Hati remuk melihat kau
Terlantar bersendiri
Menanggung sakit yang bukan kepalang
Rasa simpati menyelubungi diri
Tapi tiada daya untuk aku membantu
Jika ada belum tentu aku lakukan
Bukan hendak melupa janji
Akal membimbing aku
Bukan hati yang harus aku patuhi
Kata-kata orang aku jadikan panduan
Melindungi diri sendiri
Telah banyak luka terjadi
Belum habis aku ubati
Cube menerima dan melupakan
Sering aku tewas ditengah jalan
Cinta ku beri madu aku tawarkan
Racun juga kau hulurkan
Puas aku merawat diri
Tetap juga masih begini
Niat ikhlas memakan diri
Biarlah aku undur diri
Berulangkali dinasihatkan
Namun hatimu tetap keras
Hadirmu tidak pernah aku kesalkan
Sentiasa menerima setiap kekurangan
Bukan mengharap kau pulang ke pangkuan
Cukuplah sekadar kau sedar
Langit tidak selalu cerah
Bila mendung datang menjengah
Kau harus tabah
Mungkin ujian atau kifarah
Tiada hak aku untuk manghukum
Mengangkat tangan dan berdoa
Moga sinar ada dipenghujung
Memaafkan kau bukanlah mudah
Luka yang tinggal sampai bernanah
Hancur hati bagai debu
Jiwa hampir terbang bersama
Cinta untukmu telah lama terkubur
Sayang itu hanya ungkapan
Kasih hilang ditelan masa
Kerna simpati aku turutkan
Masa bersama terasa siksa
#Kepada kau yang berpernah aku sayangi..hati aku terlalu lembut untuk menolak kehadiran kau..namum terlalu keras untuk memaafkan..kali nie aku tidak akan menurut kata hati dengan simpati..bukan aku tidak mahu terima kekurangan kau..namun semuanya harus aku akhiri..agar tiada lagi hati yang aku sakiti..bukan hanya kerana dia semata..keluarga juga harus aku fikirkan..mungkin ini bukan masa sesuia tapi ini masa yang aku lakukan..cukuplah aku menyakiti diri dan hati demi kau..moga kau temu bahagia yang kau cari nanti..
No comments:
Post a Comment