Thursday, December 31, 2020

SORRY

So much thing inside mind right now..
Sometimes it hard to handle it..
But dunno how to split it out..
What exactly my feeling, life, self improvement, future, work so much to be handle..
Bukan xtaw nk buat semua tue..
Cume thing related to heart always be the reason mood spoil.. 
Nothing more important inside this world except you..
Nothing else can ever ruined my entire day or whole mood except u..
Nothing n nothing ever in this whole world can ever make me feel so good n great or opposite beside you..
Nothing..nothing...n nothing....

I willing take all blame for what ever happen as long u dont feel guilty..
I willing be the black sheep as long as u were happy..
I willing feel anything bad ss long i can see u happy n smiling..

Sorry again n again for ruined ur new year with my stupid behaviour..
Sorry..bcz of me your start a new year with bad mood..
Sorry n sorry for all my selfishness, egoistic n stupidness make u feel bad about urself..
Im really sorry this time..it totally my fault..i shouldnt act like a kid..
Lepaskan semua tekanan kt u..tak control my mood, semua lar..
I mintak maaf sgt2...

Wednesday, December 30, 2020

TAk FAHA.

Berkata dalam kepala
Bernyanyi buat diri
Luka terubat oleh masa
Sepi dan sunyi mula dirasai
Diluah tiada kata
Bercerita tiada isi
Mencari kata tidak mudah
Sering ia disalah erti
Jika disimpan bertambah parah
Luka tiada darah
Hendak diubat
Penawarnya tiada
Akhirnya hilang ditelan masa
Tiada tanda tiada parut
Namun kesan tak pernah hilang
Dihakis halus tanpa sedar

Termenung bersendirian dalam gelap
Mencari erti berdikari
Kedewasaan hanyalah luaran
Minda terperangkap didunia berlainan
Memaksa atau dipaksa
Bakal membunuh si ceria
Si bongkak yang sombong
Menjadi raja yang ego

Aku tak pandai berubah rupa
Fikiranku bukan seperti peta
Berbahagi tempat berbenua
Tepat dan kekal mudah dibaca
Minda aku seperti silang kata
Betul cantuman dapat pertunjuk
Salah padan hilang maksud
Hujung pangkal tidak menentu
Yang handal pasti tahu

Kekeliruan sentiasa membelengu
Punca sebab aku tak tahu
Bercakap bertanya  bercerita
Telah aku lakukan
Namun petunjuk dan penyelesaiannya tetap tergantung begitu
Bukan hendak perhatian selalu
Cuma berkongsi apa yang terbelenggu
¹

Tuesday, December 22, 2020

SAKIT

Sakit tak terlihat
Hanya dirasa si empunya diri
Bila ditunjuk yang lain terasa
Bila dipendam terbelenggu rasa
Bertambah skt bila tiada tempat becerita
Memberontak buat kepala
Memendam pekara biasa
Cara terbaik diam tak bersuara

Biarlah sendiri sakit dari menyakiti
Salah sendiri tanggung sendiri
Salah yang lain tetap aku hadapi
Mengalah bukan kerana kalah
Hanya mengelak bertikam lidah
Mengaku salah tak maksud salah
Menghindar dari bertelingkah

Masa bersama semakin berkurang
Akan aku hargai setiap detik
Mengelak pergaduhan bukan mudah
Kerana rindu ia dielak
Menjaga hatimu lebih dari segalanya
Dari hati dan diri aku sendiri
Walau berkali kau melepaskan amarah
Tetap juga kau yg aku mahu

Kerna dirimu segalanya buatku
Kasih sayang dan keikhlasan dirimu
Tidak terbanding
Kebaikan dan tulus hatimu
Tidak mungkin terganti
Kejujuran dan kesetiaanmu
Telah menutup segala kelemahanmu

Aku sanggup hadapi apa saja
Rintangan dan dugaan
Walau payah dan sukar
Tiada apa yang mampu menggoyahkan
Tiada apa mampu menghalang
Tiada apa boleh menggugat
Melainkan kau
Dirimu sumber kekuatan buatku
Tanpa kau..
Aku akan hancur
Tanpa kau..
Aku bisa hilang kewarasan
Tanpa kau
Aku akan musnah

Bukan wang ringgit atau harga berjuta yang aku mahukan..
Tetapi..
Perhatian dan kasih sayang dari kau aku dambakan..
Bukan harta benda bahagiakan
Tapi kehadiran dirimu yang bisa buat aku kegembiraan
Bukan kemewahan yang aku harapkan..
Hanya kasih sayang tanpa sempadan yang aku perlukan..

