Monday, July 6, 2020

WARKAH BUATMU

Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan agar aku dapat berbicara, bertanya, menyatakan atau mengungkapkan segala apa yang ada didalam fikiran aku.
Penat dan letih minda aku bersoal jawab sendirian mencari jawapan dan kebenaran akan sesuatu, mencari kata dan masa yang sesuai agar segalanya tidak salah di ertikan atau menjadi perbalahan.
Bukan mahu tampak sempurna dimata sesiapa. 
Aku tidak pandai menyatakan isi hati, sering kelemahan ini disalah erti membuatkan aku pilih berdiam diri.
Agar tidak aku terasa hati atau menyakitkan hati orang yang aku sayangi.
Harus aku akui sukar untuk memahami diri ini, kerna sifat ku yang seolah suka menyembunyi, tidak meluahkan isi hati, atau sering tidak mengekspresikan emosi.
Adakalanya dan ketika seolah aku melarikan diri, tidak peduli apa yang terjadi, hanya memandang tanpa sebarang reaksi, atau hanya membatukan diri. 
Aku cepat terkesan segala perubahan yang terjadi, aku memerhati tanpa henti, sedikit pergerakan pun aku ketahui.
Namun aku tak tahu bagaimana hendak mengendalikan diri untuk masuk kedalam situasi kerana aku terasa janggal sekali menyebabkan aku berterusan berdiam diri.
Bukannya aku tidak ambil peduli, tiap bicara aku dengari meski tiada kata yang keluar dibibirku ini.
Segala kata yang engkau tuturkan, nasihat yang engkau berikan, pujian yang kau luahkan, semua yang kau bicara, kata, luah, nyatakan dan tuturkan setiap satu darinya aku dengari dengan jelas sekali dan fahami segalanya.

Aku mohon beribu kemaafan.
Aku sedar akan kelemahan ini telah banyak menyakiti hatimu.
Tiada apa yang mampu aku janjikan.
Ada ketikanya aku menjadi keletihan dan kepenatan berlawan memaksakan diri berperang melawan apa yang ada dalam fikiran.
Berusaha berkali-kali tapi tetap juga gagal yang aku temui.
Mungkin diri ini tidak layak memiliki insan yang dicintai dan merasa disayangi, tidak layak untuk menikmati kebahgiaan, tidak sepatutnya aku munculkan diri mengenali sesiapa di dunia ini.
Kerna aku hanya akan menyakiti dan terus menyakiti hati orang yang tulus ikhlas menyayangi diriku ini.

Hey babe,
I tak sepatutnya buat u sayang diri i..
I sepatutnya ikut cakap u dulu masa mula kita chat..
I tak sepatutnya biar u lupakan prinsip u
I tak sepatutnya luahkan apa yang i rasa dekat u..
I tak sepatutnya ikutkan kehendak hati i untuk dekat dengan u..
I sepatutnya kene sedar diri yang i ni sakit, tak normal macam orang lain..
I sepatutnye kene ingat yang kelemahan i ni akan menyakitkan u kemudian hari..

Tapi...

I degil, pentingkan diri sendiri..
Terlalu ikutkan kehendak hati ni..
Biarkan emosi menguasai diri tanpa berfikir dengan waras..
Terlalu asyik bermain dengan kata-kata..
Terbuai dengan perasaan sendiri..
Biarkan diri terus-terusan hanyut dilamun cinta..

Yayang,
I tahu u sangat banyak terasa dengan perangai i..
Dalam i cube lindungi u, mengambil berat tentang u semua, tapi i jugalah yang sering sakitkan hati u..

Yayang,
I sangat sayangkan u..
Sangat-sangat sayangkan diri u..
U sangat sempurna dimata i..
I rasa sangat bertuah dan beruntung memiliki u dalam hidup sampai rasa i tak layak untuk bersama u..
U sentiasa ada saat i perlukan seseorang untuk bercerita dan meluahkan apa yang i rasa, disaat i tengah serabut dan perlukan teman, saat i nak berkongsi kegembiraan.
U adalah orang pertama yang buat i rasa diri i sangat dimanjakan, dihargai dan merasai kewujudan diri ini..
Walau berapa ramai orang yang ada, sesibuk mana pun u masa tu, apa pun yang u tengah buat, u tetap cari i dan pastikan i sentiasa ada dengan u.
U sangat pandai buat i tenang, buat i senyum disaat i gelisah, buat i rasa selesa masa i dalam keadaan cemas.
Sikap u yang sangat menjaga dan ambil berat tentang diri buat i rasa sangat selamat dengan u.
U tak pernah persoalkan masa lampau i, sentiasa terima diri i, walaupun sangat banyak kekurangan diri i.
U are the one and only person in entire galaxy i really wan to spend the rest of my life with and im willing to give everything i had event my life to be with u until the last of my breath.

Yayang,
I tahu sekarang u sangat sayangkan i..
U sanggup buat apa saja untuk bersama i dan tengok i gembira dan bahagia..
U sanggup sakit hati, tahan rasa marah u hanya sebab tak nak i sakit hati.
Tapi sampai bila u sanggup dan akan bertahan??
Berapa lama??
Andai kata, sampai satu masa, u mula terasa letih dan penat untuk menghadap kerenah dan perangai i..
Atau mungkin hati u sudah mula berubah, ada insan lain yang mengetuk hati u, u terasa ingin kembali ke jalan yang lurus.
I tak akan halang apa yang u nak..
I tak akan menjauh atau membenci u..
I akan tetap berpegang pada janji yang telah i ikrarkan dulu..
I akan sentiasa ada bersama u, i tak akan tinggalkan u, i tetap akan kejar u..
Cuma tolong bagitahu i..walau apa keadaan sekalipun..i akan terima.
Dan jika memang u dah tak nak dekat i, nak i berhenti buat kejar u, nak i berhenti segalanya sekalipun..
Tolong bagitahu dekat i, terus terang.
I akan hormati segala keinginan u tanpa mempersoalkan apa pun...

SABTU
04072020
0704AM
PANDAN MEWAH COURT
B2-12A-07

No comments:

Post a Comment