Thursday, August 24, 2023

S.A.K.I.T

semua orang ingin difahami dan dimengerti
Agar setiap yang di ingini menjadi realiti
Mungkin dari semua segi
Tapi cukup sekadar yang paling di ingini

semua orang punya emosi
Bezanya tahu dipamerkan atau simpan sendiri
Dipamer dengan air muka
Atau melalui kata-kata

Hebatnya seseorang tika dia mampu bersabar dan memaafkan orang 
Hebatnya seseorang bila dia tahu menggunakan kata-kata meluahkan apa yang dirasa
Hebatnya seseorang bilamana dia masih mampu menjadi rasional dalam keputusan saat api kemarahan menjulang tinggi
Hebatnya seseorang nk bila dia mampu bertoleransi didalam apa sahaja keadaan dirinya
Hebatnya seseorang bila dia mampu kawal perasaan dirinya pada bila masa

dan aku?? 

Hanyalah manusia yang tiada kesabaran dan sering hanyut dalam api kemarahan
Manusia yang ego dan prejudis dimata semua orang
Seorang yang dikatakan mementingkan diri dan sombong

Aku 

Tiada sedikit pun sifat orang hebat seperti apa yang diperkata di dalam semua text motivasi diri
Tiada apa yang boleh dibanggakan
tidak ada sedikit pun sifat atau sesuatu yang bagus tentang aku untuk diperkatakan oleh sesiapa

Kerana

aku manusia degil yang tidak akan pernah boleh diubah
aku seorang yang tidak tahun menghargai orang sekeliling
aku seorang manusia yang bermasalah
aku seorang manusia yang tidak ada pandai berbicara tentang apa-apa
aku seorang manusia tidak berguna yang sering mendatangkan masalah dan menyusahkan orang sekeliling

Sakitlah aku?? 
Perlukah dirawat?? 
Sengaja buat sakit untuk perhatian?? 
sakit yang dibuat-buat untuk dijadikan alasan
Jika aku sakit?? 
aku sakit ape?? 
apa rawatan yang aku perlukan?? 
Bagaimana untuk aku perlu dirawat?? 
Adakah betul aku ada masalah mental?? 
Boleh ke sakit ini dirawat?? 
apa permasalahan aku yang sebenar?? 
Dimana salah dan silap aku?? 
apa sebenarnya yang aku perlu lakukan?? 
Apakah jalan terbaik untuk semua kesakitan?? 
Mati?? 

Andai mati adalah jawapan untuk hapus segala kesakitan tanpa perlu melibatkan orang lain.. 
Andai kematian adalah jalan yang paling terbaik untun segala masalah.. 
Andai mati itu semudah mengeluarkan kata-kata.. 

Ye dengan mati tamatlah segala permasalahan diri kita. Tamatlah segala kesakitan dan kesengsaraan diri.
Tapi.. Orang sekeliling?? 

Andai aku mati.. 

ada ke yang akan tolong kebumi?? 
ada ke orang yang nak tolong bayar untuk buat kubur?? 
ada orang akan tahu ke aku hilang dari dunia?? 
Akan ada ke orang ingati aku nanti?? 
ada ke orang yang akan uruskan kematian aku dari jumpa mayat sehingga ke liang lahad?? 
ada ke yang akan membaca doa dan sembahyangkan?? 

Terlalu jauh fikiran melayang

Persoalan demi persoalan yang sering kali tiada jawapan.. 

No comments:

Post a Comment