Thursday, August 24, 2023

PERSOALAN

Apa yang perlu aku lakukan untuk ubah diri aku menjadi seperti apa yang orang inginkan?? 

Kenapa apa yang aku rancangkan tidak pernah terjadi?? 

Bagaimana nak tunjuk yang kuta sangat hargai atau sayangkan seseorang selain dengan kata-kata?? 

Kenapa aku susah nak ingat semua benda yang berlaku?? 

Kenapa aku tak pernah nak betulkan kesalahan aku sendiri?? 

Kenapa aku kerap lakukan kesalahan dan kesilapan sama berulang kali?? 

tak sedarkah aku ia satu kesilapan?? 

Kenapa terlalu banyak kekurangan diri aku jika dibandingkan dengan orang-orang lain?? 

Kenapa susah untuk luahkan apa yang tersirat dalam hati?? 

Kenapa aku terlalu takut untuk luahkan segala yang terbuku didalam hati?? 

Bagaimana cara untuk keluarkan segala isi hati tanpa perlu fikirkan perasaan orang lain??

Mengapa aku sering melukakan orang yang aku sayang?? 

Bagaimana hendak turunkan keegoan??

apa itu ego?? 

apa dan bagaimana yang dikatakan ego?? 

Bila kau buat salah dan tak nak mintak maaf?? 

Berdiri teguh dengan pendirian?? 

Entah.. Terlalu banyak soalan-soalan yang berlegar.. 

aku tidak percaya akan manusia yang disumpah.. Sentiasa akan bernasib malang.. Pembawa bencana ke kehidupan orang lain.. 

Tapi

Ia kerap terjadi.. 

tidak kira sesiapa yang rapat dengan ku pasti ditimpa musibah

Meski ia bukanlah berpunca dari diri aku.. Tetapi setiap orang yg bersama aku pasti ditimpa musibah yang teruk.. 

Dia..  Masa dengan aku hampir setiap apa yang hendak dilakukan pasti akan ada tentangan tentangan yang mendatang.. kerap bergado dengan adik beradik.. Tapi lepas putus..  hidup dia ok dan berjaya.. 

Nurse.. dier dimarah teruk oleh keluarga selepas ketahui dier berkawan denganku.. dier belajar separuh jalan.. Bila dh stop contact,  elok dier berjaya.. 

Miss.. Banyak pertandingan yang dier terlepas peluang kerana bersama aku.. 

Boey.. Perniagaan dier lingkup.. Sedangkan masa sebelum kenal elok je perniagaan dia.. 

Tiram.. Masa mula kenal performance bola gempak elok je semua team panggil main.. Tapi bile rapat dgn aku je tibe tak ada orang panggil main.. Event masa selection felda pown dia x terpilih.. same goes as kikin.. 

Team maybank,  ball blaze n anglezz.. Sebelum aku join dorg, elok je semua team nie bersatu n menang banyak game.. Tapi bile aku join.. Satu persatu masalah dorg facing sampai tahap ada yang bubar team.. 

Entahlah.. 

Bila duduk ingat balik semua benda-benda lepas.. Buatkan aku merasa yang aku nie hanyalah pembawa masalah yang hanya mengusahakan hidup orang-orang yang rapat or aku sayang.. 

Adakala terasa seperti nak pergi jauh dan mengasingkan diri dari semua orang... 

hidup bersendirian tanpa sesiapa.. 

Andai apa terjadi sekalipun aku hanya perlu hadap sendiri tanpa tempias malang dekat orang lain.. 


S.A.K.I.T

semua orang ingin difahami dan dimengerti
Agar setiap yang di ingini menjadi realiti
Mungkin dari semua segi
Tapi cukup sekadar yang paling di ingini

semua orang punya emosi
Bezanya tahu dipamerkan atau simpan sendiri
Dipamer dengan air muka
Atau melalui kata-kata

Hebatnya seseorang tika dia mampu bersabar dan memaafkan orang 
Hebatnya seseorang bila dia tahu menggunakan kata-kata meluahkan apa yang dirasa
Hebatnya seseorang bilamana dia masih mampu menjadi rasional dalam keputusan saat api kemarahan menjulang tinggi
Hebatnya seseorang nk bila dia mampu bertoleransi didalam apa sahaja keadaan dirinya
Hebatnya seseorang bila dia mampu kawal perasaan dirinya pada bila masa

dan aku?? 

Hanyalah manusia yang tiada kesabaran dan sering hanyut dalam api kemarahan
Manusia yang ego dan prejudis dimata semua orang
Seorang yang dikatakan mementingkan diri dan sombong

Aku 

Tiada sedikit pun sifat orang hebat seperti apa yang diperkata di dalam semua text motivasi diri
Tiada apa yang boleh dibanggakan
tidak ada sedikit pun sifat atau sesuatu yang bagus tentang aku untuk diperkatakan oleh sesiapa

Kerana

aku manusia degil yang tidak akan pernah boleh diubah
aku seorang yang tidak tahun menghargai orang sekeliling
aku seorang manusia yang bermasalah
aku seorang manusia yang tidak ada pandai berbicara tentang apa-apa
aku seorang manusia tidak berguna yang sering mendatangkan masalah dan menyusahkan orang sekeliling

Sakitlah aku?? 
Perlukah dirawat?? 
Sengaja buat sakit untuk perhatian?? 
sakit yang dibuat-buat untuk dijadikan alasan
Jika aku sakit?? 
aku sakit ape?? 
apa rawatan yang aku perlukan?? 
Bagaimana untuk aku perlu dirawat?? 
Adakah betul aku ada masalah mental?? 
Boleh ke sakit ini dirawat?? 
apa permasalahan aku yang sebenar?? 
Dimana salah dan silap aku?? 
apa sebenarnya yang aku perlu lakukan?? 
Apakah jalan terbaik untuk semua kesakitan?? 
Mati?? 

Andai mati adalah jawapan untuk hapus segala kesakitan tanpa perlu melibatkan orang lain.. 
Andai kematian adalah jalan yang paling terbaik untun segala masalah.. 
Andai mati itu semudah mengeluarkan kata-kata.. 

Ye dengan mati tamatlah segala permasalahan diri kita. Tamatlah segala kesakitan dan kesengsaraan diri.
Tapi.. Orang sekeliling?? 

Andai aku mati.. 

ada ke yang akan tolong kebumi?? 
ada ke orang yang nak tolong bayar untuk buat kubur?? 
ada orang akan tahu ke aku hilang dari dunia?? 
Akan ada ke orang ingati aku nanti?? 
ada ke orang yang akan uruskan kematian aku dari jumpa mayat sehingga ke liang lahad?? 
ada ke yang akan membaca doa dan sembahyangkan?? 

Terlalu jauh fikiran melayang

Persoalan demi persoalan yang sering kali tiada jawapan..