Thursday, July 30, 2020

MEMORY

I miss u a lot..

Really miss u..

The moment i step inside this house all the memory with u like flash back like a video play again n again inside my mind..

The sofa..table..kitchen..hall..tv..every single thing..

It really hurt actually..

I try to ignore it but i couldnt..

Never thought it will be this damn hurt missing u when staying here..

I felt it since yesterday...but since i already make a promise with u..so just keep it for myself...

Yayg..

Rasa rindu ini sangat sakit..

Sakit yang pertama kali i rasa..

Tak pernah i rasa sesakit ni..


Tuesday, July 28, 2020

KERANA

Sakit sendiri
Berteleku bertahan
Langkah perlahan
Arah sudah ditetapkan
Jalan terus
Jangan menoleh
Pandang kedepan
Biar bertatih langkah
Tapi tidak patah
Biar teruk diuji
Jangan berhenti

Halangan berliku
Bak ular dipalu
Tidak aku buntu
Menoleh sedikit pun aku tak mahu

Hatiku cekal
Bukan dangkal
Baru berakal
Kau tak akan mampu sengkal

Mata terbuka celik
Tengok dengan hati
Pilih yang terbaik
Mencari jati diri

Jangan persoal
Ini jalan aku
Aku buat apa aku mahu
Bukan kau butuh
Ikut hati aku
Nampak melulu
Macam tiada tuju
Biarkan aku sahaja tahu

Bukan dipaksa
Tapi rela
Bukan diarahkan
Tapi aku yang pinta
Bukan disuruh
Tapi kemahuan
Bukan mengikut
Tapi diikut

Demi dia..
Untuk dia..
Hanya dia..
Semuanya kerna dia..

Demi cinta aku kepada dia
Untuk buktikan cinta aku kepada dia
Hanya dia mampu memberikan cinta setulusnya kepada aku..
Semua dan segalanya akan aku lakukan kerana mahukan yang terbaik untuk dia dan aku kekal bersama...



KESUNYIAN

Bersendirian..
Menyendiri..
Terasing..

Merenung keluar jendela
Menikmati keindahan pagi
Kicauan burung memecah sepi
Sinar mentari menghiasi alam
Saujana mata yang memandang

Aku pernah bersendirian menjalani hari
Rasanya sakit..
Menyesakkan
Kesepian yang tak mampu diungkap
Lelah..penat..segalanya..

Kesunyian kali ini..
Mendamaikan
Menenangkan
Selesa..selamat..
Tiada dihurung rasa sepi..

Walau hadirnya dia bukan setiap tika
Tetap juga memenuhi segala
Walau hadirnya bukan jasad
Namun suaranya tetap menyerikan
Walau jauh dari pandangan
Dia tetap dihati ini
Walau rindu menggunung
Tetap juga akan menanti
Walau tiada bersama
Tidak pernah terasa akan kehilangan

Meski kau jauh dari pandangan mata
Tiada sedikit sunyi aku terasa
Biar rindu tidak terkata
Takkan aku mendua

Keperihatinan dan ambil berat
Melenyapkan segala sepi
Menghapus segala sunyi
Sentiasa terasa kau disisi

Thanks for always being with me when i need u the most...

Tuesday, July 21, 2020

Siapa Aku??

Aku manusia yg tidak sempurna dari semua segi..
Meski sukar tuk akui akan kebenaran ni tp itu kenyataan yg tak mungkin aku boleh menidakkan..
Walau aku sentiasa berusaha menjadikan diri sempurna atau menyempurnakan diri org lain...
Aku sedar itu semua mustahil sama sekali...

Aku sentiasa pegang dengan apa yg aku ckp..
Semua janji yg aku buat..aku cuba sedaya upaya untuk laksanakan...meski banyak janji yg aku xmampu tunaikan..tp aku bukanlah manusia yg bermulut manis yg mengungkapkan kata2 sekadar untuk ambil hati org lain..

