Kemurahan hatimu
Kemuliaan hatimu
Keikhlasan hatimu
Ketulusan hatimu
Kejujuran hatimu
Terlalu tinggi sehingga tak mampu aku gapai dengan jemari
Tingginya tak terjangka dek akal yang waras
Akal manusia yang hebat belum tentu tersaing denganmu
Manusia yang tidak mengenal erti menghargai telah memudarkan kelebihan yang ada padamu
Kebutaan hati mereka membuatkan dirimu ditindas tanpa belas
Wahai insan yang aku cintai dan sayangi,
Sering hati kau diguris dengan kata-kata yang dilontarkan kepadamu saat aku meluahkan kata hati
Hatimu kerap aku lukai ada tikanya tanpa belas
Dikala kau diamuk emosi aku memburukkan keadaan menyatakan isi hati
Kekecewaan kau lahirkan tidak aku hiraukan
Meminta dan memohon kemaafan tika kekhilafan aku lakukan tidak akan mampu menyembuhkan tiap luka dan gurisan yang telah menitiskan darah yang tidak terasa tapi tetap bakal meninggalkan parut yang tidak terlihat dek mata
Aku teramat sayangi dan cintai dirimu kekasih hatiku
Tidak aku takut termakan budi tapi cuba melindungi
Bukan tidak suka dimanja risau menjadi alpha
Tiada yang akan membantah diberi tanpa perlu meminta-minta
Bagai si ngantuk disorongkan bantal adalah impian setiap insan
Dimengerti dan sentiasa difahami terasa hidup indah sekali
Hey My Sweet Lovely Koala Bear,
Saya tahu awak sayangkan saya,
Saya tahu awak akan lakukan apa sahaja untuk saya,
Saya tahu awak sentiasa risau tentang diri saya,
Saya tahu yang saya adalah keutamaan awak dari semua benda,
Saya tahu awak tidak pernah sekalipun terasa terbeban dengan saya
Saya tahu tak pernah sekalipun awak rasa bantu saya menyusahkan
Saya tahu apa saja yang awak cakap dan buat adalah untuk kebaikan diri saya
Awak nak saya gembira, senyum, selesa, sihat dan awak nak yang terbaik untuk saya.
Tidak ada ape atau satu pun perkara yang awak cakap atau mintak saya buat untuk awak.
Semua dan segalanya tentang dan untuk saya.
Saya hanya nak ingatkan awak yaygku yang sangat saya sayangi sepenuh hati ini.
Antara kita sangat banyak persamaan yang tidak terjangka.
Banya perkara yang tersirat dihati kita sama dan serupa.
Keinginan terhadap pasangan kita tiada banyak beza.
Cuma yang membezakannya hanya keupayaan dan kemampuan kita.
Apa sahaja yang hati awak inginkan dekat saya sama apa yang saya mahukan buat diri awak.
Meski kata-kata saya umpama angan-angan yang tidak nyata.
Saya tetap punya keinginan untuk buat semua benda untuk awak dengan hasil dari usaha saya sendiri tanpa bantuan orang lain.
Merealisasikan impian awak.
Yayang..
Izinkan saya usahakan sesuatu dengan usaha diri saya sendiri.
Berikan saya peluang mengubah diri saya tanpa sebarang bantuan.
Saya mohon untuk biarkan saya bersusah mencari sendiri jalan untuk buktikan kemampuan saya.
Awak selalu cakap saya mampu lakukan banyak benda.
Jadi bagi saya peluang buktikan kebolehan dan kemampuan saya..
No comments:
Post a Comment