Wednesday, May 20, 2020

MIMPI DAN ILUSI

Hidup didalam dunia ciptaan sendiri
Mereka cerita tanpa perlu berfikir tentang apa dan siapa
Melangkah mengikut kata si hati
Walau indahnya hanya sementara
Manis bahagia aku dapat juga rasa
Pahit diakhirnya ku telan jua

Realiti yang kejam 
Banyak luka terhasil
Ia tidak pernah adil
Baik kau dipijak
Jahat kau tetap akan dibalas
Awan berarak selepas hujan
Muncul pelangi hanya seketika
Kelam warna menyinggah semula

Indaman setiap yang duka
Sinarnya sentiasa menjadi pujaan
Tiada liku mahupun duri
Sungguh mudah untuk sesiapa menjalani
Kata saja hasrat hati
Sentiasa ia dipenuhi
Usaha bukan yang utama
Asal diri pandai berimiginasi
Duduk termanggu baring bersahaja
Impian idamanmu pasti terlaksana
Hebat berlaka tanpa cela
Walau ia hanyalah karut berlaka

Jatuhmu sukar untuk bangkit
Usahamu menjadi bahan gurau
Sedih tiada perhatin
Susahmu sendirian tanpa teman
Jujur tidak beri erti
Setiamu serimg diragui
Impian dianggap angan
Sungguh sakit hidup sendiri


No comments:

Post a Comment