Benda yg aku xpernah mungkir dengan org lain is aku akan ada bila kau perlukan aku...aku sentiasa akan terima kau dlm apa keadaan pown..aku xkn pernah hukum kau atas kslhan lama kau..aku akan jd kawan kau..

Walau sakit macam mana pown aku nk terima kau masa tue..aku akan tetap jd manusia yg rasional dan sgt praktikal tuk kau..trust me..once i make a such stupid promise..i still keep it..

People may said im super duper stupid person to keep a promise with someone..tp aku keep doing sbb jnji yg aku buat..walau aku sedar yg xberbaloi aku buat semua bnd nie...

Kepada kau yg aku kenali..n now u are my all..mungkin terlalu cpt aku percaya n syg kt kau..tp keikhlasan dan kejujuran kau buat aku selesa dengan kau..perhatian yg kau bg kt aku buat aku rase dihargai sangat..dan buat aku dgn sendiri cuba ubah kehidupan aku jadi lebih baik..cume aku takut..boleh ke kau terima kekurangan aku??and..kau sangat faham dan supportive dlm banyak bnd...
Degil
Keras kepala
Ego
Pendiam
Panas baran
Aku sentiasa betul
Sukar untuk ditegur
Overprotective
Too care


Aku tetaplah diri aku
Walau berapa lama berkawan
Berapa lama kau mengenali diri aku
Inilah diri aku

Aku telah berusah ubah sifat buruk ini
Adalakanya ia sangat membantu aku
Tapi ia telah membuatkan aku kehilangan banyak bend dan orang yang aku sayang.

Aku berusaha dan sentiasa berusaha untuk jadi yang lebih baik. Tapi tak semua dirancang menjadi...

PANIC ATTACK

It not an easy thing to handle..
Sesak nafas..
Menggigil..
Cant think straight..
Macam nak menangis..
Nk bercakap pown susah..

And u ask me to calm n relax??
This the best i can do..talk nicely..
Stand up straight..

It not easy for to accept unexpected thing..and talk to others people..event i know them..but jarang bercakap pown can cause panic to me..

Im not ask for all that happen to me..i try so damn hard to look like nothing happen..being normal..stay calm every single time..try to overcome and face all my fearness..

I dont like..i cant..i fear..i scared..

This my biggest weakness at all


Hatiku teguh tidak mudah goyang
Kata terluah itu yang aku rasakan

Mengikut bukan kerna tiada berpendirian
Tapi lebih kepada fikir untuk kebaikan

Mindaku penat tubuhku letih
Menjaga orang mengharap kasih

Pahitku telan
Manisnya diambil

Dia memberi seikhlas hati
Tanpa niat tersembunyi

Hatinya tulus
Tak mungkin terganti

Aku menerima dengan hati yang berat
Bukan takut termakan budi

Pengalaman lalu mengajar aku
Berwaspada tapi jangan sampai melukakan


.......

Sepanjang hidup aku..
Kau adalah org pertama yang aku pilih dulu sblm dadah..
Dr 1st girl sampai ke freedom fighter..
Aku pilih dadah over them..
Aku delay time aku amik dadah tuk borak dgn ko dlm telefon..
Aku sanggup tahan skt badan masa dengan kau drpd amik dadah..
And benda tue semua semua aku xbuat untuk org lain..
Ko boleh tanya freedom fighter if u wan to..
Dier pernah tlg aku tinggalkan dadah mase aku mula2 dgn dier..
Tp aku tetap pilih dadah after that walaupn ada dier..
And dier xpnh dpt authority untuk marah or bercakap or bg arahan kt aku xkire ape pown slh aku..
Ko tak tahu n tak.kan pernah tahu bnd nie..
Nie antara sbb knp.aku xnk bg ko jumpe dier..
Aku xnk ko taw siapa aku sbnarnyer..
If ko nk..ko boleh pergi tanya call dier..cri n gali siapa aku yg dier kenal..
Ye aku taw aku byk susahkan dier..rasa bersalah nie buat aku susah nk lpaskan dier..
Tp aku xley teruss bersama dier..sbb atas rasa simpati..
And now aku pilih tuk bersama kau..
Byk bnd aku cube ubah..tp aku xmampu untuk buat semua bnd dlm 1 masa..
Aku sangat sygkan kau lebih dr apa yg kau tahu or fikir..

