Tika ego letak didepan
Apa yang perlu aku ketepikan
Bukan saja hendak menipu
Cuba tutup salah laku
Aku tak mahu terlalu bergantung
Meski engkau mampu lakukan
Aku cuba usahakan
Namun halangan tak mampu aku laksanakan
Salah aku, aku akui
Marah bukan tutup salah
Yang salah tetap salah
Bukan sengaja tak mahu meluah
Hanya tak mahu menambah beban
Cukup sudahlah apa yang kau berikan
Mungkin mudah bagi dirimu
Memberi dan membantu
Tapi tidak bagi diriku
Terus terima tanpa usahakan dahulu
Salah aku tidak bersuara
Meluah apa yang aku rasa
Malu dan segan sentiasa ada
Membuatkan aku simpan semua
Tidak mahu sentiasa meminta
Atau berterusan menerima
Banyak sudah engkau laburkan
Hasil masih belum aku berikan
Berkali engkau luahkan
Jangan disimpan segala beban
Luahkan saja pasti engkau selesaikan
Walau nyawa akan kau korban
Demi aku, engkau turutkan
No comments:
Post a Comment