Adakalanya terlihat mudah
Namun sukar dimengertikan
Ada tika nampak sukar
Tapi jelas maksudnya
Benarkah apa yang difikir dan terjadi?
Selari dan serupa?
Akal terbejat
Fikiran tersekat
Mencari gali sendirian
Menyulam kata tersirat
Moga jelas apa yang tersurat
Kata terlindung
Maksud terbendung
Perilaku terlihat agung
Diam diluar
Berkata didalam
Berkeceramuk akal fikiran
Kesimpulan tiada
Tali menjerut
Tidak buatku alpha
Hanya pendamkan segala
Persoalan menggunung
Diluah tidak mampu
Salah tingkah laku
Disoal tanya aku tak mahu
Bertahan berpijak
Lepaskan pergi
Agar positif ini bantu diri
Ditunjuk dan diajar
Aku mengikut
Baik ku pikul
Jahat aku kubur
Menunggu saat semuanya berakhir