Saturday, May 16, 2020

Hati aku lembut
Mudah memaafi
Menerima walau sentiasa dikhianti
Melupakan apa yang terjadi
Agar tidak timbul benci

Meski marah membara didalam hati
Memaki tidak sekali
Menghormati tinggi
Bukan tanda kelemahan diri
Baik ku sering disalah erti
Salah aku jelas sekali

Penat menunduk
Aku berjalan pergi
Mana destinasi
Mengikut langkah kaki

Jari ku susun rapi
Luntut ku mencecah bumi
Kepala ku tunduk
Mohon diri dimaafi
Bukan kerna salah diri
Cuma tak mahu berkelahi
Aku sedar siapa diri
Tak perlu di ingati

Bila rajuk bertandang
Lambat ia beransur pergi
Langkahku jangan dihalang
Biarkan saja diri pergi
Membawa hati yang penuh calar
Akan aku ubati sendiri
Hitungan masa jangan dimula
Entahkan bila ia berakhir


No comments:

Post a Comment