Tuesday, September 29, 2020

BUDAK KECIK

Manja 
Mengada-ngada
Hendak perhatian
Harus diawasi
Tak pandai berdikari
Sentiasa perlukan bantuan
Perlukan teman
Degil
Nakal
Asyik bermain


Sentiasa dambakan belaian
Suka dimanjakan
Adakalanya manjanya berlebihan
Sehingga mengada-ngada
Sering melakukan perkara yang mendatangkan kemarahan orang dengan kenakalannya hanya untuk mendapatkan perhatian
Perlukan pengawasan sentiasa
Memerlukan bantuan orang untuk melakukan hanpir semua benda
Sangat tak pandai berdikari
Segala benda dijadikan permainan
Dunianya penuh dengan imaginasi segala macam imaginasi

Namun disebalik semua kenakalan, kedegilan dan semua kekurangan yang dia miliki masih ada terselit sifat dan sikap baik dan kelebihan padanya.
Sukar dilihat dengan mata kasar
Ambil sedikit masa mengenali dan selamilah hatinya
Kau akan temui sesuatu yang mungkin jauh dari sangkaan kau

Kasih yang diberikan sangat tulus tanpa mengharap balasan
Hanya kerana ada rasa sayang apa jua akan diturutkannya meski berpanas berhujan mahupan kelelahan bukanlah halangan buatnya untuk turutkan kemahuan orang yang disayang
Cintanya tiada harga boleh dibanding atau ditukar ganti

Sayangi, hargai dan berikan perhatian kepadanya
Akan dia menunduk mengikut segala apa yang kau ajar, arah dan mahukan
Bukan hanya hati, jiwa dia sanggup serahkan bahkan jika nyawanya kau minta sekalipun akan diberikan
Kesetiaannya tidak perlu diragukan bila segalanya telah diserahkan tiada apa lagi untuk dia berikan kepada yang lain

Tiada nilai wang yang mampu membeli diriku
Tiada harta yang mampu mengaburi mataku
Tiada apa sebarang benda mampu menggoyahkan jiwaku
Andainya, kau berikan kesetiaanmu tanpa berbelah bahagi, kau sayangi diriku sepenuh hatimu, kau hargai diriku selanyaknya aku perlu dihargai, kau curahkan aku dengan limpahan kasih yang tidak putus-putus dan kau manjakan diriku dengan belaian-belaian manja.
Akan aku menurut segala kehendak dirimu tanpa sebarang bantahan.
Akan aku menjaga dan melindungi dirimu dengan segala kudrat yang tersisa didalam diri ini.
Aku akan sentiasa ada untuk kau setiap tika dirimu memerlukan aku.
Meski berjuta kali kau menolak diriku atau meninggalkan aku,tidak akan sekali aku pergi meninggalkanmu.
Tika dirimu menghilang tanpa sebarang kesan, pergi memberikan luka yang dalam sekalipun. Aku tetap akan berjuang mencari setiap pelusuk dunia dan menerima dirimu dalam apa jua keadaan.

Sekali cinta aku ungkapkan..sehingga ke akhirnya akan aku perjuangkan.
Sekali janji aku lafaz..bergadai nyawa tetap akan aku usaha untuk tunaikan..

P.E.N.A.T

Awan mendung berarak menyelubungi seluruh pelusuk alam

Titisan-titisan jernih jelas kelihatan 

Membasahi setiap permukaan-permukaan tanah didada bumi yang terbentang luas

Mentari bersembunyi menyorokkan sinar yang didambakan

Bagaimana mungkin pelangi dapat hadir tanpa sinaran mentari

kembali ku terperuk ku dipelusuk diruangan kegelapan 

Lilin yang dulunya peneman dikala kegelapan membelengu hilang sudah ditelan masa

Cahaya yang menjadi penyuluh membawa ceria suatu ketika hanya sedetik hadirnya

Begitu cepat ia hilang dan pergi

Lelah menanggung rasa sakit yang sama

Penat yang tiada punca

Letih yang amat melemahkan

Acap kali diluahkan dan di ingatkan namun tingkah tetap kekal

Hidup seumpama mati

Sedar dalam halusinasi

Tekad dan nekad tiada lagi erti

Terbaring bersendiri didalam sepi yang sungguh sunyi

Tiada pernah merindui saat-saat begini

Rasa telah terbunuh dengan sendiri

Simpan segala-segalanya buat diriku sendiri

Mengingatkan diri mengubati sang hati yang sering dilukai

Ketenangan dan kedamaian ku telah diragut sekali lagi

Membuatkan hati terasa kembali sepi sunyi dan hendak menyendirie

Sgala rahsia tersimpan kemas dilubuk terdalam didalam ruangan hati

 

Sunday, September 27, 2020

THANKS

Thanks for your precious time..

Thanks for not ignore me when i need u the most..

Thanks for everything...

Im not okey..but i cant avoid u..

I tak boleh tak ada u

I tak boleh kalau tak bercakap dengan u


Bukan i tak boleh buat keputusan sendiri, find my own way to settle anything, buat semua sendiri.

I boleh. I bukan budak-budak walaupun u selalu anggap i budak kecik. Cuma i nak u jadi 1st person yang i cerita semua benda. Mintak pendapat. I nak u tahu u keutamaan i. Tak kira dalam keadaan apa sekalipun. I tak okey ke, marah, sakit hati dengan u, terasa dengan u ape semua. U tetap keutamaan i dan sangat penting dalam hidup i.

I tak ada sesiapa sekarang. U are my everything. My family, my friend, my partner, my lover, my enemy, my life, my soul, my everything. I just have u only. Tak ada orang lain.

Yes i know u tengah marah so u tak akan faham semua. U tak nak faham. 

But i realy suprise with your changes today. U still pick up the phone and talk to me. Still can talk nicely in anger. Thanks a lot for that. I really appreciate it. Sangat2 happy when u still answer my call n talk to me. Thank you so much yayg..

U make me smile and happy walaupun u not in mood. Thanks for the change. It look small for u or other people but it really a big thing and matter for me. Small change like this really mean a lot for me..

Thanks again.

PENAKUT!!

Penakut!!bodoh!!pengecut!!

Feel very stupid when u cant admit your own mistake n wrong doing!!

Really down and feel very bad right now!!!

Dh buat slh biar org lain tanggung!!org lain bergaduh pasal kebodohan kau!!!

Pengecut!!bacul!!!
I really hate when thing like this happen!!!
Xmampu jgn buat!!!
Dh taw xreti bercakap sibuk nk ckp jgk!!!
Nie mkn dier!!
Hadaplah sendiri jadi punce!!!
Konon hebat??baguskn??
Now u know who you are!!!

Stop pura2 peramah ape semua..
Stop berlakon
Stoo berusaha
Stop!stop!stop!
Stop forcing yourself!!!

At the end of the day and story u still a fucking looser!!!

L.O.O.S.E.R!!!

Lost
   Over
      cOward
           Suck
              Everytime 
            eveR

So please always bare in your own fucking stupid coward damn useless mind!!!

Jangan nak jadi pandai bercakap sangat!!jangan nak nampak bagus!!tak payah nak nampak hebat sangat!!
Kau just tahu buat mslh mslh mslh bg org!!!
Such a troublemaker!!!
Dari dulu sampai skrg!!!always and will always like that!!!jgn nk positif sgtlah!!!end up hidul kau menyusahkan n dtgkan mslh je kt org lain!!!

Great kn???


Tuesday, September 22, 2020

RISAU

Khabar berita singgah ditelinga

Hati gembira tidak terkata

Si pemilik hati bakal bersua

Bagai melihat setaman bunga


Tiada ungkapan dapat menggambarkan

Yang tersirat dilubuk hati

Kegembiraan yang tiada tandingan

Bila Si Ratu hati bakal pulang ke sisi


Menunggu bukan masalah bagi ku

Walau bertahun ku tetap mampu

Masa ku hitung tanpa jemu

Semuanya hanya kerana dirimu


Bagai bulan jatuh ke riba

Impian menjadi nyata

Gembira hingga tidak terkata

Senyuman terukir hingga ketelinga


I know i shouldnt hope or expect to much..

Nothing is confirm yet..

Anything may happen selagi u tak sampai ke airport Malaysi..

But i tak boleh sembunyikan apa yang ada dalam hati..

Walau gembira masih terselit kegusaran yang menyelubungi..

I nak jumpe u depan2..

I sangat rindu u..

Tp i risau condition u mase kuarantin nanti..

Mase nak buat swab test..

U nak naik flight lagi..

When i think about all that macam xnk u balik..xnk u going throug all that thing..

Kesusahan2 dekat pusat kuarantin..

selesa ke tidak..makanan yang diberi nanti macam mane rupa..u boleh makan ke..if they serve fish or thing yang u tak makan nanti u nak makan apa..boleh ke nak send anything to u later..ape u nk buat sepanjang masa dekat sane..banyak..sangat banyak i fikir..

Macam mane sakit u nak menghadap swab test lagi..kawal rasa takut naik flight lagi..so much to be think..

To much to be think and plan for u mase u dekat pusat kuarantin within 14days...



ERTI

Resah gelisah hati gundah

Duduk tak betah 

Selera makanku patah

Jiwa meronta akal bekerja

Memcari sesuatu yang belum ketemu

Entah dimana dan bagaimana

Ia sering menjadi tanda tanya

Angin bertiup berubah-rubah

Kadang kiri kadang pula kanan

Namun jelas aku rasakan

Dari timur mahupun barat

Sejuk panasnya sangat ketara

Bukan andaian mahupun penilaian

Bukan juga menurut hati

Mata memandang akal menilai

Aura dirasa dengan hati

Buku ku baca menambah ilmu didada

Agar kata penuh makna

Bukan sekadar membuta tuli

Risau tak sampai maksud yang dierti

Atau mungkin mengguris hati


Jariku susun maaf ku pohon

Andai kata mendatangkan luka

Luahkan saja jangan disimpan

Akan ku terima dengan terbuka


Aku manusia penuh kekhilafan

Salah dan silap mohon dimaafakan




Saturday, September 19, 2020

Halusinasi

Keliru serabut
Hati jiwa celaru
Entah apa difikiran
Buntu tiada jalan
Malas penat lelah
Bersendirian bersoal jawab
Jawapan masih tiada
Solusi ilusinasi
Minda kosong 
Halusinasi kembali
Jiwa memberontak
Akal mati
Mahu atau tidak
Rangka tiada nyawa
Mati bernafas
Tenggelam dalam lamunan
Fikiran mencapai awan
Kaki jejak ditanah
Berada diawangan
Bagai layang terputus
Bakal menyembah 
Bila masa tiba
Hanya menghitungi saja
Ia pasti terjadi

KATA

 Kenangan lama jangan dikenang

Jika dikenang merosak emosi

Luka lama jangan dikenang

Jika dikenang menyakitkan hati


Memori lama tidak mudah dipadam

Adakalanya datang menjengah

Cinta lama jangan dipendam

Takut hati mudah tergoyah


Biar rindu kusimpan dihati

Tanpa ku luah isi dihati

Bimbang jikalau disalah erti

Orang mengharap mendapat simpati


Jangan disingkap cerita lama

Risau sulit untuk berhenti

Jika dirimu sudah berpunya

Ada hati yang bakal tersakiti


Kata diungkap haruslah dijaga

Tersilap kata musnah segalanya

Jika benar seperti dijangka

Biarlah masa menentukannya




Friday, September 18, 2020

JANJI

Ikra dilafaz
Niat pasak
Hati terikat
Jiwa dijitukan

Kata mudah dilafaz
Dibuat orang pemanis mulut
Yang waras gunakan akal
Namun nasfu mendahuli segala
Agar hajat dipenuhi
Kehadapan tidak difikir

Manusia 
Semuanya sama
Berjanji manis
Menabur janji
Janji palsu

Lalai dengan kata
Percaya akan janji diikrakan

Kecewa juga dirasai
Janji tinggal janji
Kata dusta yang tiada erti
Kepercayaan dikhianati
Takdir disalahi

Akhirnya...
Hati dilukai dan dilukai
Ukiran parut bertambah lagi
Darah mengalir sukar dihenti
Letih penat menagih janji
Lagi sakit bila dikengani

PERTANYAAN

Soal lawannya jawab
Jujur lawannya tipu
Sayang lawannya benci
Jaga lawannya abai
Turut lawannya ingkar
Beri lawannya ambil
Baik lawannya buruk

Tiap benda adalah lawannya
Begitulah tetapan dan aturan didunia
Diam tidak bermaksud salah atau takut
Adakalanya berdiam jalan terbaik untuk mengelak mengatakan sesuatu yang mungkin bakal menyakitkan hati orang lain
Namun menipu bukalah cara terbaik untuk menutup sebarang kesalahan yang telah dilakukan
Tiada sesiapa yang suka ditipu meski dia seorang penipu sekalipun
Ia bertambah lagi teruk bilamana menyalahkan orang lain demi untuk menutup penipuan yang telah dilakukan

