Wednesday, December 2, 2020

PERTEMUAN 3

"Honey, where are you? I dah sampai dekat tempat biasa."

"Darling, give me 5 minute to be there. I tengah jalan keluar."

Sambil menunggu Zetty, aku buka galeri gambar di telefon. Beberapa keping gambar Hazena yang aku ambil secara curi-curi aku lihat kembali. Teringat kembali pertemuan petang tadi. Tanpa aku sedari senyum terukir di bibir.

"Seronok termenung. Sampai ke telinga senyum. Anything wanna share?" Sergah Zetty.

Entah dari mana dan bila di sampai. Aku sedikit pun tidak perasan. "Menung ingat our sweet moment lah honey. Almost 4 month kita tak jumpa. I tengah bayangkan apa nak buat sepanjang u ada dekat sini. U will love it!!" Aku capai semua beg dari tangannya. Masuk semua ke tempat duduk belakang kereta. Pintu penumpang sebelah depan aku buka "Sila masuk dan duduk wahai Si Jantung Hatiku."

"Thanks you darling" Zetty merakul pinggangku sambil meletak kepala terus kedadaku.

Ku kucup pipinya sebelah kanan. Sambil lengan melingkari pinggang dia dan tarik dia semakin rapat ke dada. "I really miss u".

"I miss u so much too darling," perlahan pelukan dilepaskan dan dia duduk di kerusi sebelah pemandu.

Aku masuk ke dalam perut kereta. Hidupkan enjin kereta. Selesai masuk gear, terus Zetty memeluk lenganku. Ia sudah menajadi kebiasaan padaku akan sikap Zetty yang manja. Tidak kira dimana, bila atau siapa pun ada, dia tetap akan berkepit seperti ini bila kami bertemu. Hubungan yang terjalin antara kami yang lama membuatkan perkara ini menjadi kebiasaan. Tiba-tiba terasa lengan ku basah.

"Hey, what happen? Why u crying?" Soalku terkejut.

"Nothing. Just too missed u." Jawabnye ringkas tanpa berganjak atau lap airmatanya.

"Are u sure?" Ingin kepastian.

"Yeah..just drive and dont say a word. Please." Katanya separuh merayu.

Zetty merupakan anak yatim piatu. Ibu bapanya meninggal ketika dia masih sekolah rendah. Di jaga dan dibesarkan oleh adik beradik ibunya. Ini kerana adik beradik ibunya tinggal berhampiran antara satu sama lain dan tidak jauh dari rumah neneknya. Maka tidak sukar untuk adik beradik ibunya menjaga dia adik beradik. Zetty merupakan anak ketiga dari empat beradik. Hanya dia yang masih bujang. Orangnya periang dan manja. Tubuhnya yang montok dengan potongan badan yang mengiurkan. Seorang yang sangat menjaga penampilan.

**********************************************

Setelah seminggu pertemuan aku dengan Hazena. Segalanya masih seperti dulu. Berhubung lewat telefon. Chat, panggilan suara dan video. Zetty masih di apartmentku. Lusa baru dia akan pulang ke Selatan bersama temanya. Ada Zetty pelawa aku mengikutnya pulang ke kampung bersamanya. Laju aku menolak dengan atas alasan kerja. Aku punyai perancangan lain dan dia telah merosakkan rancangan awal semua. Selama Zetty di rumah, pergerakkanku agak terbatas. Ini kerana, dia  akan mengekor kemana sahaja aku pergi selepas waktu kerja. Ini menyukarkan aku. Setiap panggilan dan mesej yang masuk ke telefon peribadiku pasti akan ditanya. Makanya aku hanya dapat hubungi Hazena pada waktu pejabat. Keadaan ini sangat merimaskan aku. Beberepa kali juga aku cuba pelawa Hazena untuk bertemu, namun semua ajakkan aku ditolak mentah-mentah. Ini menambahkan lagi kerunsingan buat aku. Buat pertama kalinya sukar buat aku mendapatkan seorang wanita.

BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment