Hati gundah tidak terluah
Kerisauan tinggi aku sembunyi
Resah dan gelisah ku ketepi
Agar berjaya memujuk hati
Bukan mengikut emosi
Keselamatan kau diragui
Kerumitan ini sungguh menguji
Terasa kekerdilan diri
Tiada daya upaya berbuat apa
Diam sepi berfikir sendiri
Mencuba membuat jenaka
Agar tidak kau lupa untuk ketawa
Menghiburkanmu sementara usahakan sesuatu
Harap kau tidak terus berputus asa
Moga masih diberi peluang buat kita bersua muka
Walau singkat tidak mengapa
Asal dapat ku pastikan engkau sihat sahaja..
No comments:
Post a Comment