Sukar bukan bererti tidak boleh
Sakit tak bermakna perlu mengalah
Senang tidak bermaksud harus diteruskan
Pahit jangan terus dibuang
Manis janganlah terus ditelan
Proses yang teramat sukar aku lalui
Terlalu banyak dugaan
Kesakitannya tiada siapa tahu
Kesukaran yang tak mampu digambarkan
Jujur aku hampir mengalah
Bila kerap jatuh sakit
Cepat penat dan lelah
Aku mula merasa rimas
Terasa seperti tidak berguna
Bila aku tak mampu untuk menjaga diri
Bila aku terpaksa meminta bantuan orang lain
Bila emosi aku tidak stabil
Fikiran aku meliar
Memikirkan benda yang bukan-bukan
Saat badan sakit dan letih tapi aku tak boleh tidur
Tidur tak cukup sering terjaga waktu malam
Bermimpi yang pelik-pelik atau mengarut
Sakit yang aku rasa sangat-sangat menyiksakan diri aku..sampai tahap adakalanya aku tak mampu tanggung..sehingga menitis air mata menahankan rasa sakit..
Bukan tak mahu mengadu..bukan xmahu berkongsi..bukan aku tak mahu orang tahu or nampak lemah..
Sbb aku tak tahu bagaimana hendak terangkan rasa sakitnya..dan dalam kesakitan aku lebih pilih diam..aku tak larat hendak bersoal jawab..dan dalam keadaan aku sakit..aku tak mampu untuk mengawal emosi diri..masa ini aku akan jadi seorang yang sangat-sangat temper dan cepat terasa..kerana emosi sangat tak stabil..aku tidak boleh atau mampu berfikir secara rasional langsung..
Bila kerap sakit stamina aku jadi kurang..ya immune sistem aku sangat-sangat lemah..buatkan badan aku cepat lemah..benda-benda nie jadi teruk bila aku tak dapat tidur yang mencukupi..walau aku tidur awal atau tidur bila betul-betul mengantuk sekalipun..tetap aku akan terjaga beberapa kali setiap malam..paling sedikit 3 kali..kalau terjaga senang hendak tidur semula tidak mengapa..ada masa aku berjaga sehingga 1jam sebelum boleh terlena semula..awal pagi aku sudah terjaga..dan sukar untuk lena semula..buatkan bila waktu tengah hari aku akan mula mengantuk..
Sudah seminggu aku berkerja..dan aku tidak tidur waktu siang..dengan harapan malam aku dapat merehatkan diri..tidur dengan lena..tapi tetap juga hampa..rutin tidur yang sama..
Tipu kalau aku tak terfikir untuk mengalah..
Tipu kalau aku kata aku tak terfikir untuk ambil balik benda terlarang itu..
Tipu kalau aku kata sekarang aku mampu selesa dengan keadaan sekarang
Tipu kalau aku kata yang aku dah totally boleh berhenti semua tue sekarang
Adakalanya masih ada rasa untuk ambil
Bila sakit yang teramat sangat
Bila badan letih
Bila kepala serabut
Tapi
Aku tak nak hampakan orang yang tolong aku, orang yang percaya aku, orang yang berikan aku peluang.
Aku tak semua benda itu jadi sia-sia
Aku tak boleh pentingkan diri sendiri
Sebab sekali aku patah balik
Aku akan kehilangan segala-galanya
Aku akan kehilangan orang yang sanggup tolong aku
Aku akan kehilangan orang yang paling aku sayang
Aku akan hilang orang seorang kawan
Aku akan kehilangan orang yang percaya dekat aku, yang tak pernah pertikaikan kebolehan aku, orang yang sangat yakin pada aku dan orang yang bersedia memberi sokongan dan ada dengan aku disaat aku perlukan...
Aku tak perlu menipu..
Ye amat mudah bagi aku untuk dapatkan
Bila-bila masa aku boleh amik..
Duduklah jauh mane sekalipun..
Aku masih boleh dan mampu untuk amik sebenarnya..
Tapi kali ini aku benar-benar nekad..
Hati aku benar-benar kuat untuk berubah..
Tidak sekalipun aku tipu..
Tidak sekalipun aku cuba lakukan..
Sebab aku tahu..sekali aku tipu..akan ada yang ke-2..bila ada yang ke2..akan ada yang ke3 dan seterusnya selagi tak tertangkap..
Bila aku fikir balik secara rasional..
Untuk apa??
Kalau tipu memang tak ada yang tahu..kalau tahu??
Seronok menipu??
Sampai bila??
After all the hardwork..all the pain..
Nak ulang lagi rasa sakit yang sama??
No no no
Aku tak sanggup nak mengadap semua kemungkinan dan risiko tue semua..
"Berani buat..berani tanggung"
Tak sanggup tanggung..jangan buat..
Nanti kau akan hidup dalam penyesalan..
So aku nekad dan tekad
Yang aku tak akan menipu
Cuba-cuba menipu
Aku tak akan sentuh benda tue walau atas apa alasan sekali pun
Tidak kira untuk diri aku
Atau tolong orang lain
Aku tak akan libatkan diri langsung dengan benda nie
Biarlah putus saudara janji jangan buat salah
Salah tetap salah
Tolong benda salah tetap juga salah
Aku akan stopkan semua yang berkaitan dengan benda-benda yang merosakkan diri aku..
Thanks a lot for those who give your love and support me...
Special for u...
Maaf sebab banyak sakitkan hati u lately,
Buat u risau, susahkan hati u, cakap ikut sedap mulut, tak jaga hati u langsung..
Im really sorry..
I bukan hilang sabar dengan u tapi i tak boleh control my emosi..i tak ley fikir secara rasional for time being..
Rindu..
Ye sangat-sangat rindu nak borak ngan awak every single morning..nak tengok muka awak every single day..dengar suara awak gelak..tengok awak senyum..tengok awak buat muka semua..semua tentang awak saya rindu..
Tapi saya sedar n tahu..diri saya tengah tak stabil..saya tak boleh kawal emosi saya..saya tak boleh berfikir secara rasional sekarang buatkan saya hormati permintaan awak supaya jangan bercakap dulu..
Sbb tue saya sendiri tak cakap apa2 bila awak mintak macam tue..
Thanks a lot your understanding..
Thanks a lot for every single thing...