Thursday, December 29, 2022

TERGANTUNG

Melangkah bukan melupakan..
Hanya meneruskan kehidupan..
Yang pergi selamanya tidak mungkin akan kembali..
Kenangan bersama tetap terus bersemadi dilubuk hati..
Kasihku buatnya suci tanpa paksaan..
Bakti ditabur tanpa keluhan..
Pemergiaan dirinya terlalu memberi kesan..
Membuat aku hilang haluan..
Meski aku sendiri tidak tahu seberapa jauh lagi perjalanan ini..
Buntu mulai menguasai fikiran..
Berdoa akan cahaya hadir menerangi kegelapan..

Monday, June 13, 2022

MATI

Bersendirian didalam kegelapan malam
Fikiran mula memainkan sketsa
Adakalanya tentang kenangan lalu
Ada masa mencipta senario yang tidak wujud
Kadang memutar kisah yang ingin dipadam
Cerita gembira hanya sekali imbas
Buatkan aku tertanya
Sedih sungguh kehidupan alam dewasa aku
Tiada kegembiraan yang kekal
Sedetik cuma ia lalu tenggelam dengan duka
Kedukaan dan kesedihan melebihi segala
Kegagalan demi kegagalan
Jatuh yang tidak bangkit
Kelukaan yang tidak pernah terubati
Cemuhan tidak berhenti
Syak wasangka berlarutan
Tuduhan tanpa bukti
Dihukum berulang kali
Diatas kesilapan orang lain
Menerima segalanya
Akhirnya................
Tetap tidak diendah dan dipeduli
Datang mencari tika diperlu
Terperosok terhimpit
Jalan keluar yang mudah

Matilahkan hati dari menyayangi insan-insan yang tak pernah tahu erti menghargai
Tanamkanlah kebencian dihati agar tidak lagi disakiti oleh mereka yang mengkhianati
Butakanlah hati untuk terus berbaik dengan mereka yang suka mengambil kesempatan dan tidak tahu menghormati

Biar mati bersendirian dari diri terus dipergunakan orang untuk kebaikan sendiri...


Saturday, June 11, 2022

SEPI

 Kesedihan menyelubungi hati
Air mata ku tahan dari mengalir hampir disetiap malam..
Entah mengapa dan untuk apa aku merasa kesedihan ini..
Yang pasti ia membelenggu kehidupan harian aku..
Aku cuba untuk meluahkannya agar ia dapat dikurangkan...
Namun, sukar untuk diluahkan kerana tiada hujung pangkal kejadian..
Aku merasa bosan dengan rasa ini yang tidak berkesudahan..
Ingin diluah tetapi tidak tahu bagaimana, kepada siapa dan untuk apa..
Aku cuba mengurangkan dengan menangisi kesedihan ini..
Akan tetapi tiada air mata yang mahu menitis dari mata..
Banyak, terlalu banyak persoalan, kenangan dan benda yang bermain didalam fikiran..
Namun tiada 1 mampu aku luahkan..
Bercerita??entah bagaimana harus aku memulakannya..
Menulis??entah apa yang perly ditulis..
Aku buntu dengan perasaan sendiri..
Jika dilihat dari luaran mungkin aku terlihat sangat berbeza dengan diriku 4 tahu yang lalu..
Banyak yang telah aku capai..
Banyak sebenarnya yang boleh aku banggakan tentang diri dengan pencapaian yang aku kecapi..
Tetapi jika dibandingkan dengan mereka yang seusia dengan aku??
Aku masih jauh ketinggalan..
Setiap orang punya cerita tersendiri dan dugaan yang berbeza..
Bukan hendak membangga diri kerana tiada apa yang boleh aku banggakan tentang diriku..
Ye..kehidup aku jauh lebih baik dari sebelumnya..
Namun, belum cukup baik, bila aku masih perlu bergantung dan meminta pertolongan orang lain untuk meneruskan kehidupan harian..
Malah, perangai dan perilaku aku sendiri masih banyak yang perlu diperbetulkan..
Belum lagi dengan masalah kesihatan yang tidak pernah habis..
Hubungana sesama manusia pun aku masib jauh kebelakang..
Sukar buat aku bergaul dengan manusia-manusia di bumi ini..
Adakalanya, aku merasa yang aku tidak sepatutnya or seharusnya wujud didunia ini..
Kerana kewujudan aku tidak mendatangkan sebarang kebaikan atau keberuntungan kepada sesiapa pun, termasuklah orang-orang disekeliling aku sendiri..
Apa gunanya wujud jika kewujudan diri hanya membeban dan menyusahkan orang-orang sekeliling dan orang yang menyayangi aku atau yang aku sayangi..
Diri sendiri pun aku tak mampu untuk menjaga dengan baik dan bagus..
Bagaimana untuk aku menjaga orang lain??
Dari aku kecik sampailah usia begini, tidak pernah sekali aku rasa yang aku ini mendatangkan kebaikan atau memanfaatkan kehidupan orang sekeliling aku..
Sentiasa menyusahkan dan membebankan orang sekeliling..
Aku bosan, letih dan penat dengan kehidupan.
Lately sucidal thought semakin kerap melintas dalam kepala otak aku..
And aku benci bila benda nie jadi..
Tanda-tanda kemurungan mulai kembali semula lepas beberapa bulan menghilang..
Aku cuba menjadi jujur dengan diri aku sendiri..
Meluahkan apa yang sebenarnya terbuku didalam hati aku..
Tak tahu, tak faham dan sukar untuk aku sendiri mengerti apa yang berserabut selirat dalam otak aku dan semakin hari semakin teruk aku rasa terbeban dengan perasaan ini..