Maaf..sbb byk sktkan hati..
Maaf sbb buat kau risau..
Maaf terpaksa berjauhan dr kau...
Maaf untuk semua kesalahan yg aku lakukan...

Saturday, July 18, 2020

.....

Hidup umpama mati
Pergi tak akan dicari
Menunggu tidak muncul
Menghindari yang terbaik kini
Mencari jalan pulang
Tiada lampu mahupon cahaya
Aku tak perlukan kemewahan
Sokong dan kasih sayang aku cari
Bercerita buka aib sendiri
Bukan minta diri disimpati
Hanya bertanya jalan
Kerna sesat selalu tersungkur
Harap pertunjuk memberi erti
Penat dh tak terasa
Letih hilang begitu sahaja
Maaf telah kupinta
Rayuan juga dh aku kemuka
Namun bisu tiada jawapan
Biar aku undurkan diri
Agar tidak terus sakiti 
Kau yang aku puja dan idamkan 
Biar aku tanam dan semat dihati
Tak mudah untuk aku lupakan
Bukan mengalah
Tapi menyesali diri
Biar ku ubah diri
Menjadi manusia sihat kembali

Saturday, July 11, 2020

MENERIMA DENGAN SEPENUH HATI

Leher terjerat tanpa tali
Kaki diikat demi kasih
Diri merelakan untuk kebaikan
Menyerah segalanya untuk terus bersamanya
Kesilapan lalu punca segala
Kisah silam yang hitam menyukarkan keadaan
Keraguan yang timbul menyebabkan pertanyaan
Mempersoalkan tidak perlu
Apa yang berlaku buatkan dia menjadi ragu
Khifarah yang aku perlu tempuh
Sebelum sayangnya memudar
Akur kehendaknya tidak salah
Bukan dikawal tapi membendung
Agar khilaf dihindar
Mengalah dan ikut
Bukan perlu menunduk
Asal baik niat aku akan menurut
Degil dan keras hanya akan membuat aku musnah
Setelah memikirkan segala aspek
Mencuba tidak salah
Sementara dia mahu memberi peluang
Gunakan dengan baik
Menyesal kemudian hari sangat aku takuti
Bertindak sebelum lambat

Thursday, July 9, 2020

ISI HATI

Kemurahan hatimu
Kemuliaan hatimu
Keikhlasan hatimu
Ketulusan hatimu
Kejujuran hatimu

Terlalu tinggi sehingga tak mampu aku gapai dengan jemari
Tingginya tak terjangka dek akal yang waras
Akal manusia yang hebat belum tentu tersaing denganmu
Manusia yang tidak mengenal erti menghargai telah memudarkan kelebihan yang ada padamu
Kebutaan hati mereka membuatkan dirimu ditindas tanpa belas

Wahai insan yang aku cintai dan sayangi,

Sering hati kau diguris dengan kata-kata yang dilontarkan kepadamu saat aku meluahkan kata hati
Hatimu kerap aku lukai ada tikanya tanpa belas
Dikala kau diamuk emosi aku memburukkan keadaan menyatakan isi hati
Kekecewaan kau lahirkan tidak aku hiraukan

Meminta dan memohon kemaafan tika kekhilafan aku lakukan tidak akan mampu menyembuhkan tiap luka dan gurisan yang telah menitiskan darah yang tidak terasa tapi tetap bakal meninggalkan parut yang tidak terlihat dek mata

Aku teramat sayangi dan cintai dirimu kekasih hatiku

Tidak aku takut termakan budi tapi cuba melindungi
Bukan tidak suka dimanja risau menjadi alpha
Tiada yang akan membantah diberi tanpa perlu meminta-minta
Bagai si ngantuk disorongkan bantal adalah impian setiap insan
Dimengerti dan sentiasa difahami terasa hidup indah sekali