Aku bukanlah manusia yang baik
Namun aku tak akan menutup kesalahan yang aku lakukan dengan letakan kesalahan ke atas orang lain atau menyalahkan sesuatu bagi menutup kesalahan aku
Aku tak takut atau malu mengakui kesilapan atau kesalahan aku dan aku bersedia menerima apa saja hukuman yang bakal aku terima atas salah laku yang aku buat

Prinsip hidup aku sangat mudah

 "BERANI BUAT BERANI TANGGUNG"
"JANGAN BUAT KALAU TAK SUKA"

Aku tak suka pertikaikan benda yang remeh
Dan aku tak kan bertanya kalau bukan sebab aku nak tahu
Biasanya pertanyaan aku bersebab dan setiap perubahan walau kecil aku tetap nampak

Aku mampu menjadi lembut bertolak ansur memahami dan sebaik-baik manusia yang ada dimuka bumi ini
Lidah aku boleh menjadi sangat lembut 
Bibir aku boleh mengutarkan kata semanis-manis manisan yang ada
Aku boleh menurut segala jenis arahan atau kemahuan sesiapa yang aku mahu
Namun itu tak bermakna aku lemah atau penakut hingga tak membantah

Bertanya ingin tahu
Menipu itu pilihan
Sembunyikan tidak membantu
Berdiam untuk mengelak
Marah aku dibendung
Agar tidak menyakiti
Aku manusia
Bukan boneka mainan
Dicari tika perlu
Bukan tempat penghilang bosan
Hargai tiap usaha
Setiap yang dikorban
Menunduk aku kerna hormat
Tidak bererti menjadi batu
Memberontak sikap aku
Dalam diam tidak nampak
Sikap aku seperti angin
Berubah laku mangikut waktu
Dapat dirasa tidak nampak
Dendam terbit buruk akibat
Lembut bicaraku dari lidah
Terbuai dengan cerita indah
Luka luaran tampak dimata
Lagi parah dilukai dengan kata
Tebu disemai dipinggir bibir
Manis kata disusan rapi
Bermain kata aku tak mahir
Namun jangan bermain dengan api
Segala santun telah ku jaga
Agar disenangi semua
Namun sudah resepsi dunia
Tiada yang tak terluka

Lesson Learned 
Thank You 

Thursday, September 17, 2020

Setiap insan menginginkan kebahagian..
Kebahagian bagi setiap orang berbeza..
Ada orang sudah bahagia bila ada masa terluang yang banyak..
Ada yang merasa bahagia bila punyai makanan untuk dijamu meski hanya sekali sehari..
Ada pula yang merasa bahagia saat menerima beberapa note wang untuk digunakan..

Apa itu kebahgiaan??
Bagaimana rasa bahagia??
Adakah perlu dicari atau sekadar menunggu??
Mengapa perlu bahagia??
Pentingkah kebahagian??

Tepuklah dada tanyalah hati..
Apa yang membahgiakan kamu..
Kejarlah ia jangan dibiarkan..
Jika belum memiliki kebahgiaan..
Cari dan usaha..
Tiada istilah terlambat dalam mengecapi kebahgiaan..

Setiap insan berhak untuk bahagia tidak kira latar belakang mahupun pangkat hatta kemiskinan atau kekayaan sekalipun. Ia tidak mampu menentukan kebahgiaan seseorang itu selagi dia tidak mengenal erti bersyukur.

Aku pernah ada segalanya dan kehilangan segala. Dulu aku tidak mengenal erti bahagia. Selagi aku tidak dilengkapi dengan kemahuan aku. Aku sentiasa mencari, mencari dan mencari untuk melengkapkan segalanya. Akhirnya aku keletihan. Kerana sikap tak pernah cukup aku membuat aku sering merasa kekurangan dan keresahan dan gelisah. Sehinggalah aku kehilangan semua yang aku miliki. Aku bertemu seorang insan yang mengajar dan mengenalkan aku dengan 'syukur' dan 'sabar'. Perlahan-lahan aku belajar mendalami erti syukur. Semakin lama buatkan hati aku mula lapang. Bersyukur dan menghargai tiap apa saja buatkan hidup aku semakin tenang. Itu tidak bermaksud selesa ditahap itu. Berusaha sehabis baik untuk menambah baik kehidupan itu perlu untuk selesa. Tapi bukan dengan berlebihan. Sedar diri jangan sampai membebankan. Meski hidup aku belum cukup sempurna seperti suatu ketika dulu. Namun aku bersyukur kerana ia lebih baik dari masa ke masa mendatang. 

