Tutur dan fikiran tidak selari
Bimbang disalah erti
Ingin bertanya supaya pasti
Bukan kerna meragui
Maaf kerna kekhilafan diri
Aku sentiasa cuba memperbaiki
Meski tampak jauh sekali
Akan tetap aku harungi
Sedar banyak kurangnya diri
Janggal bila dibandingi
Lelah dirasai tetap sembunyi
Agar tidak terasa hati
Bicaramu jelas tiada disembunyi
Emosi dinyata tanpa dipaksa
Terlihat mudah segalanya
Menyatakan tanpa kesukaran
Mungkin aku terlihat berdusta
Atau sekadar bermain kata
Riak wajah sentiasa gembira
Seolah tiada duka
Aku cuba mengutarakan apa yang aku rasa
Namun masih juga tidak berjaya
Sulit buatku menyusun kata
Tiada niat buat kau terasa
Lelah aku memaksakan diri
Buatkan diriku berdiam diri
Bukan tak mahu kau fahami
Menyembunyi jauh sekali
Aku tak tahu ekspresi emosi
Buatkan diriku sukar difahami
Berusaha sepenuh hati
Menyatakan apa yang dirasai
Gagal juga aku temui
Maafku mohon sekali lagi
Andai kau terasa hati
Atau telah melukai
Usahamu aku hargai
Mencuba berulang kali
Sering kau tersakiti
Mengalah tidak sekali
Andainya lelah mula kau rasai
Nyatakan saja pada diri ini
Membencimu tidak akan sekali
Walau engkau mohon undur diri
Janji telah aku patri
Tidak sekali aku mungkiri
Diriku kan tetap disini
Berjalan bersamamu walau apa terjadi
No comments:
Post a Comment