Aku tahu proses pemulihan bukanlah sesuatu yang mudah namun aku tak jangka yang ia akan menjadi sesukar seperti ini.
Maaf kerana banyak menyusahkan diri dan hidup kau sepanjang proses pemulihan diri aku.
Maaf kerana melibatkan diri kau didalam proses pemulihan diri aku.
Aku tak tahu yang meminta bantuan orang dalam proses pemulihan diri bakal menyusahkan dan buatkan diri kau atau sesiapa lain akan terkesan dan membebabkan.
Kenapa aku pilih kau untuk meminta bantuan untuk aku keluar dari permasalahan dadah
1. Sebab kau seorang yang positif
2. Cara kau lindungi orang..atau stand for others person buatkan aku rasa aku boleh count kt kau tuk jaga aku.
3. Aku sayangkan kau..
4. Aku sukakan cara kau treat aku dr awal kita kenal.
5. Sebab kau bencikan dadah
All this reason buatkan aku percaya kau mampu bantu aku keluar dari masalah dadah nie..
Pemikiran yang positif dan tak benci dadah adalah alasan paling kuat yang buat aku percaya kau mampu bantu aku..emosional and moral support yang kau ada n kau bagi dari mula kenal buatkan aku bertambah yakin. Lagi-lagi bila kau boleh buatkan dengar cakap dan nasihat dari kau.
Bukan mudah buat aku dengar kata atau nasihat sesiapa.
Ye aku keras kepala dan sangat degil.
Tapi hanya aku yang tahu kenapa aku perlukan diri kau..bukan tak nak cakap or luahkan cuma aku tak tahu cara.
Andai proses pemulihan diri aku buatkan diri kau terbeban dan menyusahkan atau mungkin kau dah terlalu penat dan letih dengan semua tentang aku, beritahu. Aku tak mampu hentikan, tapi mungkin aku boleh mengurangkannya dengam cara yang lain.
No comments:
Post a Comment