Tuesday, September 29, 2020

BUDAK KECIK

Manja 
Mengada-ngada
Hendak perhatian
Harus diawasi
Tak pandai berdikari
Sentiasa perlukan bantuan
Perlukan teman
Degil
Nakal
Asyik bermain


Sentiasa dambakan belaian
Suka dimanjakan
Adakalanya manjanya berlebihan
Sehingga mengada-ngada
Sering melakukan perkara yang mendatangkan kemarahan orang dengan kenakalannya hanya untuk mendapatkan perhatian
Perlukan pengawasan sentiasa
Memerlukan bantuan orang untuk melakukan hanpir semua benda
Sangat tak pandai berdikari
Segala benda dijadikan permainan
Dunianya penuh dengan imaginasi segala macam imaginasi

Namun disebalik semua kenakalan, kedegilan dan semua kekurangan yang dia miliki masih ada terselit sifat dan sikap baik dan kelebihan padanya.
Sukar dilihat dengan mata kasar
Ambil sedikit masa mengenali dan selamilah hatinya
Kau akan temui sesuatu yang mungkin jauh dari sangkaan kau

Kasih yang diberikan sangat tulus tanpa mengharap balasan
Hanya kerana ada rasa sayang apa jua akan diturutkannya meski berpanas berhujan mahupan kelelahan bukanlah halangan buatnya untuk turutkan kemahuan orang yang disayang
Cintanya tiada harga boleh dibanding atau ditukar ganti

Sayangi, hargai dan berikan perhatian kepadanya
Akan dia menunduk mengikut segala apa yang kau ajar, arah dan mahukan
Bukan hanya hati, jiwa dia sanggup serahkan bahkan jika nyawanya kau minta sekalipun akan diberikan
Kesetiaannya tidak perlu diragukan bila segalanya telah diserahkan tiada apa lagi untuk dia berikan kepada yang lain

Tiada nilai wang yang mampu membeli diriku
Tiada harta yang mampu mengaburi mataku
Tiada apa sebarang benda mampu menggoyahkan jiwaku
Andainya, kau berikan kesetiaanmu tanpa berbelah bahagi, kau sayangi diriku sepenuh hatimu, kau hargai diriku selanyaknya aku perlu dihargai, kau curahkan aku dengan limpahan kasih yang tidak putus-putus dan kau manjakan diriku dengan belaian-belaian manja.
Akan aku menurut segala kehendak dirimu tanpa sebarang bantahan.
Akan aku menjaga dan melindungi dirimu dengan segala kudrat yang tersisa didalam diri ini.
Aku akan sentiasa ada untuk kau setiap tika dirimu memerlukan aku.
Meski berjuta kali kau menolak diriku atau meninggalkan aku,tidak akan sekali aku pergi meninggalkanmu.
Tika dirimu menghilang tanpa sebarang kesan, pergi memberikan luka yang dalam sekalipun. Aku tetap akan berjuang mencari setiap pelusuk dunia dan menerima dirimu dalam apa jua keadaan.

Sekali cinta aku ungkapkan..sehingga ke akhirnya akan aku perjuangkan.
Sekali janji aku lafaz..bergadai nyawa tetap akan aku usaha untuk tunaikan..

No comments:

Post a Comment