Monday, November 30, 2020

PERTEMUAN

 Setiap manusia ada keinginan dan impian. Walaupun bukan semua keinginan atau impian kita terlaksana. Ia bukanlah alasan untuk kita terus bersedih dan berhenti berimpian. Aku akui bukan mudah untuk impian itu digapai atau memjadi nyata. Namun ia juga tidak mustahil andai kita usahakan. Meski begitu, kita tetap harus ingat satu perkara. Andai ditakdirkan seuatu itu milik kita atau rezeki kita. Ia tetap akan kita peroleh. Andainya ia bukan milik kita, usaha atau buatlah apa pown tetap tidak akan kita miliki.

Kehidupan di bandar tidak seindah apa yang orang di kampung fikirkan. Hidup mewah, ada semua benda dan macam-macam benda yang hebat. Hakikatnya, hidup di bandar lebih susah dan banyak cabaran. Terutamanya dari segi sosial. Aku antara manusia yang hanyut dengan arus kemodenan dunia. Hidup bebas merdeka tanpa ada sekatan. Aku hanyut dengan kenikmatan syurga dunia.

Panggil saja nama aku Lufty, dengan ketinggian 180cm berat badan 85kg dan kerajinan olahraga yang tersusun. Setiap orang yang terpandang pasti akan menoleh untuk kali kedua. Warna kulit aku tidaklah cerah, namun tidak terlalu gelap. Dengan kata lain kulit sawo matang. Aku anak bongsu dari sembilan adik beradik. Hasil kerja keras semasa zaman belajar dulu. Aku beroleh kerjaya yang boleh diketogerikan sangat bagus.

Perkenalan singkat dengan seorang gadis di media sosial telah membuatkan kehidupan aku sedikit berubah. Dia punyai personaliti yang pada aku agak menarik. Gambar yang digunakan sebagai gambar profile membuatkan aku tertarik untuk berkenalan dengan si pemilik akaun tersebut.

"Hye babe" aku memulakan bicara di ruangan chat.

"Hye beb, u dh lunch? Chat later. I still busy" balas dari dia.

"Owh really?? It okey. Buzz me when u free. Ok??" Balas aku

"I will. U dah habis keje ke ni?? Give me about half an hour. Then we can talk if u free.." penjelasan dari dia.

"I dah hbis keje and i free until 5. I get my lunch 1st. Call me when u done. I will wait for u. 😁😁😁" aku balas sambil senyuman girang terukir di wajah.

"Okey" balasnya singkat.

Jam di telephone menunjukkan 2.30 pm. Aku keluar pejabat menuju kedai makan terdekat. Aku pilih kedai nasi campur. Mudah, ringkas dan cepat. Usai makan aku menuju ke kereta yang aku letakkan berhampiran pejabat. Pejabat aku terletak di kawasan rumah kedai. Pejabat aku tingkat atas.

"Don't want to feel another touch
Don't want to start another fire
Don't want to know another kiss
No other name falling off my lips" bunyi nada dering telefon aku. Aku pandang ke telefon. Tepampang nama 'LOVE HAZENA'. Dengan senyuman yang masih tersisa aku menjawab panggilannya.

"Hey babe, right on time as always lar u ni." Kataku.
"Hahaha, really? Why?" Jawabnya sambil ketawa manja.
"I baru start enjin kereta, nak gerak balik rumah. Then u call. Boleh lar temankan i drive home." Kataku dengan nada manja. 
"Boleh je. Tak ada masalah. Kerja i pun dah siap semua. So all yours." Katanya.
"Sure?? All mine?? Betul nie?? Boleh buat apa saja??" Tanyaku dengan nada mengusik.
"No no no. Boleh cakap apa saja. Not buat apa saja. Talk only. Not more." Cepat dia menjawab dengan nada agak menggelabah.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah kami berbual. Perbagai benda kami borak dan bincangkan. Hazena  mengutarakan keinginan untuk bertemu dan bertentang mata dengan aku. Kami merancang untuk makan tengah hari si salah sebuah pusat membeli belah yang ada di bangsar. Ini kerana bangsar berada sitengah-tengah perantaraan rumah kami.

Hari yang dinantikan telah tiba. Aku mengenakan Polo T berwarna kelabu cair, seluar Khakis meroon, kasut Sneakers Dark bĺue. Alangkah berdebar-debar jantungku. Menahan rasa didalam hati.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment