Mudah diungkap
Kata untuk ambil hati
Penyedap kata
Menampakkan rendah diri
Aku mengukapkan setelah lakukan kesalahan
Nyatakan dengan ikhlas hati
Bukanlah untuk berlindung
Atau nampak baik
Bukan kerana rasa bersalah tapi kesali kesalahan
Aku manusia biasa sama seperti kalian
Melakukan kesilapan dalam kehidupan
Bukan hanya kata-kata bahkan juga kelakuan
Adakalanya ia kesilapan yang sama
Setiap kemaafan yang aku pohon benar dari sudut hatiku
Bukan hanya bermanis mulut
Ia disertakan dengan penyesalan
Juga mencuba untuk membetulkan diri dikemudian hari
No comments:
Post a Comment