Tuesday, May 24, 2022

KUALA LUMPUR - JAKARTA 24.05.2022

Siapa sangka impian bakal menjadi kenyataan, angan-angan menjadi nyata...semua orang pasti ada impian dan angan-angan untuk melancong ke negari atau negara orang..menaiki kapal terbang pergi bercuti..hari ini impian dan angan-angan aku bakal menjadi nyata..aku akan berlepas menaiki kapal terbang untuk melancong ke ibu kota Jakarta, Indonesia. Yang pastinya aku hanya berseorangan dari Kuala Lumpur dan akan dijemput oleh buah hatiku di sana nanti. Ini adalah pengalaman pertama aku untuk menaiki kapal terbang. Seumur hidup aku belum pernah sekali pun aku menaiki pengangkutan udara untuk kemana-mana dan juga pengalaman pertama keluar dari Malaysia untuk menjejakkan kaki ke negara orang.. Bunyi hebat, melancong ke luar negara berseorangan buat pertama kali.. Namun disebalik semua ini kejayaan dan kegembiraan ini adalah usaha dari kekasih hati aku yang membuat hampir segala persiapan. Dari perancangan, tempah tiket, senarai keperluan sehinggalah bagaimana dan apa yang perlu aku lakukan sebelum, semasa dan selepas dilapangan terbang KLIA dan Jakarta nanti semua dilakukan dan diterangkan oleh kekasih hatiku.. Kerisauan jelas terpancar diwajahnya ketika menasihati aku dan menerangkan apa yang perlu aku lakukan nanti. Aku hanya mengemas barang-barang dan sediakan segalanya mengikut senarai yang diberikan sahaja.. Alangkah beruntungnya aku miliki seorang insan yang tersangat perihatin dan sungguh menyayangi diri aku dengan setulus hatinya.. Ketika ini aku dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang, didalam hati pelbagai rasa bercampur baur.. Gembira, seronok, risau, gelisah dan macam-macam perasaan ada.. Aku sendiri tidak dapat mentafsir apa yang aku rasakan ketika ini. Fikiran tidak usah ditanyalah.. Bermacam benda bermain dalam fikiran tapi tiada 1 rasa takut menaiki pesawat..
Sesampainya dilapangan terbang KLIA2 aku terus dapatkan tiket penerbangan dan masuk ke tempat perlepasan.. Segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.. Sehingga aku masuk kedalam kapal terbang.. Yang lebih menggembirakan dan seronok bila penerbangan pertama kali ini aku dapat tempat duduk dibahagian tingkap.. Jadinya, aku dapat melihat pemandangan yang sangat menakjubkan, melihat sendiri kapal terbang berlepas dan mendarat.. Suatu pengalaman yang sangat mengujakan buat aku.. Disepanjang perjalanan aku sibuk melihat pemandangan diluar.. Melihat awan dengan sangat dekat, luasnya laut terbentang dengan bermacam jenis kapal-kapal yang menghiasai permukaan laut.. Apa yang paling terkesan dan mengujakan aku, segalanya terlihat terhenti, seolah-olah masa tidak berjalan ketika itu.. Aku nampak bot laju, tetapi tidak nampak ia bergerak, hanya kelihatan buih dibelakngnya yang ditinggalkan..seolah ia hanyalah sebuah lukisan.. Semasa kapal terbang berlepas, aku didalam serasa seperti menaiki 'roller coaster' yang meluncur dilandasan.. melihat kapal terbang membuat pusingan kearah lain.. Walaup didalam masih juga terasa.. Dan apabila melalui awan putih, kapal terbang juga terasa sedikit gegaran.. Awan terlihat sungguh putih dan apabila terkena pancaran matahari ia memantulkan pacaran itu sehingga menyilaukan mata.. Akan tetapi semasa pendaratan sedikit menakutkan.. Ini kerana, sebelum mendarat, kapal terbang akan mengurangkan ketinggiannya, rasanya hampir sama ketika menaiki kereta dan lalu dikawasan menurun bukit.. Jantung serasa tertinggal dan henjutan iti agak kuat.. Ketika ia mendarat, roda menyentuh ke permukaan juga akan terasa 1 hentakkan tidak terlalu kuat tetapi masih terasa akan hentakkn n henjutan yang berlaku.. Setelah mendarat aku terus keluar untuk mengambil bagasi ada pemeriksaan imigresen.. Segalanya juga berjalan lancar tiada masalah sehinggalah aku menaiki grab dan sampai ke tempat yang ditujui..

Thursday, May 19, 2022

MAMPUKAH AKU???

Diri mula diselubungi berjuta persoalan
Persoalan tanpa jawapan
Tergantung tanpa dapat dijawab
Berteleku bersendirian menyepi
Haluan terlihat kelam
Cahaya mula suram
Hati mula dirundung kesepian
Dan fikiran mula mempersoal tindakan
Segala tampak tidak menyakinkah
Mampukah aku lakukan??
Inikah yang aku inginkan??
Adakah aku bersedia??
Betulkah jalan yang aku pilih??
Adakah ianya akan membuahkan hasil??
Atau hanyalah angan2 mat jenin??
Teguhkan langkahku untuk harungi kemungkinan??
Cukup sudahkah persediaan??
Bakal terlaksakah segala impian??
Mampukah aku lakukan??
Sudah cukup yakin aku melangkah??
Bagaimana jika tidak seperti dirancang??
Bersediakah alu hadapi kegagalan??
Adakah semua bakal mengikut pelan??
Cukup utuhkah rancangan yang aku lakukan??
Bersediakah aku hadapi kemungkinan2 yang tak terjangka atau luar kawalan??
Bersediakah aku hadapi segalanya??
Aku mula meragui kebolehan diri
Ternampak segala kekurangan dan kelemahan yang tidak mungkin terbaiki
Terlalu banyak kekurangan dan kelemahan dari kehebatan diri
Diri sendiri musuh utama yang tak terkalahkan

Aku benci bila diri dalam keadaan begini...

