Bila emosi melebihi akal
Tidak tahu membezakan
Atau tak mahu membezakan
Berlindung dari kesalahan
Memberi beribu alasan
Melindung kerana belas kasihan
Menunding dan meletak kesalahan pada yang lain demi kepentingan sendiri
Meletak mangsa sebagai pesalah
Jalan cerita tanpa kesudahan
Hukuman dijatuhkan tanpa bicara
Keadilan hanya bual bicara
Fikiran dikelabukan oleh kata-kata dusta
Percaya membuta tuli
Hanya kerana persalah pandai berkata
Disanjung bak permata
Si mangsa terus tersiksa
Tanpa ada yang hendak membela
Undang-undang tidak dilaksana
Mengikut perundangan mahupun agama
Lantang bersuara
Tin kosong tiada beza
Menyesali tidak pula
No comments:
Post a Comment