Tuesday, April 13, 2021

SAYANG

 Setiap insan punya rasa sayang dalam diri mereka dan menjadi lumrah rasa itu dikongsi atau dicurahkan kepada siapa, apa atau sesuatu yang berjaya menawan hati empunya badan.. Seperti kata orang, dari mata turun ke hati dan timbulah keinginan untuk memiliki..
 Keinginan setiap orang berbeza-beza kerna itulah yang membuatkan manusia ini unik.. Oleh kerana itu juga, rasa sayang yang hadir, timbul atau diberikan juga akan berbeza-beza terhadap sesuatu barang, kepada sesama manusia atau apa sahaja yang boleh disayangi..
 Ada orang memilih untuk menyayangi barang atau benda yang nampak, boleh disentuh tetapi tidak bernyawa seperti harta, wang, kereta atau sekadar barang koleksi seperti majalah, kad dan sebagainya.. Tak kurang juga yang lebih selesa berkongsi atau curahkan rasa sayang yang ada kepada haiwan.. Sama ada haiwan yang dipelihara sendiri mahupun haiwan yang tidak bertuan tanpa mengira apa jenis haiwan.. Manakala menyayangi sesama manusia pula adalah lumrah alam yang sememangnya menjadi kebiasaan buat semua manusia..
 Namun sedarkah kita yang cara kita menyayangi sesuatu atau melayan sesuatu menunjukkan sikap diri kita?? Tidak semua sedar atau belum ada apa-apa kajian khusus tentang ini tetapi jika kita lihat cara orang membaca personaliti seseorang juga dari tabiat dan perlakuan seseorang.. Bagaimana diri kita melayan, beri perhatian dan menyayangi sesuatu selain manusia, begitulah juga kita akan buat pada manusia.. Mungkin ada pendapat orang merasakan cara melayani atau sayangi sesuatu yang lain dengan manusia tidak akan sama dengan manusia.. Setiap orang punya pemdapat dan pandangan yang berbeza..
 Suka, sayang dan cinta.. adakah sama?? Berbeza?? Urm...

No comments:

Post a Comment