Monday, May 9, 2022

DADAH

 Bila duduk bersendirian dengan masalah bertimbun tanpa penyelesaian..
Ubat untuk mengubah seorang pendiam menjadi ramah..
Seorang baran menjadi lembut mengatur kata..
Mengubah si pemdiam bertutur lancar..
Si pemalu bisa bercerita dengan megah..
Walau di akahir kehidupan akan musnah..
Penyelesaian mudah bagi segala masalah..
Berpuitis, bercerita mahupun berjenaka..
Bukan lagi masalah besar bila ia ada..
Apa yang terpendam bisa terluah..
Kata-kata manis meniti dibibir..
Segala kata terluah dengan puitis..
Akan berulang kembalikah kisah lama???
Bisakah pisang berbuah 2 kali??
Mungkin terjadi bila hati mulai mati...
Akal waras tidak lagi dipeduli..
Mengikutkan kata hati yang mula diselubungi benci..
Bila merasa diri tiada bernilai lagi..
Masa depan hanyalah mimpi..
Angan-angan tidak bererti..
Segalanya musnah kerna diri sendiri..
Atau mati adalah kunci???
Mengakhiri segala kesakitan yang aku alami..


SAD

 Susah bile ada masalah mental mcm nie..
Depression yang xhabis2..
Dengan SAD yg tak ada penyudah dan ubat..
Penat tahu tak berlakon jadi ok depan semua orang..
Buat2 mcm dh ok sembuh..
Padahal, kenyataannya hanya diri sendiri je tahu condition diri sendiri..
Masalah mental nie tak pernah hilang or akan pulih sampai bile2..hanya boleh dikawal..
Depression aku hanya boleh kawal bile adenyer kau kt sisi aku..cz perhatian aku semua aku alihkan kt kau..kt kucing..tp beza kau dgn kucing..kucing hanya mampu buat aku tenang..tp kau bukan je boleh buat aku tenang malah kehadiran kau boleh bg nasihat,betulkan salah aku dan buat aku tak rasa sunyi...
Kau mungkin tahu mcm mane nk handle org yg ade depression..tp blm tentu kau tahu mcm mane nk handle org yg ade mslh sosial communication mcm aku..
Ye mungkin ape yg kau nampk aku boleh pergi mall sorg2..jln n mkn sorg2 bile kau tak ade..tp ko pernah tanya n amik tahu mcm mane aku buat??
Semua bnd jadi sbbkan kau..
Aku tahu kau suke org yg independent n tahu jage diri..org yg boleh jage kau..suke berjaln dekat mall tempat2 yg beraircond..so aku ubah diri aku..aku kuatkan diri aku..sbb kau selalu yakinkn diri aku boleh buat semua..kata2 positif dr kau buatkan aku kuat n mula percya n yakin kt diri aku..
Tp tetap aku xley nk berckp dgn org yg aku xkenal if tibe2..
Tetap aku xley jumpe org secara mengejut..
Org xkn paham ape yg aku rase n alami sbb bukan korg yg rase..xkire mcm mane detail aku explain pown kau tak mungkin akan paham..sama mcm aku makan sumtin yg xsedap n rase dier teruk atau bnd yg sgt2 sedap..aku explain mcm mane rase dier semua..u just can imagine that thing..kau tak kan dpt tahu or exprience it until u taste it right?? Mcmtue jgk perasaan org lain..