Thursday, December 17, 2020

BIARKAN

Mereka bisa berkata apa sahaja
Mulut manusia mana mungkin ditutup
Hati melebihi akal
Menampakkan kebodohan tanpa sedar

Hidup aku hanya ada kau
Meski apa pun terjadi takkan sekali aku melangkah pergi
Biar apa mereka kata dan fikirkan
Hanya aku yang tahu apa yang aku inginkan

Mereka nampak aku hanya menurut
Mereka nampak aku lemah
Mereka kata aku teruk
Mereka kata aku pergunakan kau
Mereka nampak aku diam
Mereka kata dan terus berkata tentang apa yang mereka nampak dengan mata mereka

Namun hakikat sebenar.......hanya kau dan aku yang tahu....

Jadi, mengapa kita perlu dengar apa yang dikatakan mereka??

Mereka bisa saja mengatakkan apa sahaja yang mereka mahukan tentang apa sahaja yang mereka mahukan mengikut kata hati mereka.
Ikut hati kita mati,
Ikat emosi kita hanyut,
Ikut akal kita akan sepi,

Tetapi,

Jika kita mampu gabungkan segalanya.....pasti kebahgiaan akan kita temui...

Aku tak mahu lagi dengarkan mereka,
Kata-kata mereka kerap berbau toksik...
Adakala hanya membuatkan aku hilang keyakinan pada diri...
Dan sering kali menjadi punca pergaduhan kau dan aku.....
Mereka hanya menyusahkan dan merosakkan segalanya...
Tetapi kau!!! Ya......kau yang tengah baca sekarang!!
Kau yang telah berubah kerjaya dari seorang pengajar profesional kepada pencuri hati yang profesional!!!

Kau yang telah curi hati ini.....
Kau yang selalu buatkan aku gila merindukan diri kau yang jauh...
Kau yang selalu ada tika aku memerlukan seseorang.....
Kau yang............paling aku sayang dan cintai......sepenuh jiwa dan ragaku ini....

Kau yang telah menjadi....
Seorang yang amat dan teramat penting buat aku...
Seorang yang sentiasa aku perlukan...
Seorang yang mampu buatkan aku hilang kewarasan akal..
Seorang yang paling bermakna dalam hidup aku.........

Terima Kasih Yayang atas rasa yang sangat indah ini...
Terima kasih untuk segala-galanya....


NEKAD

Mengalah atau berjuang
Berhenti atau meneruskan

Mengalah untuk si kalah
Berjuang untuk yang berani

Pilihan ditangan sendiri
Jangan biarkan hati kuasi diri

Akal mungkin masih dangkal
Namun keazaaman menentukan kejayaan

Mengalah diawal perjuangan
Berundur sebelum bertempur

Umpama pengecut yang bacul
Seperti tugu yang sungul

Perancang membentang rencana
Perlaksana mengikut rencana

Rencana penentu haluan
Untuk maju terus ke depan

Bersama bergandingan bahu
Berlainan bangsa tetap bersatu


Tuesday, December 15, 2020

I HATE THIS FEELING

I hate this feeling
Really hate

I hate when,
I hurt but still missing u
I hurt but still thinking about u
I hurt but still wanna talk to u
I hurt but still wanna be close to u
I hurt but still cant stop told u everything

Aku sanggup
Buat apa saja asalkan tak hilang kau
Buangkan ego demi kau
Jadi pak turut demi kau
Nampak bodoh demi kau
Kelihatan lemah demi kau
Berpanas hujan demi kau
Tanggung rasa skt demi kau
Dicaci hina demi kau

Katakan apa saja...
Akan aku pekakkan telinga
Keraskan hati hanya demi bersama kau
Ye aku sedar
Aku tiada kemantangan dimata kau
Mudah melatah bila diusik
Menurut kata kau
Adakalanya terlihat spt org tiada pegangan
Membiarkan diri terlihat lemah

Akh tahu dan sedar apa yang aku lakukan
Jika itu boleh buatkan aku tak hilang kau
Ia bukan masalah bagi diriku..


