Thursday, December 17, 2020

BIARKAN

Mereka bisa berkata apa sahaja
Mulut manusia mana mungkin ditutup
Hati melebihi akal
Menampakkan kebodohan tanpa sedar

Hidup aku hanya ada kau
Meski apa pun terjadi takkan sekali aku melangkah pergi
Biar apa mereka kata dan fikirkan
Hanya aku yang tahu apa yang aku inginkan

Mereka nampak aku hanya menurut
Mereka nampak aku lemah
Mereka kata aku teruk
Mereka kata aku pergunakan kau
Mereka nampak aku diam
Mereka kata dan terus berkata tentang apa yang mereka nampak dengan mata mereka

Namun hakikat sebenar.......hanya kau dan aku yang tahu....

Jadi, mengapa kita perlu dengar apa yang dikatakan mereka??

Mereka bisa saja mengatakkan apa sahaja yang mereka mahukan tentang apa sahaja yang mereka mahukan mengikut kata hati mereka.
Ikut hati kita mati,
Ikat emosi kita hanyut,
Ikut akal kita akan sepi,

Tetapi,

Jika kita mampu gabungkan segalanya.....pasti kebahgiaan akan kita temui...

Aku tak mahu lagi dengarkan mereka,
Kata-kata mereka kerap berbau toksik...
Adakala hanya membuatkan aku hilang keyakinan pada diri...
Dan sering kali menjadi punca pergaduhan kau dan aku.....
Mereka hanya menyusahkan dan merosakkan segalanya...
Tetapi kau!!! Ya......kau yang tengah baca sekarang!!
Kau yang telah berubah kerjaya dari seorang pengajar profesional kepada pencuri hati yang profesional!!!

Kau yang telah curi hati ini.....
Kau yang selalu buatkan aku gila merindukan diri kau yang jauh...
Kau yang selalu ada tika aku memerlukan seseorang.....
Kau yang............paling aku sayang dan cintai......sepenuh jiwa dan ragaku ini....

Kau yang telah menjadi....
Seorang yang amat dan teramat penting buat aku...
Seorang yang sentiasa aku perlukan...
Seorang yang mampu buatkan aku hilang kewarasan akal..
Seorang yang paling bermakna dalam hidup aku.........

Terima Kasih Yayang atas rasa yang sangat indah ini...
Terima kasih untuk segala-galanya....


No comments:

Post a Comment