Hey My Sweet Lovely Koala Bear,

Saya tahu awak sayangkan saya,
Saya tahu awak akan lakukan apa sahaja untuk saya,
Saya tahu awak sentiasa risau tentang diri saya,
Saya tahu yang saya adalah keutamaan awak dari semua benda,
Saya tahu awak tidak pernah sekalipun terasa terbeban dengan saya
Saya tahu tak pernah sekalipun awak rasa bantu saya menyusahkan
Saya tahu apa saja yang awak cakap dan buat adalah untuk kebaikan diri saya
Awak nak saya gembira, senyum, selesa, sihat dan awak nak yang terbaik untuk saya.
Tidak ada ape atau satu pun perkara yang awak cakap atau mintak saya buat untuk awak.
Semua dan segalanya tentang dan untuk saya.

Saya hanya nak ingatkan awak yaygku yang sangat saya sayangi sepenuh hati ini.
Antara kita sangat banyak persamaan yang tidak terjangka.
Banya perkara yang tersirat dihati kita sama dan serupa.
Keinginan terhadap pasangan kita tiada banyak beza.
Cuma yang membezakannya hanya keupayaan dan kemampuan kita.

Apa sahaja yang hati awak inginkan dekat saya sama apa yang saya mahukan buat diri awak.
Meski kata-kata saya umpama angan-angan yang tidak nyata.
Saya tetap punya keinginan untuk buat semua benda untuk awak dengan hasil dari usaha saya sendiri tanpa bantuan orang lain.
Merealisasikan impian awak.

Yayang..
Izinkan saya usahakan sesuatu dengan usaha diri saya sendiri.
Berikan saya peluang mengubah diri saya tanpa sebarang bantuan.
Saya mohon untuk biarkan saya bersusah mencari sendiri jalan untuk buktikan kemampuan saya.
Awak selalu cakap saya mampu lakukan banyak benda.
Jadi bagi saya peluang buktikan kebolehan dan kemampuan saya..




Monday, July 6, 2020

Akal waras letak tepi
Maki caci nyanyian sehari
Perangai tidak cermin usia
Ikutkan hati mengundang bencana
Termakan kata dusta
Anak yang konon permata
Ditatang sanjung bak raja
Padahal si durjana
Yang bertopeng manusia
Hatinya kau jaga umpama takhta
Tak pernah hirau yang lain terluka
Dipandang bila perlu
Lupa bila selesa
Cuba pendam segala rasa
Namun pedih tak tetara
Bila bertubi-tubi melanda
Tembok yang gagah roboh juga
Enggan aku peduli
Mengawal emosi
Namun sabar dan iman ku tidak tinggi
Mudah aku melenting
Mata sakit melihat
Telinga berdesing mendengar
Hamburan kata menyakitkan hati
Bila yang bersalah sentiasa disebelahi
Aku bukan bijak pandai
Alim ulamak jauh sekali
Peguamcara tidak juga
Atau ahli perundangan
Namun akal waras aku guna
Bukan simpan dalam gua

Aku sedar siapa diri aku
Bukan pilihan dan banyak kurang
Tapi aku ada hati dan akal yang sering selari
Buatkan tiap kesalahan tiada toleransi
Meski buat diri sendir
Tak akan aku malu untuk akui
Bukan bangga buka aib diri
Cuma tidak suka lupa diri
Tutup kesalahan larikan diri

AKAL YANG DANGKAL

Bila emosi melebihi akal
Tidak tahu membezakan
Atau tak mahu membezakan
Berlindung dari kesalahan
Memberi beribu alasan
Melindung kerana belas kasihan
Menunding dan meletak kesalahan pada yang lain demi kepentingan sendiri
Meletak mangsa sebagai pesalah
Jalan cerita tanpa kesudahan

Hukuman dijatuhkan tanpa bicara
Keadilan hanya bual bicara
Fikiran dikelabukan oleh kata-kata dusta
Percaya membuta tuli
Hanya kerana persalah pandai berkata
Disanjung bak permata
Si mangsa terus tersiksa
Tanpa ada yang hendak membela
Undang-undang tidak dilaksana
Mengikut perundangan mahupun agama
Lantang bersuara
Tin kosong tiada beza
Menyesali tidak pula



