Tuesday, December 22, 2020

SAKIT

Sakit tak terlihat
Hanya dirasa si empunya diri
Bila ditunjuk yang lain terasa
Bila dipendam terbelenggu rasa
Bertambah skt bila tiada tempat becerita
Memberontak buat kepala
Memendam pekara biasa
Cara terbaik diam tak bersuara

Biarlah sendiri sakit dari menyakiti
Salah sendiri tanggung sendiri
Salah yang lain tetap aku hadapi
Mengalah bukan kerana kalah
Hanya mengelak bertikam lidah
Mengaku salah tak maksud salah
Menghindar dari bertelingkah

Masa bersama semakin berkurang
Akan aku hargai setiap detik
Mengelak pergaduhan bukan mudah
Kerana rindu ia dielak
Menjaga hatimu lebih dari segalanya
Dari hati dan diri aku sendiri
Walau berkali kau melepaskan amarah
Tetap juga kau yg aku mahu

Kerna dirimu segalanya buatku
Kasih sayang dan keikhlasan dirimu
Tidak terbanding
Kebaikan dan tulus hatimu
Tidak mungkin terganti
Kejujuran dan kesetiaanmu
Telah menutup segala kelemahanmu

Aku sanggup hadapi apa saja
Rintangan dan dugaan
Walau payah dan sukar
Tiada apa yang mampu menggoyahkan
Tiada apa mampu menghalang
Tiada apa boleh menggugat
Melainkan kau
Dirimu sumber kekuatan buatku
Tanpa kau..
Aku akan hancur
Tanpa kau..
Aku bisa hilang kewarasan
Tanpa kau
Aku akan musnah

Bukan wang ringgit atau harga berjuta yang aku mahukan..
Tetapi..
Perhatian dan kasih sayang dari kau aku dambakan..
Bukan harta benda bahagiakan
Tapi kehadiran dirimu yang bisa buat aku kegembiraan
Bukan kemewahan yang aku harapkan..
Hanya kasih sayang tanpa sempadan yang aku perlukan..

No comments:

Post a Comment