Tuesday, July 28, 2020

KERANA

Sakit sendiri
Berteleku bertahan
Langkah perlahan
Arah sudah ditetapkan
Jalan terus
Jangan menoleh
Pandang kedepan
Biar bertatih langkah
Tapi tidak patah
Biar teruk diuji
Jangan berhenti

Halangan berliku
Bak ular dipalu
Tidak aku buntu
Menoleh sedikit pun aku tak mahu

Hatiku cekal
Bukan dangkal
Baru berakal
Kau tak akan mampu sengkal

Mata terbuka celik
Tengok dengan hati
Pilih yang terbaik
Mencari jati diri

Jangan persoal
Ini jalan aku
Aku buat apa aku mahu
Bukan kau butuh
Ikut hati aku
Nampak melulu
Macam tiada tuju
Biarkan aku sahaja tahu

Bukan dipaksa
Tapi rela
Bukan diarahkan
Tapi aku yang pinta
Bukan disuruh
Tapi kemahuan
Bukan mengikut
Tapi diikut

Demi dia..
Untuk dia..
Hanya dia..
Semuanya kerna dia..

Demi cinta aku kepada dia
Untuk buktikan cinta aku kepada dia
Hanya dia mampu memberikan cinta setulusnya kepada aku..
Semua dan segalanya akan aku lakukan kerana mahukan yang terbaik untuk dia dan aku kekal bersama...



No comments:

Post a Comment