Monday, June 13, 2022

MATI

Bersendirian didalam kegelapan malam
Fikiran mula memainkan sketsa
Adakalanya tentang kenangan lalu
Ada masa mencipta senario yang tidak wujud
Kadang memutar kisah yang ingin dipadam
Cerita gembira hanya sekali imbas
Buatkan aku tertanya
Sedih sungguh kehidupan alam dewasa aku
Tiada kegembiraan yang kekal
Sedetik cuma ia lalu tenggelam dengan duka
Kedukaan dan kesedihan melebihi segala
Kegagalan demi kegagalan
Jatuh yang tidak bangkit
Kelukaan yang tidak pernah terubati
Cemuhan tidak berhenti
Syak wasangka berlarutan
Tuduhan tanpa bukti
Dihukum berulang kali
Diatas kesilapan orang lain
Menerima segalanya
Akhirnya................
Tetap tidak diendah dan dipeduli
Datang mencari tika diperlu
Terperosok terhimpit
Jalan keluar yang mudah

Matilahkan hati dari menyayangi insan-insan yang tak pernah tahu erti menghargai
Tanamkanlah kebencian dihati agar tidak lagi disakiti oleh mereka yang mengkhianati
Butakanlah hati untuk terus berbaik dengan mereka yang suka mengambil kesempatan dan tidak tahu menghormati

Biar mati bersendirian dari diri terus dipergunakan orang untuk kebaikan sendiri...


Saturday, June 11, 2022

SEPI

 Kesedihan menyelubungi hati
Air mata ku tahan dari mengalir hampir disetiap malam..
Entah mengapa dan untuk apa aku merasa kesedihan ini..
Yang pasti ia membelenggu kehidupan harian aku..
Aku cuba untuk meluahkannya agar ia dapat dikurangkan...
Namun, sukar untuk diluahkan kerana tiada hujung pangkal kejadian..
Aku merasa bosan dengan rasa ini yang tidak berkesudahan..
Ingin diluah tetapi tidak tahu bagaimana, kepada siapa dan untuk apa..
Aku cuba mengurangkan dengan menangisi kesedihan ini..
Akan tetapi tiada air mata yang mahu menitis dari mata..
Banyak, terlalu banyak persoalan, kenangan dan benda yang bermain didalam fikiran..
Namun tiada 1 mampu aku luahkan..
Bercerita??entah bagaimana harus aku memulakannya..
Menulis??entah apa yang perly ditulis..
Aku buntu dengan perasaan sendiri..
Jika dilihat dari luaran mungkin aku terlihat sangat berbeza dengan diriku 4 tahu yang lalu..
Banyak yang telah aku capai..
Banyak sebenarnya yang boleh aku banggakan tentang diri dengan pencapaian yang aku kecapi..
Tetapi jika dibandingkan dengan mereka yang seusia dengan aku??
Aku masih jauh ketinggalan..
Setiap orang punya cerita tersendiri dan dugaan yang berbeza..
Bukan hendak membangga diri kerana tiada apa yang boleh aku banggakan tentang diriku..
Ye..kehidup aku jauh lebih baik dari sebelumnya..
Namun, belum cukup baik, bila aku masih perlu bergantung dan meminta pertolongan orang lain untuk meneruskan kehidupan harian..
Malah, perangai dan perilaku aku sendiri masih banyak yang perlu diperbetulkan..
Belum lagi dengan masalah kesihatan yang tidak pernah habis..
Hubungana sesama manusia pun aku masib jauh kebelakang..
Sukar buat aku bergaul dengan manusia-manusia di bumi ini..
Adakalanya, aku merasa yang aku tidak sepatutnya or seharusnya wujud didunia ini..
Kerana kewujudan aku tidak mendatangkan sebarang kebaikan atau keberuntungan kepada sesiapa pun, termasuklah orang-orang disekeliling aku sendiri..
Apa gunanya wujud jika kewujudan diri hanya membeban dan menyusahkan orang-orang sekeliling dan orang yang menyayangi aku atau yang aku sayangi..
Diri sendiri pun aku tak mampu untuk menjaga dengan baik dan bagus..
Bagaimana untuk aku menjaga orang lain??
Dari aku kecik sampailah usia begini, tidak pernah sekali aku rasa yang aku ini mendatangkan kebaikan atau memanfaatkan kehidupan orang sekeliling aku..
Sentiasa menyusahkan dan membebankan orang sekeliling..
Aku bosan, letih dan penat dengan kehidupan.
Lately sucidal thought semakin kerap melintas dalam kepala otak aku..
And aku benci bila benda nie jadi..
Tanda-tanda kemurungan mulai kembali semula lepas beberapa bulan menghilang..
Aku cuba menjadi jujur dengan diri aku sendiri..
Meluahkan apa yang sebenarnya terbuku didalam hati aku..
Tak tahu, tak faham dan sukar untuk aku sendiri mengerti apa yang berserabut selirat dalam otak aku dan semakin hari semakin teruk aku rasa terbeban dengan perasaan ini..