Terlihat indah dimata
Kenyataanya hanya yang melalui akan mengerti
Menilai cukup mudah
Bila dinilai menjadi marah
Mengarah sangat mudah
Bila diarah sentiasa membantah
Berkata-kata tidaklah susah
Mengotakan kata belum tentu pernah
Bercerita tentang semua
Benar atau tidak tiada fakta
Begitulah kehidupan seharian
Pelbagai ragam dan corak
Bermuka-muka untuk nama
Bermegah untuk kuasa
Berpura-pura untuk dipercaya
Menghina biar tampak sempurna
Hidup umpama corak lakaran dikertas
Dicorak dan digambar mengikut rasa
Banyak pilihan perbagai rupa
Bentuk, warna juga ukurannya
Mungkin akan ada ulangan
Mungkin akan dipuja
Mungkin akan dicaci hina
Mungkin akan dilupa
Begitulah jua kehidupan setiap manusia
Akan adanya persamaan dengan yang lain
Akan ada perbezaan yang ketara
Akan ada yang disukai dan dipuja-puja
Tidak kurang dibenci
Kurang dihina
Lebih diperhati
Kaya disanjung
Miskin ditinggal
Pangkat dikejar
Harta direbut
Pandai disenda
Bodoh dipermain
Bijak disalah guna
Baik ditipu
Jahat dilindungi
Pentas kehidupan yang zalim penuh dengan tipu daya tanpa sempadan yang amat menakutkan bagi mereka yang mahukan keadilan dan kesaksamaan..
No comments:
Post a Comment