Welcome to my life..


Saturday, December 12, 2020

............

Kau buat apa kau suka
Aku buat apa aku suka
Kau dengan hiďup kau
Aku dengan hidup aku
Kau dengan dunia kau
Aku dengan dunia aku

Kawal bukan mengarah
Nasihat bukan membantah
Mengajar bukan memaksa
Bercakap bukan marah
Umur tidak bezakan akal
Muda bukan bermaksud dangkal
Berusia bukan bermaksud tahu semua
Diam mengikut kerna hormat
Tunduk bisu kerna hormat
Akur kerna tahu diri

Tidak tahu bukan bodoh
Tak pandai bukan bangang
Pandai semua belum tentu betul
Salah laku bukan teruk
Mengalah sentiasa bukan takut
Mengiakan elak pergaduhan
Membatu umpama tugu


Wednesday, December 2, 2020

PERTEMUAN 3

"Honey, where are you? I dah sampai dekat tempat biasa."

"Darling, give me 5 minute to be there. I tengah jalan keluar."

Sambil menunggu Zetty, aku buka galeri gambar di telefon. Beberapa keping gambar Hazena yang aku ambil secara curi-curi aku lihat kembali. Teringat kembali pertemuan petang tadi. Tanpa aku sedari senyum terukir di bibir.

"Seronok termenung. Sampai ke telinga senyum. Anything wanna share?" Sergah Zetty.

Entah dari mana dan bila di sampai. Aku sedikit pun tidak perasan. "Menung ingat our sweet moment lah honey. Almost 4 month kita tak jumpa. I tengah bayangkan apa nak buat sepanjang u ada dekat sini. U will love it!!" Aku capai semua beg dari tangannya. Masuk semua ke tempat duduk belakang kereta. Pintu penumpang sebelah depan aku buka "Sila masuk dan duduk wahai Si Jantung Hatiku."

"Thanks you darling" Zetty merakul pinggangku sambil meletak kepala terus kedadaku.

Ku kucup pipinya sebelah kanan. Sambil lengan melingkari pinggang dia dan tarik dia semakin rapat ke dada. "I really miss u".

"I miss u so much too darling," perlahan pelukan dilepaskan dan dia duduk di kerusi sebelah pemandu.

Aku masuk ke dalam perut kereta. Hidupkan enjin kereta. Selesai masuk gear, terus Zetty memeluk lenganku. Ia sudah menajadi kebiasaan padaku akan sikap Zetty yang manja. Tidak kira dimana, bila atau siapa pun ada, dia tetap akan berkepit seperti ini bila kami bertemu. Hubungan yang terjalin antara kami yang lama membuatkan perkara ini menjadi kebiasaan. Tiba-tiba terasa lengan ku basah.

"Hey, what happen? Why u crying?" Soalku terkejut.

"Nothing. Just too missed u." Jawabnye ringkas tanpa berganjak atau lap airmatanya.

"Are u sure?" Ingin kepastian.

"Yeah..just drive and dont say a word. Please." Katanya separuh merayu.

Zetty merupakan anak yatim piatu. Ibu bapanya meninggal ketika dia masih sekolah rendah. Di jaga dan dibesarkan oleh adik beradik ibunya. Ini kerana adik beradik ibunya tinggal berhampiran antara satu sama lain dan tidak jauh dari rumah neneknya. Maka tidak sukar untuk adik beradik ibunya menjaga dia adik beradik. Zetty merupakan anak ketiga dari empat beradik. Hanya dia yang masih bujang. Orangnya periang dan manja. Tubuhnya yang montok dengan potongan badan yang mengiurkan. Seorang yang sangat menjaga penampilan.

**********************************************

Setelah seminggu pertemuan aku dengan Hazena. Segalanya masih seperti dulu. Berhubung lewat telefon. Chat, panggilan suara dan video. Zetty masih di apartmentku. Lusa baru dia akan pulang ke Selatan bersama temanya. Ada Zetty pelawa aku mengikutnya pulang ke kampung bersamanya. Laju aku menolak dengan atas alasan kerja. Aku punyai perancangan lain dan dia telah merosakkan rancangan awal semua. Selama Zetty di rumah, pergerakkanku agak terbatas. Ini kerana, dia  akan mengekor kemana sahaja aku pergi selepas waktu kerja. Ini menyukarkan aku. Setiap panggilan dan mesej yang masuk ke telefon peribadiku pasti akan ditanya. Makanya aku hanya dapat hubungi Hazena pada waktu pejabat. Keadaan ini sangat merimaskan aku. Beberepa kali juga aku cuba pelawa Hazena untuk bertemu, namun semua ajakkan aku ditolak mentah-mentah. Ini menambahkan lagi kerunsingan buat aku. Buat pertama kalinya sukar buat aku mendapatkan seorang wanita.

BERSAMBUNG

Tuesday, December 1, 2020

PERTEMUAN 2

 Aku memandu memasuki tempat letak kereta pusat membeli belah. Setelah berpusing beberapa kali, akhirnya aku temui tempat letak kereta yang kosong. Aku berjalan menuju ke tempat dijanjikan. Aku perhatikan setiap pengunjung di dalam kafe tersebut. Mata aku menangkap seorang wanita duduk bersendirian di ruang yang agak tersorok dan agak ke dalam kedudulan meja dan kerusinya. Dia memakai blouse putih dan seluar jeans. Sama seperti yang dinyatakan di dalam chat.Rambutnya ikal separas bahu. Matanya bulat namun redup. Aku berjalan menghampirinya.

"Hye, Hazena?" Sapaku sambil menghulurkan tangan.

Dia agak terkejut, mengangkat muka. Merenungku sekejap.  Lalu tanganku disambut, senyuman terukir indah di bibirnya yang munggil. "Hye lufty, duduklah. Pesan minuman dulu." Katanya, sambil bangun untuk persilakan aku duduk.

Sungguh aku terpesona dengan melihat ciptaan di hadapanku tika ini. Senyumannya benar-benar mempersonakan. 

"Hey!!! Kenapa tengok orang macam nak telan? Tak pernah jumpe perempuan ke?" Katanya sambil melambai-lambaikan tangan didepan muka ku. "Are you ok beb? Is there anything wrong with me? Make up i comot ke? Ke ada apa-apa yang tak kena dekat muka i?sampai macamtue sekali u tengok muka i," sambungnya lagi sambil membetulkan baju dan mengambil bedak muka yang mempunyai cermin dari dalam beg. Melihat dirinya dan memandang mukaku untuk mendapatkan jawapan.

"Nope. Sorry bukan macam tue. Cuma i terpegun tengok u depan-depan. Sangat menarik. Such a wonderful creature i ever meet. Finally i dapat jugak jumpa the real u, that all." Jawabku sambil duduk dan menggeleng kepala seperti orang baru sedar dari lamunan.

"Here we go again. Sweet talk as always." Dia berkata sambil kedua tangan diangkat dan digoyangkan sedikit.

"I just said what inside my head and i cakap benda yang betul."

"Benda apa yang betul? Which part."

"U menarik. U buat i cair setiap kali tengok u senyum. Masa video call pun, i cakap benda yang sama kn."

"Yeah right. Sweet talker always talks sweet thing."

Selesai membasahkan tekak kami berjalan-jalan di dalam pusat membeli belah. Sambil bertukar cerita, bersenda gurau dan masuk ke beberapa kedai. Kebanyakan barang kegemaran dan hobi kami sama. Itu yang membuatkan aku selesa bersama Hazena. Tidak terasa masa berlalu. Dalam tak sedar jam menunjukkan 9 malam. 

"Sekejap je dah pukul 9 malam. U nak dinner sebelum balik?" Tanya Hazena yang memang sentiasa mengambil berat tentang diriku.

"Kita dinner dekat luar boleh? Somewhere near by maybe." Aku memberi cadangan. Sebab aku masih belum puas bersama dia.

"Ding ding ding" pesanan suara masuk.

Aku melihat ke skrin telefon.

"Hey darling, cuba teka i dekat mana? Boleh amik i dekat KLIA around 2 a.m?" Aku baca pesanan dalam hati. Raut wajah aku berubah. 

"Owh really? No prob. Will be there on the time baby. Can't wait to meet u sweetheart." Balas aku pantas.

"Kita makan dekat area kerinchi boleh? Sane ada kafe yang boleh lepak. Tutup pun agak lewat. Shall we?" Aku cuba menutup gelisah di dalam hati.

"Bukan u nak balik sekarang? Someone waiting?" Teka Hazena dengan nada yang agak sinis kedengaran.

"No. It just a friend ajak lepak. He can wait. Tak ada masalah," jawabku dengan yakin.

" Yeah right! Dari muka u boleh tahu it from a girl. Maybe your special or.......scandal?maybe.." dengan nada bersahaja sambil melangkah tinggalkan aku.

"Shit!! Time ni lah Zety ni nak mesej, nak balik sini. Suka spoilkan rancangan aku." Sumpahku dalam hati.

Aku berlari anak untuk mendapatkan Hazena. "Hey babe, as i said before. I tak ada special one lagi. Im single. Nothing great about me yang buat orang tertarik." Cubaan membela diri.

"Hehehe..it okey. Don't need to explain anything. Let's go to the cafe u said. U drive kn? I follow U dari belakang ok?" Jawabnya tersengih tanpa memandang ke arah aku.

"Guys, always said somethimg sweet to make girl fall. Lagi-lagi yang ada rupa macam ni. Kerja bagus semua. Senang-senang nak buat girl fall to him." Kata Hazena separuh berbisik.

"Sorry. Did u said something?" Tanya aku untuk kepastian.

"Did i? I cakap apa? Apa yang u dengar?" Soalnya bersahaja.

"Not really clear but i macam dengar u bercakap," aku bertanya dengan muka penuh keraguan.

"U salah dengar mungkin. Sebab dah dok terbayang your scandal mungkin. Sampai terdengar-dengar suara dia. Whose know." Kata Hazena dengan nada mengejek dan muka yang sombong.

Aku tercengang. Dalam hati membara panas. Hazena benar-benar mencabar diriku. Hanya kerana aku masih belum dapatkan dia. Aku terpaksa buat muka biasa. Agar dia tidak nampak apa yang aku rasa. Senyuman adalah topeng yang paling berkesan untuk menutup perasaan yang sebenar. Hazena benar-benar mencabar keegoan diri aku saat ini. Dalam masa yang sama dia membuatkan hatiku sedikit berdetik menyukainya.

Perjalanan ke kafe yang aku katakan tidak jauh. Hanya mengambil masa 15 ke 20 minit. Kerana jalan sudah dipenuhi dengan kenderaan empat roda. Hazena di belakang memandu tidak jauh dari aku. Dari cermin pandang belakang aku perhatikan keretanya. Jarak kami tidak lebih 20 meter. Dia pemamdu yang cekap pada fikiranku. Cara pemanduan yang bagus padaku bagi seoramg wanita.

Sampai di kafe. Kami duduk bertentangan sekali lagi. Aku menggunakan kesempatan ini untuk meneliti tiap inchi wajahnya. Dari pangkal rambut sehinggalah ke arah dadanya yang membukit indah. Dengan baju yang sedikit terbuka di bahagian dada, membuatkan mata aku yang nakal meratah setiap inchi kulitnya yang terdedah. Lurah yang terhasil dari bukit yang membusung telah membuatkan fikiran nakal aku sedari tadi berimaginasi kotor. Tanpa aku sedari Hazena memerhati tiap tingkah laku ku dari pusat membeli belah lagi. Walaupun hampir 6 jam menghabiskan masa bersama. Aku tetap belum puas memerhati Hazena, yang pada aku sungguh mengiurkan.

"Almost 6 hours u look at me. Jangan berharap sangat. Takut nanti frust menonggeng pulak." Katanya sambil melempar tisu tepat ke muka ku.

"What? Apa yang frust? Why should i?" Tanyaku tidak faham.

"Dari kita jumpa tadi, mata u tak lepas pandang dada i? Apa yang menarik sangat dekat bahagian situ?" Dengan muka bangga dan sombong dia bertanya.

Merah padam mukaku di ajukan soala  sebegitu. Tidak menyangka seorang yamg berpewatakkan lembut akan bertanyakan soalan sebegitu tanpa berbasa basi. "Terlalu menarik untuk mengalihkan perhatian dari situ. It make me wonder how it look without cloth." Jawabku terus terang.

