang utama..
Bosan letih nak mengadap benda2 mcm nie sebenarnya..
Aku tahu dan sedar kalau aku tak lawan benda tak akan bergerak tapi nak mengadap rasa sakit yang bukan-bukan dan adakalanya melampau nie yang buatkan aku penat nak menghadap..

Letih fighting over and over rasa sakit yang tak pernah berkesudahan nie..

Adakalanya rasa diri jadi beban dan tak berguna pown ada bila kerap sakit dan bergantung dengan ubat..kos rawatan diri sendiri pown tak mampu nak tanggung..

Aku terlalu asyik bergantung hidup dengan sesuatu atau seseorang..seolah-olah tiada satu benda pown aku mampu lakukan dan usahakan sendiri..

Aku cuba buat dan usahakan untuk lakukan segalanya sehabis baik dan sehabis kudrat atau yang aku mampu..akal dan fikiran je yang mampu lakukan..fizikal aku terlalu lemah untuk buat semua benda..1 hari aku hanya mampu lakukan 2 or 3 benda je..selebihnya tak mampu..badan aku hanya mampu berfungsi sehingga jam 4 or 5pm..tue pown kalau dari bangun tido aku buat 2 keje..lebih sikit aku dah kepenatan..aku cuba melawan kepenatan tapi end up aku sendiri kesakitan..tak kan setiap hari nak telan ubat..sakit2 badan..berpeluh badab jadi gatal2..dh macam orang oku pown ade gak aku rase..

Urm....

Aku cuba elakkan dari fikir benda negetif and keep going..tapi..tak boleh nk elak..aku tak boleg tipu diri aku..aku tak ley nak sorok apa yg aku rasa..apa yang aku fikir dengan diri aku..
Aku boleg tipu n sorok dari semua orang yang aku ok..aku happy dengan progress diri aku..aku ok dengan keadaam sekarang..tapi hakikatnye??
Aku tak happy dengan kesihatan aku..aku tak happy dengan diri aku..aku penat berlakon jadi ok terima semua benda yang jadi..
Aku penat, letih, bosan..
Pretending to be ok infront everyone just not make others worried about myself..
Aku benci dengan diri aku yang selalu susahkan orang lain..
Aku benci diri aku yang tak mampu buat banyak benda macam orang lain..
Aku benci diri aku tak s8hat dan kuat mcam orang lain..
Aku tak kisah harta benda or ape yg org ada..aku kisah bila org pertikai keadaan diri aku..aku kisah bila org risau diri aku..aku kisah bila aku tak mampu berdikari dan bergantumg dekat org lain..aku kisah bila tenaga dan fizikal aku semakin lemah .kesihatan aku teruk..
Masalah kesihatan fizikal.dan mental aku ditahap yang paling teruk sekarang!!!
Bila aku guna tenaga berlebihan aku sakit!!

I really hate myself!!!!!

Tuesday, June 22, 2021

BOSAN

 Bosan dengan perangai manusia yang sukar u tuk difahami dan dimengertikan...
Kenap perlu berahsia jika tiada apa yang perlu disorokkan??
Mengapa perlu lakukan jika tidak suka??
Jangan bertanya jika tidak cuba fahami..
Tutup telinga..
Pejam mata..
Keberadaan yang menyeksakkan..
Maaf aku bosan melawan rasa hati..
Cemburu??
Entah!!
Tapi jelas nampak apa yang nyata!!!

Saturday, June 19, 2021

MAAFKAN AKU

 Aku tahu proses pemulihan bukanlah sesuatu yang mudah namun aku tak jangka yang ia akan menjadi sesukar seperti ini. 
Maaf kerana banyak menyusahkan diri dan hidup kau sepanjang proses pemulihan diri aku.
Maaf kerana melibatkan diri kau didalam proses pemulihan diri aku. 
Aku tak tahu yang meminta bantuan orang dalam proses pemulihan diri bakal menyusahkan dan buatkan diri kau atau sesiapa lain akan terkesan dan membebabkan.
Kenapa aku pilih kau untuk meminta bantuan untuk aku keluar dari permasalahan dadah

1. Sebab kau seorang yang positif
2. Cara kau lindungi orang..atau stand for others person buatkan aku rasa aku boleh count kt kau tuk jaga aku.
3. Aku sayangkan kau..
4. Aku sukakan cara kau treat aku dr awal kita kenal.
5. Sebab kau bencikan dadah

All this reason buatkan aku percaya kau mampu bantu aku keluar dari masalah dadah nie..
Pemikiran yang positif dan tak benci dadah adalah alasan paling kuat yang buat aku percaya kau mampu bantu aku..emosional and moral support yang kau ada n kau bagi dari mula kenal buatkan aku bertambah yakin. Lagi-lagi bila kau boleh buatkan dengar cakap dan nasihat dari kau.
Bukan mudah buat aku dengar kata atau nasihat sesiapa.
Ye aku keras kepala dan sangat degil.
Tapi hanya aku yang tahu kenapa aku perlukan diri kau..bukan tak nak cakap or luahkan cuma aku tak tahu cara.

Andai proses pemulihan diri aku buatkan diri kau terbeban dan menyusahkan atau mungkin kau dah terlalu penat dan letih dengan semua tentang aku, beritahu. Aku tak mampu hentikan, tapi mungkin aku boleh mengurangkannya dengam cara yang lain.

Friday, April 30, 2021

...........