Tiada manusia yang mampu hidup bersendirian itu harus aku akui. 

Yang penting aku semakin bahagia sekarang. Tambah lagi dengan kehadiran Si Dia yang menyayangi dan sentiasa memberi dorongan serta semangat. Membuatkan aku mula belajar menghargai kehidupan dan diri aku sendiri.

Thursday, September 10, 2020

MENGHARAL KEAJAIBAN

 Hati gundah tidak terluah

Kerisauan tinggi aku sembunyi

Resah dan gelisah ku ketepi

Agar berjaya memujuk hati

Bukan mengikut emosi

Keselamatan kau diragui

Kerumitan ini sungguh menguji

Terasa kekerdilan diri

Tiada daya upaya berbuat apa

Diam sepi berfikir sendiri

Mencuba membuat jenaka

Agar tidak kau lupa untuk ketawa

Menghiburkanmu sementara usahakan sesuatu

Harap kau tidak terus berputus asa

Moga masih diberi peluang buat kita bersua muka

Walau singkat tidak mengapa

Asal dapat ku pastikan engkau sihat sahaja..


Sunday, September 6, 2020

DUGAAN

 Tiada apa yang mudah

Segalanya pasti ada kesukaran tersendiri

Mungkin sukar pada awalan..mungkin dipertengah atau hujung..adakalanya kesukaran itu dari awal hingga ke akhirnya..jika nasib baik..ia mungkin mudah dipertengahan..

Tiap kesukaran itulah yang membuatkan segala usaha itu menjadi lebih bermakna dan meninggalkan kesan yang dalam..ia mengajar kita untuk menghargainya..

Perjuangan aku untuk memerdekakan diri aku sendiri amat perit aku rasakan..

Tiada seperkara pun berlaku seperti aku jangka dan rancangkan..segalanya benar2 diluar otak pemikiran dan jangkaan aku..namun ia bukan alasan bagi diri aku untuk mengalah mahupun merubah perancangan awal..

Tiap apa yang berlaku dan terjadi adalah proses yang mematangkan lagi diri aku dan pengajaran yang sangat besar maknanya pada aku..

Setiap perjuang dan perjalan akan ada ujian2 yang tertentu..

Adakalanya ia ujian yang sangat sukar hingga kita tidak mampu hadapi..

Setiap kesukaran akan memberikan pengajaran yang mematangkan diri kita..

Merindui seseorang juga adala sebuah ujian yang adakalanya sukar ditempuhi kerana ia melibakan hati..

Namun ia bukanlah alasan untuk kita menyerah mengikut kata dan kehendak hati..

Tapi ia akan menguatkan diri kita untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan..

Janji harus dipegang dan ditunaikan..meski sekadar dimulut ia bukanlah alasan untuk mengingkarinya..

Aku berjanji untuk menjauhi mereka selama 6bulan..meski rindu datang menjengah ia bukan alasan untuk aku mungkiri janji yang kita menterai..biarlah ku pendamkan kerinduan ini..menjadikannya senjata juga perisai untuk mengharungi perjuangan yang masih berjalan ini..

Jika sakit merinduimu pun mampu aku harungi dan bertahan..inikan pula merindui insan lain..sakit merindukannya dia tidak sesakit seperti mana aku merindukanmu..sedikit pun tidak menjejaskan hariku..

Biarlah aku terus merindukan kalian dari kejauhan..ia akan mengajar aku menghargai saat dan detik yang bakal aku luangkan bersama kalian kelak jika berkesempatan..

Tiada kerinduan lain yang mampu meragut kedamaian hidupku..mengganggu lena ku tika mentari melabuhakan tirainya..membejatkan kehidupan harianku..membuat diriku dilanda keresahan dan kegundahan hati..menyekat seleraku untuk bersantap..melainkan kerinduanku kepada seorang insan yang sering berlegar dikotak pemikiranku..insan yang paling aku sayangi sepenuh hati ini..

Kerinduan kepada kau insan yang teristimewa dan amat bermakna buat diriku..