Ego mendahului akal
Mata dibutakan
Telinga sengaja ditulikan
Akal menjadi sempit
Melatah cepat terasa
Bagai bara api yang menyala
Ditiup makin marak
Menjulang tinggi ke udara
Didalam hati menyimpan rahsia
Bergunung tinggi membangga diri
Kata yang diluah sebaliknya
Untuk menutup kekurangan diri
Rahsia hati disimpan rapi
Takut bakal memalukan diri
Ungkapan bohong sebagai kunci
Agar diri tampak berani
Si penakut ingin tampak berani
Menikus bila dimaki
Berkepak bila dipuji
Menyembah kebumi dicaci
Arahan tak mungkin di ingkari
Sentiasa akur tegak berdiri
Mengaku salah tidak sekali
Menunding jari selamatkan diri
Sampai hilang identiti diri
Hanya mahu menampakkan diri
Bila tuhan dibelakangkan
Diri tiada arah
Agama menjadi mainan
Nafsu dibiar beraja
Hati semakin mati
Hidup terus hanyut
No comments:
Post a Comment