Tiada apa yang mudah
Segalanya pasti ada kesukaran tersendiri
Mungkin sukar pada awalan..mungkin dipertengah atau hujung..adakalanya kesukaran itu dari awal hingga ke akhirnya..jika nasib baik..ia mungkin mudah dipertengahan..
Tiap kesukaran itulah yang membuatkan segala usaha itu menjadi lebih bermakna dan meninggalkan kesan yang dalam..ia mengajar kita untuk menghargainya..
Perjuangan aku untuk memerdekakan diri aku sendiri amat perit aku rasakan..
Tiada seperkara pun berlaku seperti aku jangka dan rancangkan..segalanya benar2 diluar otak pemikiran dan jangkaan aku..namun ia bukan alasan bagi diri aku untuk mengalah mahupun merubah perancangan awal..
Tiap apa yang berlaku dan terjadi adalah proses yang mematangkan lagi diri aku dan pengajaran yang sangat besar maknanya pada aku..
Setiap perjuang dan perjalan akan ada ujian2 yang tertentu..
Adakalanya ia ujian yang sangat sukar hingga kita tidak mampu hadapi..
Setiap kesukaran akan memberikan pengajaran yang mematangkan diri kita..
Merindui seseorang juga adala sebuah ujian yang adakalanya sukar ditempuhi kerana ia melibakan hati..
Namun ia bukanlah alasan untuk kita menyerah mengikut kata dan kehendak hati..
Tapi ia akan menguatkan diri kita untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan..
Janji harus dipegang dan ditunaikan..meski sekadar dimulut ia bukanlah alasan untuk mengingkarinya..
Aku berjanji untuk menjauhi mereka selama 6bulan..meski rindu datang menjengah ia bukan alasan untuk aku mungkiri janji yang kita menterai..biarlah ku pendamkan kerinduan ini..menjadikannya senjata juga perisai untuk mengharungi perjuangan yang masih berjalan ini..
Jika sakit merinduimu pun mampu aku harungi dan bertahan..inikan pula merindui insan lain..sakit merindukannya dia tidak sesakit seperti mana aku merindukanmu..sedikit pun tidak menjejaskan hariku..
Biarlah aku terus merindukan kalian dari kejauhan..ia akan mengajar aku menghargai saat dan detik yang bakal aku luangkan bersama kalian kelak jika berkesempatan..
Tiada kerinduan lain yang mampu meragut kedamaian hidupku..mengganggu lena ku tika mentari melabuhakan tirainya..membejatkan kehidupan harianku..membuat diriku dilanda keresahan dan kegundahan hati..menyekat seleraku untuk bersantap..melainkan kerinduanku kepada seorang insan yang sering berlegar dikotak pemikiranku..insan yang paling aku sayangi sepenuh hati ini..
Kerinduan kepada kau insan yang teristimewa dan amat bermakna buat diriku..
No comments:
Post a Comment