Sebelum tahun 2020
Setiap hari.. setiap tarikh pada ku sama sahaja.. tiada beza atau keistimewaan.. hari kelahiran aku, mahupun sesiapa.. ia bukanlah masalah bagi aku.. apa sahaja jenis perayaan.. tidak ada bezanya buat aku semenjak tahun 2016..
Setiap hari aku lalui seperti adanya sahaja.. kerja, lepak, rehat dan tido.. rutin harian manusia..
Awal tahun 2020.. seluruh dunia digemparkan dengan kewujudan virus yang telah meragut beratus ribu nyawa manusia di dunia..jumlah meningkat saban hari.. dan dalam keadaan yang kritikal..semua manusia mula diperintah berkurung oleh kerajaan negera masing-masing yang membuatkan ramai orang kehilangan pendapatan..manusia mula menghabiskan masa dirumah..kegiatan mula terhad..kemudahan sedia ada semakin berkurangan..seperti filem fiksyen luar negara tentang kehancuran dunia menjadi nyata..
Aku??
Aku juga seperti mereka..terkesan dengan agak teruk akan bencana yang menyerang dunia..namun tidak pernah sekali terlintas dalam fikiran, mimpi atau dunia ilusiku yang tarikh pada hari ini bakal mengubah aku diri dan cara kehidupan yang aku jalani semenjak beberapa tahun ini.. tarikh ini menjadi penting dalam hidup aku..tarikh ini merupakan titik permulaan suatu kehidupan yang membawa sebuah ketenangan, keindahan dan kebahgiaan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata atau digambarkan dengan apa pun..sebuah kehidupan yang hampir semua orang impikan..
Aku hanyalah manusia biasa yang hanyut dengan dunia kemodenan..terperangkap dalam dunia kegelapan yang penuh bermacam benda yang negetif..dengan bahasa mudahnya.. BUDAK FLAT.. ya..pergaulan bebas tanpa batas..kebebasan tanpa terikat..akal yang cerdik disalah guna ke arah yang salah..mencari duit cara mudah tanpa perlu bersusah payah..nakal, degil, keras kepala, selekeh, asal boleh..yeah that me..
Tapi.....
Perkenalan di dunia maya yang seterusnya membawa ke arah pertemuan fizikal..benar-benar mengubah aku menjadi manusia yang jauh lebih baik..penerimaan dan keikhlasan dirinya menerima siapa diriku..membuatkan hati aku tersentuh..menyebabkan aku nekad untuk mengubah diriku ke arah yang lebih baik agar segandingan dengan dia..meski tidak pernah dia memaksa aku melakukannya..pertolongan dan bantuan yang diberikan..sokongan tanpa sempadan..dorongan tanpa henti..semua ini penyebab aku berada di tahap yang aku berada sekarang..mungkin pada mata orang lain..ia hanyalah kerjayaan yang kecil atau mungkin tidak sedikit memberi kesan..tetapi ia sesuatu yang sangat besar buat aku..tanpa dia aku tidak mingkin akan dapat kecapi apa yang aku ada sekarang..tanpa dia mana mungkin aku mampu menjadi seperti diri aku sekarang..walau aku tahu yang perjalanan ini masih jauh..namun tidak pernah ku gentar untuk harungi selagi adanya dia disisi...
Tarikh ini menjadi tarikh yang paling bermakna buat aku..kerana dipertemukan dengan seorang insan yang menyayangi diri aku seadanya aku..seorang insan yang menjadi aku manusia penting dalam hidupnya..sorang insan yang sentiasa mahukan yang terbaik buat aku..seorang insan yang mengajar aku tentang kebahgiaan..sorang insan yang mengubah aku menjadi seorang insan yang dipandang oleh masyarakat..seorang insan yang sentiasa ada disaat aku memerlukan..
Kehadiran dia membuatkan aku mula menghargai setiap hari yang alu lalui..membuatkan aku menghitung setiap detik..setiap perayaan menjadi istimewa buatku..setiap hari menjadi bermakna buat aku..setiap hari aku nantikan dengan debaran..hari-hari yang aku jalani semakin bermakna dan memberikan kelainan buat aku..
Terima kasih yayang...
Terima kasih kerana sudi hadir dan menemani i mengharungi setiap hari yang kita lalui..
Terima kasih kerana tidak pernah lepaskan tangan i walau sesukar mana pun cabaran yang kita hadapi..
Terima kasih menyayangi i setiap hari dan detik..
Terima kasih kerana masih bertahan dan terus melangkah setiap detik dan hari dengan i..
I tahu perjalanan buat kita masih jauh..i tahu mendatang pasti akan ada dugaan dan cabaran yang lebih henat perlu kita tempuhi..i tahu tidak mudah buat u untuk terus bertahan..i tahu perjalanan ini tidak akan mudah..
Tapi.....
I janji akan tetap pegang tangan u sampai ke akhir..
I janji akan tetap ada dengan u sampai akhir..
I janji tak akan sekalipun pergi tinggalkan u sehingga ke akhir nafas i..
I janji akan terus sayngi diri u sehingga ke akhir nafas i..
I janji akan jaga u sekuat dan semampu diri i sehingga ke akhir nafas i..
SELAMAT ULANG TAHUN BIDADARIKU...