Tuesday, May 24, 2022

KUALA LUMPUR - JAKARTA 24.05.2022

Siapa sangka impian bakal menjadi kenyataan, angan-angan menjadi nyata...semua orang pasti ada impian dan angan-angan untuk melancong ke negari atau negara orang..menaiki kapal terbang pergi bercuti..hari ini impian dan angan-angan aku bakal menjadi nyata..aku akan berlepas menaiki kapal terbang untuk melancong ke ibu kota Jakarta, Indonesia. Yang pastinya aku hanya berseorangan dari Kuala Lumpur dan akan dijemput oleh buah hatiku di sana nanti. Ini adalah pengalaman pertama aku untuk menaiki kapal terbang. Seumur hidup aku belum pernah sekali pun aku menaiki pengangkutan udara untuk kemana-mana dan juga pengalaman pertama keluar dari Malaysia untuk menjejakkan kaki ke negara orang.. Bunyi hebat, melancong ke luar negara berseorangan buat pertama kali.. Namun disebalik semua ini kejayaan dan kegembiraan ini adalah usaha dari kekasih hati aku yang membuat hampir segala persiapan. Dari perancangan, tempah tiket, senarai keperluan sehinggalah bagaimana dan apa yang perlu aku lakukan sebelum, semasa dan selepas dilapangan terbang KLIA dan Jakarta nanti semua dilakukan dan diterangkan oleh kekasih hatiku.. Kerisauan jelas terpancar diwajahnya ketika menasihati aku dan menerangkan apa yang perlu aku lakukan nanti. Aku hanya mengemas barang-barang dan sediakan segalanya mengikut senarai yang diberikan sahaja.. Alangkah beruntungnya aku miliki seorang insan yang tersangat perihatin dan sungguh menyayangi diri aku dengan setulus hatinya.. Ketika ini aku dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang, didalam hati pelbagai rasa bercampur baur.. Gembira, seronok, risau, gelisah dan macam-macam perasaan ada.. Aku sendiri tidak dapat mentafsir apa yang aku rasakan ketika ini. Fikiran tidak usah ditanyalah.. Bermacam benda bermain dalam fikiran tapi tiada 1 rasa takut menaiki pesawat..
Sesampainya dilapangan terbang KLIA2 aku terus dapatkan tiket penerbangan dan masuk ke tempat perlepasan.. Segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.. Sehingga aku masuk kedalam kapal terbang.. Yang lebih menggembirakan dan seronok bila penerbangan pertama kali ini aku dapat tempat duduk dibahagian tingkap.. Jadinya, aku dapat melihat pemandangan yang sangat menakjubkan, melihat sendiri kapal terbang berlepas dan mendarat.. Suatu pengalaman yang sangat mengujakan buat aku.. Disepanjang perjalanan aku sibuk melihat pemandangan diluar.. Melihat awan dengan sangat dekat, luasnya laut terbentang dengan bermacam jenis kapal-kapal yang menghiasai permukaan laut.. Apa yang paling terkesan dan mengujakan aku, segalanya terlihat terhenti, seolah-olah masa tidak berjalan ketika itu.. Aku nampak bot laju, tetapi tidak nampak ia bergerak, hanya kelihatan buih dibelakngnya yang ditinggalkan..seolah ia hanyalah sebuah lukisan.. Semasa kapal terbang berlepas, aku didalam serasa seperti menaiki 'roller coaster' yang meluncur dilandasan.. melihat kapal terbang membuat pusingan kearah lain.. Walaup didalam masih juga terasa.. Dan apabila melalui awan putih, kapal terbang juga terasa sedikit gegaran.. Awan terlihat sungguh putih dan apabila terkena pancaran matahari ia memantulkan pacaran itu sehingga menyilaukan mata.. Akan tetapi semasa pendaratan sedikit menakutkan.. Ini kerana, sebelum mendarat, kapal terbang akan mengurangkan ketinggiannya, rasanya hampir sama ketika menaiki kereta dan lalu dikawasan menurun bukit.. Jantung serasa tertinggal dan henjutan iti agak kuat.. Ketika ia mendarat, roda menyentuh ke permukaan juga akan terasa 1 hentakkan tidak terlalu kuat tetapi masih terasa akan hentakkn n henjutan yang berlaku.. Setelah mendarat aku terus keluar untuk mengambil bagasi ada pemeriksaan imigresen.. Segalanya juga berjalan lancar tiada masalah sehinggalah aku menaiki grab dan sampai ke tempat yang ditujui..

No comments:

Post a Comment