Aku sgt xsuke benda2 yg luar jangkaan berlaku..lagi2 yg berkaitan dgn manusia..
That house is our house..tempat rehat n lepaskan lelah..if bnd same jgk berlaku macam dekat BJ org boleh dtg sesuka hati masuk rumah tnpa pengetahuan aku..ape bezanya aku duduk rumah mane pown..1 of reason aku xske duduk BJ is org dtg rumah tibe2..tetamu tak diundang banyak sgt n aku xtaw akan kehadiran org2 tue semua..n org tgk n nampak aku dlm keadaan yg aku xske org tgk aku.. kau sndiri xske org dtg tibe2 dekat umh n tgk kau dlm cndtion yg kau rse memalukan diri..same jgk ape yg aku rase..aku penat letih n bosan mengadap bnd sama again n again..dr duduk dgn mak aku mcmtue..dgn kakak aku mcmtue..menumpang rumah org mcm tue..xkn dekat rumah sewa sendiri pown nk jadi bnd sama..
Kau tak kn paham ape rasenyer ade sosial anxiety..sbb kau xrase..n aku xnk pown kau rase mcmmane teruk yer nk handle sakit bodoh mcm nie..aku xtahu knp tuhan tue wujudkan sakit bodoh mcmnie kalau dier nk umat dier semua bergaul n bercampur dgn org ramai..sakit..susah..sesak nafas..kepala serabut..semua serba serbi tak kena..segalanya terasa sgt janggal..n aku sgt xske rase bnd nie..dier buat aku rase aku sgt2 teruk..sgt2 loser..sgt2 bodoh..segala bnd negetif dlm kepala..buatkan aku xley nk control diri n temper aku..it just can be control if adanyer kau..sbb aku xnk sakiti kau xkire dlm bentuk ape pown kalau boleh..aku holang kewarasan tanpa kau..aku xboleh kawal diri aku sendiri bile bnd nie tgh jadi..semua org nampak bnd nie mcm bnd remeh..ala org dtg rumah je pown..yg nk marah2 knp??rumah menteri ke sampai dtg nk buat appointment ape bagai??besar ke pangkat sampai nk dtg rumh pown kne gtaw ape semua..peolple may say anything n everything..sbb dorg xtaw ape yg aku alami..org xrse mcm mane sakitnyer kne panic attack..org xtaw mcm mane teruknyer rase bile ade dlm keadaan mcmtue..aku cume doa yg kau xperlu rase n hadapi bnd2 bodoh nie..supaya kau tak perlu rase sakit n rendah diri or xyakin pada diri kau..xplu nk phm..cume tlg bagi sedikit kerjasama bila diperlukan..sbb sampai aku mati pown kau xkan pernah paham...susah, sakit , penat n bosan nk mengadap masalah mental nie...n yes org sakit mcm aku memg xlayak untuk disayangi or menyayangi org..sbb tak ada ape kelebihan or kebaikan pown yg org akan dpt..hanya menyakitkan hati n memusnahkan kehidupan diri sendiri je akhirnyer..
Tak ada bezanya aku dengan org2 lain yang sakit mental..hanya tahu menyakiti orang sekeliling again n again n again tanpa ada kesudahan..

