Sunday, May 17, 2020

Hidup ini tetang pilihan
Memilh atau dipilih

Cinta yang ada hanya satu
Hati ini untukmu
Rindu hanya padamu
Kasih sayangku usah diragu

Biar ramai datang bertamu
Aku hanya ingin kamu
Walau cantik umpama ratu
Tetap aku memilih kamu

Kata dua aku tak mahu
Biarkan saja bagai angin lalu
Jiwa ini memujamu
Tiada lain yang ku perlu

Manis mulutku tanpa tebu
Tiada berjanji jika tidak mampu
Hati terlalu inginkanmu
Menjadi suri sepanjang hidupku

Paras rupa bukan keutamaanku
Tutur kata jadi pilhanku
Hati tersentuh mula merindu
Siang dan malam teringatkanmu

Jarak bukan suatu halangan
Menyintaimu sepenuh hati
Diriku sudah gila bayangan
Sakit merinduimu separuh mati

Ramai orang datang mengganggu
Bertegur sapa tidak mengapa
Tak mungkin hati terpaku
Sekadar peneman bila perlu

No comments:

Post a Comment