WARKAH BUATMU

Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan agar aku dapat berbicara, bertanya, menyatakan atau mengungkapkan segala apa yang ada didalam fikiran aku.
Penat dan letih minda aku bersoal jawab sendirian mencari jawapan dan kebenaran akan sesuatu, mencari kata dan masa yang sesuai agar segalanya tidak salah di ertikan atau menjadi perbalahan.
Bukan mahu tampak sempurna dimata sesiapa. 
Aku tidak pandai menyatakan isi hati, sering kelemahan ini disalah erti membuatkan aku pilih berdiam diri.
Agar tidak aku terasa hati atau menyakitkan hati orang yang aku sayangi.
Harus aku akui sukar untuk memahami diri ini, kerna sifat ku yang seolah suka menyembunyi, tidak meluahkan isi hati, atau sering tidak mengekspresikan emosi.
Adakalanya dan ketika seolah aku melarikan diri, tidak peduli apa yang terjadi, hanya memandang tanpa sebarang reaksi, atau hanya membatukan diri. 
Aku cepat terkesan segala perubahan yang terjadi, aku memerhati tanpa henti, sedikit pergerakan pun aku ketahui.
Namun aku tak tahu bagaimana hendak mengendalikan diri untuk masuk kedalam situasi kerana aku terasa janggal sekali menyebabkan aku berterusan berdiam diri.
Bukannya aku tidak ambil peduli, tiap bicara aku dengari meski tiada kata yang keluar dibibirku ini.
Segala kata yang engkau tuturkan, nasihat yang engkau berikan, pujian yang kau luahkan, semua yang kau bicara, kata, luah, nyatakan dan tuturkan setiap satu darinya aku dengari dengan jelas sekali dan fahami segalanya.

Aku mohon beribu kemaafan.
Aku sedar akan kelemahan ini telah banyak menyakiti hatimu.
Tiada apa yang mampu aku janjikan.
Ada ketikanya aku menjadi keletihan dan kepenatan berlawan memaksakan diri berperang melawan apa yang ada dalam fikiran.
Berusaha berkali-kali tapi tetap juga gagal yang aku temui.
Mungkin diri ini tidak layak memiliki insan yang dicintai dan merasa disayangi, tidak layak untuk menikmati kebahgiaan, tidak sepatutnya aku munculkan diri mengenali sesiapa di dunia ini.
Kerna aku hanya akan menyakiti dan terus menyakiti hati orang yang tulus ikhlas menyayangi diriku ini.

Hey babe,
I tak sepatutnya buat u sayang diri i..
I sepatutnya ikut cakap u dulu masa mula kita chat..
I tak sepatutnya biar u lupakan prinsip u
I tak sepatutnya luahkan apa yang i rasa dekat u..
I tak sepatutnya ikutkan kehendak hati i untuk dekat dengan u..
I sepatutnya kene sedar diri yang i ni sakit, tak normal macam orang lain..
I sepatutnye kene ingat yang kelemahan i ni akan menyakitkan u kemudian hari..

Tapi...

I degil, pentingkan diri sendiri..
Terlalu ikutkan kehendak hati ni..
Biarkan emosi menguasai diri tanpa berfikir dengan waras..
Terlalu asyik bermain dengan kata-kata..
Terbuai dengan perasaan sendiri..
Biarkan diri terus-terusan hanyut dilamun cinta..

Yayang,
I tahu u sangat banyak terasa dengan perangai i..
Dalam i cube lindungi u, mengambil berat tentang u semua, tapi i jugalah yang sering sakitkan hati u..

Yayang,
I sangat sayangkan u..
Sangat-sangat sayangkan diri u..
U sangat sempurna dimata i..
I rasa sangat bertuah dan beruntung memiliki u dalam hidup sampai rasa i tak layak untuk bersama u..
U sentiasa ada saat i perlukan seseorang untuk bercerita dan meluahkan apa yang i rasa, disaat i tengah serabut dan perlukan teman, saat i nak berkongsi kegembiraan.
U adalah orang pertama yang buat i rasa diri i sangat dimanjakan, dihargai dan merasai kewujudan diri ini..
Walau berapa ramai orang yang ada, sesibuk mana pun u masa tu, apa pun yang u tengah buat, u tetap cari i dan pastikan i sentiasa ada dengan u.
U sangat pandai buat i tenang, buat i senyum disaat i gelisah, buat i rasa selesa masa i dalam keadaan cemas.
Sikap u yang sangat menjaga dan ambil berat tentang diri buat i rasa sangat selamat dengan u.
U tak pernah persoalkan masa lampau i, sentiasa terima diri i, walaupun sangat banyak kekurangan diri i.
U are the one and only person in entire galaxy i really wan to spend the rest of my life with and im willing to give everything i had event my life to be with u until the last of my breath.

Yayang,
I tahu sekarang u sangat sayangkan i..
U sanggup buat apa saja untuk bersama i dan tengok i gembira dan bahagia..
U sanggup sakit hati, tahan rasa marah u hanya sebab tak nak i sakit hati.
Tapi sampai bila u sanggup dan akan bertahan??
Berapa lama??
Andai kata, sampai satu masa, u mula terasa letih dan penat untuk menghadap kerenah dan perangai i..
Atau mungkin hati u sudah mula berubah, ada insan lain yang mengetuk hati u, u terasa ingin kembali ke jalan yang lurus.
I tak akan halang apa yang u nak..
I tak akan menjauh atau membenci u..
I akan tetap berpegang pada janji yang telah i ikrarkan dulu..
I akan sentiasa ada bersama u, i tak akan tinggalkan u, i tetap akan kejar u..
Cuma tolong bagitahu i..walau apa keadaan sekalipun..i akan terima.
Dan jika memang u dah tak nak dekat i, nak i berhenti buat kejar u, nak i berhenti segalanya sekalipun..
Tolong bagitahu dekat i, terus terang.
I akan hormati segala keinginan u tanpa mempersoalkan apa pun...

SABTU
04072020
0704AM
PANDAN MEWAH COURT
B2-12A-07

Friday, July 3, 2020

MENGAPA

Tutur dan fikiran tidak selari
Bimbang disalah erti
Ingin bertanya supaya pasti
Bukan kerna meragui

Maaf kerna kekhilafan diri
Aku sentiasa cuba memperbaiki
Meski tampak jauh sekali
Akan tetap aku harungi

Sedar banyak kurangnya diri
Janggal bila dibandingi
Lelah dirasai tetap sembunyi
Agar tidak terasa hati

Bicaramu jelas tiada disembunyi
Emosi dinyata tanpa dipaksa
Terlihat mudah segalanya
Menyatakan tanpa kesukaran

Mungkin aku terlihat berdusta
Atau sekadar bermain kata
Riak wajah sentiasa gembira
Seolah tiada duka

Aku cuba mengutarakan apa yang aku rasa
Namun masih juga tidak berjaya
Sulit buatku menyusun kata
Tiada niat buat kau terasa

Lelah aku memaksakan diri
Buatkan diriku berdiam diri
Bukan tak mahu kau fahami
Menyembunyi jauh sekali
Aku tak tahu ekspresi emosi
Buatkan diriku sukar difahami
Berusaha sepenuh hati
Menyatakan apa yang dirasai
Gagal juga aku temui

Maafku mohon sekali lagi
Andai kau terasa hati
Atau telah melukai

Usahamu aku hargai
Mencuba berulang kali
Sering kau tersakiti
Mengalah tidak sekali

Andainya lelah mula kau rasai
Nyatakan saja pada diri ini
Membencimu tidak akan sekali
Walau engkau mohon undur diri
Janji telah aku patri
Tidak sekali aku mungkiri
Diriku kan tetap disini
Berjalan bersamamu walau apa terjadi