"Nak tahu kenalah tengom sendiri but itu pun kalau dapat dapatlah." Katanya dengan nada dan gaya yang sangat menggoda. Jelingan dari matanya yang diredupkan sambil mengigit sedikit bibirnya.

Sekali lagi diri aku terpukau dengan tutur dan gayanya. Membuatkan jantungku bagai terkena renjatan elektrik.

"Urm..baru goda sikit dah terdiam? Mulut tu jangan bukak lama sangat. Nanti agas masuk. Malam-malam tak ada lalat. Hahaha..." hujung jarinya sengaja di guris atas meja berhampiran tanganku, menambahkan lagi keseksiannya. Sebelum menghabiskan kata dengan tawa yang dibuat-buat. Hazena menolak daguku menggunakan hujung pemegang sudu. 

Sekali lagi aku terkesima dan menunduk malu. Terasa ego aku semakin tercabar. "Damn!! Why so damn hot?? U really turn me on right now beb" aku geleng kepala sambil membetulkan duduk. Terdengar suara Hazena gelak gembira.

Bersambung....

01.12.2020 20:50

Tika ego letak didepan
Apa yang perlu aku ketepikan
Bukan saja hendak menipu 
Cuba tutup salah laku
Aku tak mahu terlalu bergantung
Meski engkau mampu lakukan
Aku cuba usahakan 
Namun halangan tak mampu aku laksanakan
Salah aku, aku akui
Marah bukan tutup salah
Yang salah tetap salah

Bukan sengaja tak mahu meluah
Hanya tak mahu menambah beban
Cukup sudahlah apa yang kau berikan
Mungkin mudah bagi dirimu
Memberi dan membantu
Tapi tidak bagi diriku
Terus terima tanpa usahakan dahulu

Salah aku tidak bersuara
Meluah apa yang aku rasa
Malu dan segan sentiasa ada
Membuatkan aku simpan semua
Tidak mahu sentiasa meminta
Atau berterusan menerima
Banyak sudah engkau laburkan
Hasil masih belum aku berikan

Berkali engkau luahkan
Jangan disimpan segala beban
Luahkan saja pasti engkau selesaikan
Walau nyawa akan kau korban
Demi aku, engkau turutkan


AKU MAHUKAN KAMU

Rambutnya ikal kemas beralun,
Semakin cantik dihias sedikit,
Menyerlahkan keayuan empunya,
Membuatkan aku rindu untuk membelainya.

Redup pandangan tajam jelingan,
Renungannya bisa menghilangkan ketenangan,
Membuatkan jantung ini menari,
Mampu memaku setiap kalinya.

Munggil dan mekar bibirnya,
Bertambah menarik tika senyuman terukir,
Meragut kewarasan minda bila terbayang,
Kelembutannya sungguh menghayalkan.

Wajah kesayanganku,
Tiap waktu bermain diminda,
Sungguh jelita tiada cela,
Apa saja akan aku lakukan,
Hanya untuk menatap wajahmu,
Walau seharian memandang,
Tiada sedikit pun jemu,
Bahkan aku mampu memandangmu disetiap waktu,

Sentuhanmu yang penuh kasih,
Belaianmu penuh keikhlasan,
Bicaramu penub pemgertian,
Sungguh aku merindui dirimu,

Aku merindui dakapan hangatmu ditubuhku,
Belaian tangan yang menghapus segala kedukaan,
Sentuhan manja yang mengasyikkan,
Genggaman tangan yang memberi kekuatan,

Ya...
Aku merindui segalanya tentang dirimu,
Gelak tawamu pengubat kerisauan,
Senyuman manismu penawar luka,
Kucupanmu mententeramkan jiwa,
Jelingan matamu yang menusuk jiwaku,
Gurau sendamu mencerikan hidupku,
Usikkanmu memeriahlan lagi suasana.

Tika ini,
Segalanya sunyi dan suram tanpa kamu,
Hidupku kembali sepi tanpa kehadiranmu,
Meski kau sentiasa temani di telefon,
Keadaannya sungguh berbeza,

Aku mahukan kamu temani diriku,
Aku mahu kamu untuk selamanya,
Bukan untuk menjagaku,
Tapi untuk menjadi teman,
Temani aku sentiasa,
Agar aku tidak lagi sunyi,

Kesunyian dan kesepian tanpa kamu sungguh menyiksakan diriku.