Kelebihan itu kekurangan
Kekuatan itu kelemahan
Kebanggaan itu keruntuhan
Keyakinan itu kemusnahan
Dan begitulah sebaliknya

Keperihatinan dianggap enteng
Kata-kata bak angin berlalu
Nasihat hanyalah bebelan yang menyemakkan
Kerisauan tiada makna

Janji yang diiyakan hanyalah untuk menjaga hati
Agar bebelan boleh dihenti
Jangan pernah dipercayai
Kecuali bila ia yang mementerai

Bayang-bayang tiada kesan
Hilang mentari tiada lagi
Selagi jasad tiada ternampak
Apa yang terjadi tiada bererti

Menghindar mengundur 
Agar tidak bersambung
Hati yang sakit aku selindung
Bercakap bercerita berkata
Mengawal selagi terdaya
Kerna sayang aku turutkan
Agar tidak kau keseorangan


Tuesday, April 13, 2021

SAYANG

 Setiap insan punya rasa sayang dalam diri mereka dan menjadi lumrah rasa itu dikongsi atau dicurahkan kepada siapa, apa atau sesuatu yang berjaya menawan hati empunya badan.. Seperti kata orang, dari mata turun ke hati dan timbulah keinginan untuk memiliki..
 Keinginan setiap orang berbeza-beza kerna itulah yang membuatkan manusia ini unik.. Oleh kerana itu juga, rasa sayang yang hadir, timbul atau diberikan juga akan berbeza-beza terhadap sesuatu barang, kepada sesama manusia atau apa sahaja yang boleh disayangi..
 Ada orang memilih untuk menyayangi barang atau benda yang nampak, boleh disentuh tetapi tidak bernyawa seperti harta, wang, kereta atau sekadar barang koleksi seperti majalah, kad dan sebagainya.. Tak kurang juga yang lebih selesa berkongsi atau curahkan rasa sayang yang ada kepada haiwan.. Sama ada haiwan yang dipelihara sendiri mahupun haiwan yang tidak bertuan tanpa mengira apa jenis haiwan.. Manakala menyayangi sesama manusia pula adalah lumrah alam yang sememangnya menjadi kebiasaan buat semua manusia..
 Namun sedarkah kita yang cara kita menyayangi sesuatu atau melayan sesuatu menunjukkan sikap diri kita?? Tidak semua sedar atau belum ada apa-apa kajian khusus tentang ini tetapi jika kita lihat cara orang membaca personaliti seseorang juga dari tabiat dan perlakuan seseorang.. Bagaimana diri kita melayan, beri perhatian dan menyayangi sesuatu selain manusia, begitulah juga kita akan buat pada manusia.. Mungkin ada pendapat orang merasakan cara melayani atau sayangi sesuatu yang lain dengan manusia tidak akan sama dengan manusia.. Setiap orang punya pemdapat dan pandangan yang berbeza..
 Suka, sayang dan cinta.. adakah sama?? Berbeza?? Urm...

...

Berperang dengan diri sendiri
Musuh yang mengerikan
Tenggelam dengan ketakutan melanda
Tempuh tanpa banyak bicara

Dentuman guruh bagai meragut jantung 
Tiap dentuman bagai hentakkan
Kilat memencar terangi segenap ruang
Membuat dada berombak.kencang

Berperang melawan ketakutan
Mencari kekuatan membela diri
Titisan jernih membasih pipi
Moga bakal hilang bersama angin

Wednesday, April 7, 2021

08.04.2021

Sebelum tahun 2020

Setiap hari.. setiap tarikh pada ku sama sahaja.. tiada beza atau keistimewaan.. hari kelahiran aku, mahupun sesiapa.. ia bukanlah masalah bagi aku.. apa sahaja jenis perayaan.. tidak ada bezanya buat aku semenjak tahun 2016..

Setiap hari aku lalui seperti adanya sahaja.. kerja, lepak, rehat dan tido.. rutin harian manusia.. 

Awal tahun 2020.. seluruh dunia digemparkan dengan kewujudan virus yang telah meragut beratus ribu nyawa manusia di dunia..jumlah meningkat saban hari.. dan dalam keadaan yang kritikal..semua manusia mula diperintah berkurung oleh kerajaan negera masing-masing yang membuatkan ramai orang kehilangan pendapatan..manusia mula menghabiskan masa dirumah..kegiatan mula terhad..kemudahan sedia ada semakin berkurangan..seperti filem fiksyen luar negara tentang kehancuran dunia menjadi nyata..

Aku?? 
Aku juga seperti mereka..terkesan dengan agak teruk akan bencana yang menyerang dunia..namun tidak pernah sekali terlintas dalam fikiran, mimpi atau dunia ilusiku yang tarikh pada hari ini bakal mengubah aku diri dan cara kehidupan yang aku jalani semenjak beberapa tahun ini.. tarikh ini menjadi penting dalam hidup aku..tarikh ini merupakan titik permulaan suatu kehidupan yang membawa sebuah ketenangan, keindahan dan kebahgiaan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata atau digambarkan dengan apa pun..sebuah kehidupan yang hampir semua orang impikan..

Aku hanyalah manusia biasa yang hanyut dengan dunia kemodenan..terperangkap dalam dunia kegelapan yang penuh bermacam benda yang negetif..dengan bahasa mudahnya.. BUDAK FLAT.. ya..pergaulan bebas tanpa batas..kebebasan tanpa terikat..akal yang cerdik disalah guna ke arah yang salah..mencari duit cara mudah tanpa perlu bersusah payah..nakal, degil, keras kepala, selekeh, asal boleh..yeah that me..

Tapi.....

Perkenalan di dunia maya yang seterusnya membawa ke arah pertemuan fizikal..benar-benar mengubah aku menjadi manusia yang jauh lebih baik..penerimaan dan keikhlasan dirinya menerima siapa diriku..membuatkan hati aku tersentuh..menyebabkan aku nekad untuk mengubah diriku ke arah yang lebih baik agar segandingan dengan dia..meski tidak pernah dia memaksa aku melakukannya..pertolongan dan bantuan yang diberikan..sokongan tanpa sempadan..dorongan tanpa henti..semua ini penyebab aku berada di tahap yang aku berada sekarang..mungkin pada mata orang lain..ia hanyalah kerjayaan yang kecil atau mungkin tidak sedikit memberi kesan..tetapi ia sesuatu yang sangat besar buat aku..tanpa dia aku tidak mingkin akan dapat kecapi apa yang aku ada sekarang..tanpa dia mana mungkin aku mampu menjadi seperti diri aku sekarang..walau aku tahu yang perjalanan ini masih jauh..namun tidak pernah ku gentar untuk harungi selagi adanya dia disisi...

Tarikh ini menjadi tarikh yang paling bermakna buat aku..kerana dipertemukan dengan seorang insan yang menyayangi diri aku seadanya aku..seorang insan yang menjadi aku manusia penting dalam hidupnya..sorang insan yang sentiasa mahukan yang terbaik buat aku..seorang insan yang mengajar aku tentang kebahgiaan..sorang insan yang mengubah aku menjadi seorang insan yang dipandang oleh masyarakat..seorang insan yang sentiasa ada disaat aku memerlukan..

Kehadiran dia membuatkan aku mula menghargai setiap hari yang alu lalui..membuatkan aku menghitung setiap detik..setiap perayaan menjadi istimewa buatku..setiap hari menjadi bermakna buat aku..setiap hari aku nantikan dengan debaran..hari-hari yang aku jalani semakin bermakna dan memberikan kelainan buat aku..

Terima kasih yayang...
Terima kasih kerana sudi hadir dan menemani i mengharungi setiap hari yang kita lalui..
Terima kasih kerana tidak pernah lepaskan tangan i walau sesukar mana pun cabaran yang kita hadapi..
Terima kasih menyayangi i setiap hari dan detik..
Terima kasih kerana masih bertahan dan terus melangkah setiap detik dan hari dengan i..

I tahu perjalanan buat kita masih jauh..i tahu mendatang pasti akan ada dugaan dan cabaran yang lebih henat perlu kita tempuhi..i tahu tidak mudah buat u untuk terus bertahan..i tahu perjalanan ini tidak akan mudah..

Tapi.....

I janji akan tetap pegang tangan u sampai ke akhir..
I janji akan tetap ada dengan u sampai akhir..
I janji tak akan sekalipun pergi tinggalkan u sehingga ke akhir nafas i..
I janji akan terus sayngi diri u sehingga ke akhir nafas i..
I janji akan jaga u sekuat dan semampu diri i sehingga ke akhir nafas i..

SELAMAT ULANG TAHUN BIDADARIKU...


Monday, April 5, 2021

FEAR

 Today.....
Facing the fear by myself...

Aku seorang manusia yang penakut..
Banyak benda yang aku takut..

Takut bercakap
Takut dengan orang ramai
Takut penolakkan
Takut meminta
Takit meluahkan kata hati
Takut bunyi kuat yang tiba-tiba
Takut pacaran cahaya

Banyak lagi benda lain yang aku takut

Tapi hari ni..

Aku mampu berada diluar ketika petir memancar berkali-kali
Guruh berdentum dengan kuat

Aku tahu......

Hanya aku sendiri melawan semua ini
Hanya aku sendiri mampu mengubah segalanya tentang aku
Hanya aku sendiri tahu atasi atau tangani ketakutan aku

Aku belajar mencari diri aku sendiri dalam sepi dan kesendirian aku

Monday, March 8, 2021

MENGHITUNG

Kerinduan ini semakin menyesakkan
Kerinduan ini semakin menyakitkan
Kerinduan ini semakin menebal
Kerinduan ini semakin membebankan hati

Semakin hari semakin sunyi aku rasakan
Semakin hari semakin sakit kurasakan
Semakin hari semakin menebal rasa ini
Semakin hari semakin aku terbeban dengan rasa ini
Semakin hari semakin tersiksa jiwaku
Semakin hari semakin bertambah rasa ini

Kesunyian mula mengetuk pintu hati
Kesepian mula meresap ke jiwa
Kekosongan mula membelenggu
Kebosanan mula menjenguk

Aku mula terasa diri keseorangan
Aku mula mencemburui kebahgiaan orang lain
Aku mula terasa lemah 
Aku mula kehilangan kata

Tidak pernah sesaat aku berhenti memikirkan dirimu
Tidak pernah aku tidak merinduimu
Tidak pernah aku memcuba memcari pengganti
Tidak pernah aku menyesali rasa ini

Meski ia sakit tanpa dapat digambar
Namun tidak rasa mahu mendua
Meski jiwa sedikit merana
Namun aku tetap akan setia
Meski penuh penyiksaan
Namun tetap jua kau yang aku mahukan
Meski kau jauh dari pandangan mata
Namun dihati hanya kau yang bertahta

Akan aku menunggu dan terus menunggu kepulanganmu ke dalam dakapanku
Walau tiada masa yang pasti tetap aku terus disini
Penantian sungguh menyiksakan
Tetapi ia memuaskan andai yang ditunggu adalah sebuah kepastian yang membahagiakan.

Akan aku setia menantimu hingga ke akhir nanti wahai insan yang amat ku sayang dan cintai...

Tuesday, March 2, 2021

Astraphobia

Takut Pada Petir Dan Bunyi Guruh, Ini Fobia Yang Bernama Astraphobia

Astraphonia adalah rasa takut yang ekstrim pada petir dan kilat. Rasa takut pada petir dan kilat ini terjadi pada semua orang dari segala usia. Malah, haiwan juga ada yang mempunyai rasa takut ini.

Selain astraphobia, nama lain bagi mereka yang takut kepada kilat dan guruh ialah tonitrophobia, brontophobia, atau keraunophobia.
Mereka yang mempunyai rasa takut ini akan mengalami rasa cemas, takut berlebihan, dan juga berdebar-debar. Punca kepada astraphobia adalah mungkin kerana trauma yang pernah dialami dirinya atau terlihat seseorang yang pernah cedera akibat daripada panahan kilat dan petir
SIGN & SYMPTOMS
.A person with astraphobia will often feel anxious during a thunderstorm even when they understand that the threat to them is minimal. Some symptoms are those accompanied with many phobias, such as trembling, crying, sweating, panicked reactions, the sudden feeling of using the bathroom, nausea, the feeling of dread, insertion of the fingers in the ears, and rapid heartbeat. However, there are some reactions that are unique to astraphobia. For instance, reassurance from other people is usually sought, and symptoms worsen when alone. Many people who have astraphobia will look for extra shelter from the storm.[1] They might hide underneath a bed, under the covers, in a closet, in a basement, or any other space where they feel safer. Efforts are usually made to smother the sound of the thunder; the person may cover their ears or curtain the windows.

A typical sign that someone has astraphobia is a very heightened interest in weather forecasts. An astraphobic person will be alert for news of incoming storms. They may watch the weather on television constantly during rainy bouts and may even track thunderstorms online. This can become severe enough that the person may not go outside without checking the weather first. This can lead to anxiety. In very extreme cases, astraphobia can lead to agoraphobia, the fear of leaving the home.

TREATMENT


Sunday, February 28, 2021

SANG PUTERIKU

Cintai aku sepenuh hatimu
Sayangi aku sepenuh jiwa
Hadirkan dirimu tika aku senggara
Tetap disana tika marahku beraja
Setialah padaku tanpa mendua
Nasihati aku tika ku alpha
Berlembut dalam tutur kata
Jaga dirimu tika ku tiada
Hiasi dirimu buatku
1000⁰
Nescaya tak akan pernah berpaling
Tidak kau akan terabai
Tiada yang bisa memyakitimu
Akan aku lindungimu bak puteri
Menunduk bagaikan hamba
Menjulang kau bagaikan pemaisuri
Memanjakanmu umpama permata
Akan aku setia seumpama mentari
Temanimu seperti sang bulan
Akan ku kunci hati buat yang lain
Agar tidak kau tersakiti
Menganiayamu tidakkan sekali

Wahai cintaku..
Akan kuserahkan hati dan segalanya buat dirimu
Tanpa mengharap sebarang balasan
Akan aku cintai dan sayang kau setulusnya
Sehingga kau kelemasa di lautan kasih
Akan aku menjaga dan lindungi kau
Bagaikan laksamana menjaga si puteri
Akan ku berikan kesetiaan yang tidiak berbagi
Seumpama malam dan siang yang berganti

Kau umpama si pari yang memakbulkan semua impianku
Bagai bidadari yang menyempurnakan ku
Hadirnya kau membawa sinar bak mentari yang menerangi dunia aku
Bagai bintang yang menghiasi hariku
Seumpama kuntuman bunga yang mengindahkan pemandangan dan bauan harumannya yang mengkhayalkan

Kau telah menyempurnakan hidupku
Melengkapkan duniaku
Mengindahkan kehidupanku
Menceriakan hariku
Mengubah aku menjadi yang lebih baik

Terasa segalanya begitu sempurna dengan kehadirmu...



Friday, February 26, 2021

HAPPY BORN DAY

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
MY SWEET LOVELY FUTURE WIFE
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Selamat ulang tahun kelahiran love..

I hope this year will be the best birthday celebration u ever had..
I tahu kita tak dapat celebrate sama2 secara fizikal tapi i tetap nak u rasa gembira dan tak rasa kosong or alone on your big day..
Hope tahun ini akan jadi lebih baik dari yang sebelumnya..
U diberi kesihatan yang lebih baik..
Dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..
Semua yang u impi dan rancangkan terlaksana..
Harap u dapat miliki rumah sendiri..
Kurang bebanan dan tekanan ditempat keje..
Dikelilingi mereka yang akan hargai diri u dan mereka2 yang positif..
Segala urusan u dipermudahkan dan berjalan lancar..
Sentiasa disayangi dan di ingati oleh orang2 yang u sayangi...
Sentiasa dilindungi dari segala musibah jenis yang mendatang..
Diberkati dalam kehidupan seharian..


Yayang..

Thanks a lot for always be there for me in any situation..
Terima kasih atas kasih sayang yang u curahkan tanpa henti buat i..
Terima kasih atas sokongan dan kesabaran u melayan kerenah i..

I rasa sangat2 bertuah kenali diri u, kesudian diri u terima diri i sebagai pasangan dan kesanggupan u terima segalanya tentang diri i..

Yayang...

U adalah wanita yang sangat hebat..
U sangat sempurna di mata i..
Ketulusan dan keikhlasan hati u memang tiada tandingan. 
U had very beautiful heart..
Kebaikan dan kejujuran diri u sangat luar biasa..

My Love...
I tahu i tak mampu berikan u kemewahan..
I tak mampu nak tunaikan semua impian u..
Tapi..
I janji i akan jaga u sebaik-baik yang i mampu..
I janji akan sayangkan diri u sepenuh hati i..
I janji tak akan sekalipun pown menduakan atau berpaling dari u..
I janji akan ada dan temani diri u sehingga nafas i yang terakhir..
I janji i akan gembirakan dan bahagiakan u dengan cara i..
I janji akan berusaha sedaya upaya i untuk laksanakan semua yang i janji dengan u..
I akan berusaha bersungguh-sungguh untuk capai segala apa yang kita rancangkan dan impikan agar ia tercapai..

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KEKASIHKU


?????

Tersepit dalam kesedihan
Terjerut dalam kegembiraan

Aku bersendirian termanggu
Merenung diri yang hilang panduan
Aturan tidak seiringan
Menjadikan diri buntu tanpa jalan

Bukan merintih minta simpati
Hanya meluah rasa dihati
Agar kurang rasa terbebani
Bila apa yang dirancang tidak menjadi

Semakin sempit jalan dilalui
Halangan juga semakin mencabar
Entah mampukah aku hadapi
Hati hanya mampu bersabar

Seakan berada diambangan
Kekiri bisa kanan juga bisa
Tidak tahu mana yang berat
Tenggelam timbul tiada tanda

Kerisauan mula menyelubungi diri lagi..aku takut bila ia datang menjengah kembali..entah mana silap dan salah..suku dari telah musnah..aku cuba menyakinkan diri..tiada apa perlu aku runsingkan..namun ia tidak membantu..hanya membuatkan aku semakin nampak kemusnahan..

Adakah salah pada diriku??
Dimana percaturan yang salah??
Tidak cukupkah usaha aku??
Apa lagi perlu aku lakukan??
Bagaimana hendak aku uruskan??
Haruskan aku hanya mengikut??
Dimana perlu diperbetulkan??
Patutkah aku salahkan diri aku??
Wajarkah persalagkan orang lain??
Siapa??
Bagaimana??
Apa??

ARGH!!!!!

Semacam pecah kepala aku memikirkan....

Thursday, February 25, 2021

KENAPA..

Tiada siapa yang ingin dirinya dibelenggu dengan masalah terutamanya masalah yang berkaitan dengan kesihatan..
Lagi bertambah resah kesihatan mental..kerana ia akan buatkan diri kau sukar mengawal emosi..
Dapat tahu tisu luntut koyak dan kau tak boleh buat banyak aktiviti pun sudah membuatkan diri kau semakin hilang keyakinan diri..
Bila di diagnose kau punyai masalah kemurungan ia betul-betul tamparan yang sangat-sangat kuat buat diri aku...
Aku tahu dan sedar aku mempunyai masalh komunikasi dengan manusia..itu memang aku tahu dari dulu lagi..tapi kemurungan bukanlah 1 benda yang aku jangkakan akan terjadi dan berlaku pada diri aku..
Dari dulu aku memang sukar bergaul atau bercakap demgan orang baru..bila dalam kumpulan yang ramai aku banyak memilih untuk diam..ini kerana aku lebih suka jadi pemerhati dari bercakap..kemudian tiap kali ada perbentangan atau perlu berdiri didepan ramai orang..aku mula gementar..walaupun masa zaman sekolah aku selalu kedepan untuk amik anugerah..tiap kali tue aku akan beedebar..namun ego buatkan aku kuat..sebab itu aku sering memilih menjadi egoistic agar tak terlihat lemah..
Saat membaca keputusan docktor yang aku ada anxiety dan deepression..aku termanggu tanpa kata..seumpama orang tidak trime kenyataan..yes i masih belum bole terima yang aku memang ada masalah mental kemurungan..masih diperingkat awal lagi..ada kemungkinan untuk sembuh..namun ia tak berikan kelegaan jugak..sbb sakit mental nie bukan macam demam yang boleh sembuh cepat..aku tahu dan sedar bnda ini..ia perlukan kekuatan emosi dan hati untuk keluar dari bemda nie..sekali emosi hanyut..habis segalanya..
Benda nie buatkan aku semakin hialng keyakinan dan percaya diri..but aku belum sampai tahap benci pada diri aku..
Kenapa saat aku tengah merasa bahagia..saat aku sedang berusaha menjadi lebih baik macam nie aku diuji seperti ini..bukan persoalkan takdir cuma tertanya2...
Aku tahu diri aku banyak lakukan kesalahan dan kesilapan sebelum nie..dan kemungkinan ini adalah balasab untuk semua kejahatan dan kesalahan lalu yang aku buat..tapi ia terlalu berat bagi aku..entah mampu atau tidak aku hadapinya...
Jika ini dugaan agar aku menjadi lebih baik..dugaan untuk mengubah aku menjadi manusia yang lebih bagus..suka atau tidak..aku akan hadap..it not easy but selagi bernafas..akan aku hadap apa sahaja untuk teruskan hidup..
Berpatah kejalan yang lama tidak mungkin sekali..meski seberat apa jua dugaan..akan aku kuatkan semangat, cekalkan hati untuk tempuhi..tak akan aku mengalah untuk gapai apa yang aku impikan..

Wednesday, February 24, 2021

SERABUT!!!

 Aku xpnh tahu yg aku ade mslh mental..cume aku rase sumtin not right wit myself bila aku xley nk bersosial, it much more worse bila aku kne serang panic attack yg truk bila pergi tempat org ramai..apa yg aku tahu sblm nie..aku xske tempat crowded..yea i hate surrounded by too many poeple..aku xske bercakap dgn org..aku xpandai berborak dgn org sgt..itu aku tahu dan sedar..fyi it was my 1st time kne panic attack teruk dekat kg pandan..aku xpnh kne or jd mcm tue teruk sblm2 nie..

Aku berusaha tuk overcome all that dgn mcm2 cara..aku xtaw aku ade mild depression..aku pergi jumpe doc sbb aku nk overcome social anxiety..never thought yg it will turn out be like this..yg nie memg aku tak sorok..

Kau egt senang nk trime yg diri kau ade mental problem??kau egt seronok bila gtaw ur partner kau ade mslh nie..kau ingt aku suke ke nk sorok semua bnd nie..aku boleh je sorok bnd nie..dgn xgtaw kau yg aku g pakar GH..but i dont want hide it from u..kau ckp ok xpe xksh boleh trime..tp ur action dont show it..

Kau buat aku rase kau terbeban dgn diri aku..cara kau buatkan aku lagi down..ur word buatkan aku jadi semakin sakit..if bukan sbb diri engkau..bkn sbb rase yg ade tuk kau..kau egt aku nk buat semua bnd nie..kau egt aku nk jge dri aku cmni..big no!!jujur aku menyesal kenal dgn kau..sgt2..knp aku perlu knl dan syg someone mcm kau bila aku dlm keadaan yg truk mcm nie??knpe aku perlu aku rase yg sgt besar tuk kau saat aku dlm keadaan yg stt2 truk...maybe btl ape yg semua org ckp..aku xpnh lyk tuk bersama kau..aku yg terlalu pentingkan diri..just kerna aku terlalu sygkan kau..aku terlalu nampak hebatnya kau..aku terlupa kekurgan diri aku..aku lpe siapa aku..all this really killing me right now..ye aku sanggup buat apa sahaja untkn nampak seganding dgn kau..tp aku lupa..pipit xkn mungkin dapat seganding dgn enggang..aku je yg berkhayal terlalu tinggi..hingga lipa siapa diri..

Aku mohon diri..maaf aku tak kan pernah jadi yg terbaik tuk siapa pown..tidak pernah layak tuk rasa bahagia seprti yg lain..


Thursday, February 18, 2021

ENTAH

Beratus juta benda dalam otak
Mane perlu, penting atau tidak
Aku sendiri tidak tahu
Segalanya sama dan serupa
Apa sebenarnya yang aku mahu
Aku mulai terkeliru
Segalanya berkeceramuk 
Berselirat terikat tergulung 
Sehingga tak mampu aku rungkaikan

Aku tak tahu dan tak tahu
Bagaimana dan dari mana perlu aku mula luahkan
Seandainya meluahkan itu seperti berlari sekuat hati sepanjang jalan
Akan aku lakukan agar kau tahu dan faham apa yang bebani diri aku
Seandainya meluahkan rasa hati itu seperti memikul beban, beratnya mewakili masalah yang aku terbelenggu
Percayalah, akan aku pikul untuk kau mampu pahami diri aku
Agar aku tak penat dan letih memendam segala rasa ini sendiri

Maaf kerna aku tidak seperti yang lain
Namun satu hal yang pasti aku tidak akan pernah berpaling kepada yang lain
Maaf aku tak mampu menjadi hebat sperti yang lain
Tetapi aku janji akan tidak akan pernah menyintai yang lain
Maaf aku tidak mungkin boleh menjadi seperti yang lain
Tetapi aku berjanji yang tidak akan ada yang lain selain darimu


Wednesday, February 17, 2021

ANXIETY

 Tampak hebat hanya luaran
Yakin meluah kata hanya denganmu
Memuji membangga diri tika denganmu
Bermegah dan bergaya hanyalah gaya
Jauh disudut hatiku yang dalam
Aku masih takutkan keramaian
Aku masih malu berkata dengan yang lain
Aku masih takut akan semua benda
Aku masih orang yang sama kau kenali mula dulu
Kerna itu..
Aku perlukan kau disisi
Aku perlukan kekuatan kau untuk tampak yakin
Aku sangat perlukan kau sentiasa

Segalanya hanya lakonan agar tidak nampak lemah dihadapan yang lain
Aku memakai topeng setiap hari yang aku jalani
Memaksa diri mencari keyakinan yang hilang
Kerna itu tiap kali masuk kedalam ruang selamat aku merasa selesa
Kerna itu aku keletihan tiap kali pulang

Maaf..
Aku masih belum mampu biasakan diri dengan keadaan sekeliling 
Ia sememangnya tidak buat aku
Namun akan aku usahakan mencari keyakinan seperti dulu

Monday, February 8, 2021

Telah ku usaha agar kelopak mata ini dipejam
Namun bila kegelapan menjengah, segala memori berputar
Menitis mutiara tidak mampu ditahan
Sebak menekan didada sungguh menyiksakan
Nafas dihembus tidak memberi kelegaan
Hanya menambah sakit tatkala terbayangkan dirimu
Sungguh aku teramat merindukan dirimu
Tapi entah bagaimana hendak diluahkan
Tiada kata dapat aku gambarkan
Potretmu berulang tayang dilayar telefon
Ukiran senyuman mu menambah kerinduan
Memori bersama silih berganti menambahkan derita

Ingin aku elus wajahmu dengan jemariku
Membelai kau dengan tanganku
Merenung matamu bertentangan
Mendakap rapat kau didalam pelukan
Mengucupmu terus dahimu..

Sungguh aku merindui dirimu ketika bersamaku..

RINDU

Angin malam yang lembut mengusik hati
Gelap malam mengamit memori bersamamu
Hati ini berlagu sedih
Meratapi kerinduan yang membusung
Kedinginan angin bertiup tidak mampu lagi menyejukkan hati yang kerinduan
Pedihnya mula meresapi keseluruh sendi
Menghakis kekuatan diri
Tanpa sedar merosak emosi diri

Kerinduan menyelubungi diriku tika ini
Kerinduan ini menyesakkan dada
Kerinduan ini mengguris emosi diriku
Kerinduan yang membelenggu kini sangat menyakikan

Aku merindui dirimu
Sangat-sangat merindukan dirimu

Aku merindukan segalanya tentang dirimu
Aku rindukan..
Gelak tawa kau yang menyenangkan hati
Senyuman manis yang menenangkab jiwa
Tutur kata yang memujuk diri
Telatah yang sentiasa menghiburkan
Sentuhan lembut yang mendamaikan
Kucupan mesra yang penuh kasih
Renungan mata yang tersimpan berjuta rasa
Dakapan yang sentiasa menghilang lelah membuang gundah
Belaian kasih yang mempersona jiwa

Yayang....
Tiada lain yang aku inginkan selain dirimu tika ini
Tiada lain mampu melegakan rasa ini
Tiada lain selain diri kau yang aku rindukan
Tiada cinta lain yang aku dambakan
Tiada kasih lain yang akubm tagihkan

Hanyalah kau..

Hanya dirimu yang aku perlukan dan inginkan..bukan hanya tika dan saat ini shaja..bahkan sehingga keakhirnya..kau yang aku mahu...

Salam rindu buat kau insan yang paling aku rindu dan cintai...

Sunday, February 7, 2021

RASA

 Aku, dahan yang rapuh. Menanti untuk luruh. Dalam ribut yang merempuh. Sehingga aku luluh. Menjadi serpihan yang hancur. Sampai tidak mampu bercantum.


Aku hati yang parah. Sakit dimamah amarah. Yang membunuh aku diam-diam. Kerana tidak mampu diluah. Terpendam umpama nanah. Yang membusuk menjadi busung. Sehingga meletup menjadi bangkai.


Aku jiwa yang lelah. Penat menahan rasa. Sampai aku terlupa. Tentang sebuah harga. Bernama diri yang empunya. Dan hilang akhirnya. Sehingga aku meraba. Dalam gelita lara. Yang melemaskan.


Aku senyum yang rebah. Sehingga jadi parah. Dah terus berpura. Untuk menjadi kuat. Namun sebenarnya tidak lebih. Sekadar patung yang ketawa. Sekadar menutup cela. Menutup rasa. Menutup asa yang kalah.


Sesungguhnya aku rapuh. Aku lemah. Aku kalah. Aku lemas akhirnya. Bertahan untuk merasa tabah. Akhirnya egoku musnah. Aku tidak lebih sekadar manusia biasa. Dengan sebanyak dosa. Dengan rasa tak berguna. Seperti sampah. Yang ingin dilihat cantik. Tapi tidak lebih asalnya adalah buangan yang tersisih.


Barangkali laraku itu dongeng. Barangkali tangisku itu topeng. Jika mereka tahu. Mereka juga ketawa. Menyalahkan aku. Mengutuk kebodohan sebuah pilihan. Mencerca satu kenaifan. Dari ribuan kelurusan. Yang sebetulnya sedang menghukumku diam-diam.


Kisahku tidak sempurna. Namun ingin sekali dilihat sempurna. Natijahnya ia menjadi beban. Yang tidak terceritakan. Ia menjadi terlalu sarat. Seperti empangan yang menakung lumut masaalah. Dan bila pecah. Ia bergumpal menjadi sula yang tajam. Menikam diri sendiri. Dan akhirnya melumatkan tenang. Menjadi tsunami yang bergelombang.


Aku tidak pandai bercerita bahasa biasa. Kerana yang biasa itu tidak mungkin menceritakan sebuah kisah yang panjang. Ia tersulam dalam ketawa dan tangisan. Dalam tenang dan perang. Dalam senyap dan bising. Bersilihan.


Aku tidak pandai mahu mengungkap rasa berkecil hati. Kerana seumur rasaku mensyukuri. Biar nikmat yang kecil. Berharap ada yang memahami. Untuk menjaga hati. Sayangnya diam ini tidak disedari. Kerana sering-sering ketawa dan senyum itu memijak aku dengan alasan reda. Padahal natijahnya aku yang terluka.


Sebanyak masa aku menjaga adab lidahku dari mencela. Mendengar sahaja. Menerima sahaja. Mengiakan. Merendahkan diri. Kerana tahu maksud satu ayat bernama kebodohan. Ya, kadangkala aku menjadi terlalu bodoh untuk menyayangi diri sendiri. Dan aku biarkan. Belati itu terusan menikam. Melukakan makin dalam.


Iya, itu aku. Boneka yang sudah hilang rasa. Apatah lagi harga. Maafkan aku. Kerana di hujung waktu ini. Aku telah tewas.


Lily Kamarruddin

SALAH

 Semua slh aku..

Gelakkan apa kau buat..lpas tue ko marah..letak telefon..padan muke..sape suo sibuk banyak tanya..semua bnda nk tahu..gelakkan org bg hadiah..terima tanpa byk ckp..ko xd hak nknpetikai apa yg dier buat n duit dier keluarkan tuk ape..
Skt hati..nangis sorg2 dlm kete..padanlah muke..dh sktkan hati org..skrg trimelah ape je org tue buat..
Kne hang up..macam sampah..try nk pujuk konon..dh salah..xpyh sibuk nak ambik hati org balik...terasa..sakit hati..xd sape peduli..sbb ko dh sktkan hati dier..walaupn yg ko gelak sbb benda tue unik..sbb sbb kelakar..
Kne hujan basah..sape suo keluar time hujan..xpakai payung. Kne sambat peyir basah sakit.tanggung sendiri..
Duduk kt luar mkn dgn petir ape semua..padan kuke sendiri..sape suo jadi penakut...sape suo suke jage hati org lain..fikir pasal org lain dlu. 
Marah delivery guy..lain kali biarkan je org tinggikan sore marah ko..tunduk diam n dengar..

Moral of the story...

Dengar diam n ikut..
Jgn tanya or pertikaikan..
Apa dier buat ia kn..jgn bantah..

If ini yg u nk dr i..
Sorry..i cant do that..cz im not someone yg sentiasa ikut arahan..

Sorry lpas ni memg i xkn pernah persoalkan or tanya apa2 about thing yg u buatkan tuk i..

My explaination is nothing for u..same as my feeling when u were mad..

Pasal delivery guy was rude to me..ask for the resit macam nk bergado..i just asking dier xtanya or org yg suo dier hantar tue xd bg note sape dh byar or belum or anything..trus dier nk melenting n dier merungut nk cepat..it make me piss off sbb i tanya dier elok2...n 1 more thing he promise 1 n half hour...but almost 3 hour i need to wait..reason dier byk delivery..mase i tanya dier dr awal lagi dier dh tinggi2 sore actually..cz when got the msg..i call to ask what time he can deliver..i xsempat ckp hbis dier dh melenting ckp dier sorg je hantar..nak sampai dier akan gtaw..n i diamkn lagi..bila dier sampai dier call..trus nk mrh ckp.dier dh sampai..b ask where i am..if ininpown slh i...xtaw lar..

I xmintak u bg i ape2 brg..n xd niat tuk pertikaikan ape yg u keluarkan tuk bg i happy..cume i xske n xnk u bazirkan duit with that kind of service..n with that amount of money we can get more..i gelak sbb idea u unik n xpnh terfikir bnd nie..bkn gelakkan u..if nk org phm kita..we need to learn understand other also..i know u mrh n xley dgar any explaination..tp sampai bila??i also xley dgar n ape2 bila marah..bila skt hati..u hang up i bila u mrh or skt hati..u marah..how will u feel if i do same thing??

Sorry sbb not good enough n never undersatnd u..
Sorry for not being great for u..
Sorry for be so childish
Sorry sbb i xmampu nk jadi yg terbaik untuk u..
Sorry sbb terlalu sygkan diri u..
Sorry n sorry...

I p3nat..i letih..i sakit..

Sorry...sbb xdpt jadi mcm org lain yg normal..yg boleh jage u dgn sempurna n happykn u..

Thanks for everything u had done for me...

Monday, January 25, 2021

HILANG

 Hilang

Entah dimana lagi perlu ku cari
Telah aku dalaminya
Telah aku selongkar
Telah aku telusurinya
Namun tetap jua tidak ku temui

Serasa kosong
Serasa letih
Serasa penat 
Segalanya negetif

Sunyi
Sepi
Bosan
Kosong
Kelam
Tiada apa....

Bila rasa ini kembali menjengah membuatkan diri aku tidak berdaya
Aku benci akan rasa ini
Ia sesuatu yang paling tidak aku suka
Umpama sesat ditengah padang tanpa batasan
Segalanya sama

Lelah telusuri jalan tanpa penghujung
Dimana destinasinya tidak ketahui
Titik mula dan akhir yang sama
Berdiri berjalan berlari
Tetap jua sama
Letih serasa tubuh
Kelelahan otak yang melumpuhkan diri
Kata-kata tidak memberi erti
Kehilangan rasa 
Perasaan bercampur aduk
Sendiri sukar mengerti dan fahami

Cahaya yang hadir tiada lagi sinar
Gelap yang menyelubungi tiada kesan
Rasa yang hadir hanya sepi
Duka yang menjengah tidak terkesan

Bagai boneka yang dikawal
Mengikut arus masa
Tanpa rasa dan perasaan
Bersendiran mencari punca




Monday, January 4, 2021

HATI

Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Pertemuan yang indah juga berakhir dengan sebuah perpisahan yang menyakitkan
Dahan yang patah pasti akan tumbuh
Barang yang hilang pasti terganti

Begitulah kehidupan ini..

Tiada apa yang kekal 
Sedangkan yang hidup juga pasti akan mati..

Sayangi dan hargailah ketika masih memiliki
Jangan hanyut dengan rasa yang sementara
Risau parah terluka hati ditinggal
Merawat kelukaan bukanlah mudah

Jika cinta kata cinta
Jika rindu kata rindu
Jika benci katakan benci
Jangan berkata hanya demi menjaga hati
Terguris luka hati yang dikhianati
Bukan mudah di ubati
Ambil masa bukan sehari

Jika diri pernah dikhianati oleh orang yang menabur janji
Janganlah pernah engkau percayainya lagi
Andai benar apa yang ungkapi
Tak kan pernah dia mungkiri
Meski apa jua yang terjadi
Pasti dia berusaha mengotakan janji
Manabur janji berkata manis
Bukan susah,sungguh mudah sekali
Sekali percaya pasti akan memakan diri

Hargailah orang yang tulus sayangi diri
Tak pernah mengeluh atau mengeji
Walau seperti apa sekali engkau layani
Tetap dia berada disisi
Buruk baikmu tidak pernah dikeji
Mengutamakan dirimu disetiap segi
Tanpa pernah engkau diketepi

Tepuk dada tanyalah hati
Berteleku sejenak ambil masa
Fikirkan segalanya dari sudut berbeza
Jangan buta kerana kata
Jangan ditipu oleh hati
Akal ada gunakan berwaspada
Agar tiada penyesalan dikemudian hari