Saturday, February 19, 2022

KESILAPANKU

Telah banyak kau lakukan
Telah banyak kau korbankan
Telah banyak kau memberi
Telah banyak kau tersakiti

Aku sedar siapa diri aku
Aku sedar akan salah dan silapku
Aku sedar perlakuanku
Aku sedar apa yang berlaku

Akui kesilapan tak bermakna ia tak bersalah
Mohon maaf tidak bisa perbetul kesilapan
Bukan semua kesilapan boleh dimaafkan
Bukan semua kelukaan bisa terubat

Cinta dan kasih tidak cukup untuk bahagia
Usaha dan pengorbanan tiang utama hubungan
Ambil berat bukan segalanya
Keperihatinan penentu masa hadapan

Harta benda dan wang bukan segalanya
Namun segalanya memerlukan wang
Cinta tak mungkin beli dengan kekayaan
Namun kekeyaan bisa membuat cinta lebih utuh

Tiada salah beremosi
Tetapi salah jika membiarkn emosi mengawal segalanya
Keegoan memusnahkan segala harapan
Kedegillan merosak hubungan
Sedar sebelum menyesali



SALAHKU

Ini salahku
Terlalu memikirkan egoku
Tak mampu buatmu berasa nyaman denganku
Hingga kau pergi berfikir untuk tinggalkan aku
Aku titipkan doa kepada Dia
Berikan ketenangan buatmu
Sentiasa melindungi kamu
Serta buatkan kamu bahagia
'Kan kuikhlaskan apa pun keputusanmu
Tak pantas kau disakiti sebegitu
'Kan kuterima dengan lapang dada
Apa pun yang kau mahukan