Saturday, May 2, 2020

ANDAI KAU MAHUKAN AKU

Saya sayang awak
Saya rindukan awak
Saya cintakan awak

Ungkapan kata yang semakin kerap aku luahkan
Bukan kepada semua orang
Hanya buat kau seorang

Aku tak pandai bermain ayat berbunga
Mengarang sesuatu yang puitis juga tak mampu
Mengungkap terus kepada kau terasa malu
Tulisan ini gambaran kalbuku

Sejujurnya aku tidak mampu mengukur kasih dan sayang aku yang ada untukmu
Membandingkan juga aku tidak tahu
Sesuatu yang kau perlu tahu adalah ia benar tulus
Andai perlu aku buktikan rasa ini..akan aku lakukan agar kau tahu apa yang ada dalam hati aku..
Aku sanggup dan telah meninggalkan orang yang pertama aku cintai dalam hidup aku..orang pertama yang aku serahkan sepenuh hati aku..meninggalkan sesuatu yang tak pernah terduga aku mampu lakukan..untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama kau..

Kasih sayang yang ada untuk kau sekarang sangat besar sehingga kau tak akan pernah terjangka dan terduga bahawa akan ada seorang insan hadir dalam hidup kau dan menyanyangi diri kau seperti ini sehingga ke nafas terakhir aku..
Aku juga mampu menyintai dan menyanjungi kau lebih dari apa yang pernah aku berikan kepada insan yang pernah aku cintai atau yang mencintai kau sebelum ini..
Aku akan bertahan dan sentiasa bersama kau dalam apa jua keadaan kau dan selama mana yang kau mahu ada bersama kau...

Andai kata kau mampu menghargai diri aku sepertimana yang selayaknya.
Mampu bersabar dan bertahan dengan sikap aku..

Aku akan kotakan setiap kata2 aku..

No comments:

Post a Comment