Thursday, September 17, 2020

Setiap insan menginginkan kebahagian..
Kebahagian bagi setiap orang berbeza..
Ada orang sudah bahagia bila ada masa terluang yang banyak..
Ada yang merasa bahagia bila punyai makanan untuk dijamu meski hanya sekali sehari..
Ada pula yang merasa bahagia saat menerima beberapa note wang untuk digunakan..

Apa itu kebahgiaan??
Bagaimana rasa bahagia??
Adakah perlu dicari atau sekadar menunggu??
Mengapa perlu bahagia??
Pentingkah kebahagian??

Tepuklah dada tanyalah hati..
Apa yang membahgiakan kamu..
Kejarlah ia jangan dibiarkan..
Jika belum memiliki kebahgiaan..
Cari dan usaha..
Tiada istilah terlambat dalam mengecapi kebahgiaan..

Setiap insan berhak untuk bahagia tidak kira latar belakang mahupun pangkat hatta kemiskinan atau kekayaan sekalipun. Ia tidak mampu menentukan kebahgiaan seseorang itu selagi dia tidak mengenal erti bersyukur.

Aku pernah ada segalanya dan kehilangan segala. Dulu aku tidak mengenal erti bahagia. Selagi aku tidak dilengkapi dengan kemahuan aku. Aku sentiasa mencari, mencari dan mencari untuk melengkapkan segalanya. Akhirnya aku keletihan. Kerana sikap tak pernah cukup aku membuat aku sering merasa kekurangan dan keresahan dan gelisah. Sehinggalah aku kehilangan semua yang aku miliki. Aku bertemu seorang insan yang mengajar dan mengenalkan aku dengan 'syukur' dan 'sabar'. Perlahan-lahan aku belajar mendalami erti syukur. Semakin lama buatkan hati aku mula lapang. Bersyukur dan menghargai tiap apa saja buatkan hidup aku semakin tenang. Itu tidak bermaksud selesa ditahap itu. Berusaha sehabis baik untuk menambah baik kehidupan itu perlu untuk selesa. Tapi bukan dengan berlebihan. Sedar diri jangan sampai membebankan. Meski hidup aku belum cukup sempurna seperti suatu ketika dulu. Namun aku bersyukur kerana ia lebih baik dari masa ke masa mendatang. 

Tiada manusia yang mampu hidup bersendirian itu harus aku akui. 

Yang penting aku semakin bahagia sekarang. Tambah lagi dengan kehadiran Si Dia yang menyayangi dan sentiasa memberi dorongan serta semangat. Membuatkan aku mula belajar menghargai kehidupan dan diri aku sendiri.

No comments:

Post a Comment