Monday, September 6, 2021

JUJUR/MENIPU

 Jujurkah kamu ke atas dirimu??
Jujurkah kamu didalam kehidupanmu??
Jujurkah kamu dalam melaksanakan tugasmu??
Seberapa jujur kamu terhadap segala yang kamu lakukan???

Jujur...

Setiap orang tidak suka ditipu..walaupun sipenipu sekalipun tidak suka sekiranya dirinya ditipu oleh sesiapa..

Persoalannya...

Seberapa jujurkah kita dalam menuturkan segala kata-kata kita??
Seberapa jujur kita terhadap diri kita??
Seberapa jujur kita dengan orang keliling kita??
Seberapa jujur kita melakukan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada kita??

Masih adakah wujud lagi manusia yang jujur yang tidak pernah menipu??

Tipu - perbuatan curang/kata-kata dusta.
Jujur - lurus hati,tulus, ikhlas

Pada aku, tipu dan tidak jujur adalah benda berbeza....

Menipu dan tidak berlaku jujur..
Sama??? Atau berbeza?

Tipu - memutar belitkan / mengubah fakta kejadian asal..cth:- selepas 3 adalah 6..kuning campur biru akan jadi ungu..
Tidak jujur - menyembunyikan kenyataan / tidak menyatakan kebenaran tanpa mengubah apa-apa fakta..cth :- selepas 3 ada nombor lain sebelum 6..kuning dengan biru tak jadi ungu tapi warna lain.


Dalam kita tidak sedar..
Kita sering hidup dalam penipuan..
Diajar dan mengajar orang sekeliling kita untuk menipu atau tidak berlaku jujur untuk pelbagai tujuan dan alasan..
Sama ada untuk mengelakkn menyakiti hati orang lain atau menyembunyikan perkara sebenar atau sekadar untuk menyelamatkan diri dari masalah..

Penipuan yang selalu berlaku..
Kita sering mengatakan kita dalam keadaan baik sedangkan sebenarnya tidak..
Atau kita tidak jujur hanya tidak mahu buatkan orang yang kita sayang risaukan diri kita..

Tipu dan tidak jujur adalah suatu benda yang sangat perlu dihindari dari menjadi kebiasaan diri..kerana tidak kira siapa kita tipu atau sembunyikan kebenaran..sebenarnya kita bukan memperbodohkan orang lain selain diri kita sendiri..

Kerana diakhirnya nanti..hanya kita yang tahu apa yang kita lakukan..

No comments:

Post a Comment